Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
Monday, November 24, 2008
Anak ialah anugerah ALLAH
FIRMAN Allah, Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. (An-Nahl: 58)
Huraian
Al-Quran telah menunjukkan gambaran tentang sikap buruk orang arab Jahiliah yang apabila dikurniakan anak perempuan mereka merasa terlalu dukacita sehingga ternampak kemurungan di wajah masing-masing.
Memendam perasaan marah dan dukacita seolah-olah anak perempuan itu membawa kecelakaan kepada keluarga mereka. Sedangkan anak perempuan juga adalah kurniaan Allah s.w.t seperti anak lelaki.
Mengapa mereka berdukacita, sedangkan mereka sendiri tidak berkuasa untuk menentukan jantina anak di dalam rahim ibu, apatah lagi untuk meniupkan roh ke dalam janin.
Dengan hanya mengenangkan hayat seorang insan yang berkembang subur dengan keizinan Allah dari setitis nutfah kepada seorang manusia sempurna sudah cukup untuk kita menyambut bayi yang lahir itu dengan penuh kegembiraan, walau apa pun jantinanya.
Oleh itu, mengapa orang yang disampaikan berita kelahiran anak perempuan itu menjadi dukacita dan menyembunyikan dirinya dari orang ramai setelah menerima berita yang buruk itu, sedangkan dia tidak pernah mencipta dan membentuk rupa bayi itu, malah dia hanya merupakan alat kudrat Ilahi dalam proses kelahiran mukjizat yang gemilang itu.
Hikmat Allah dan peraturan hidup telah menentukan bahawa anak itu adalah terjadi dari pasangan lelaki dan perempuan. Oleh itu, perempuan merupakan unsur utama di dalam peraturan hidup sama seperti lelaki juga, malah peranan perempuan lebih besar lagi kerana merupakan wadah perkembangan dan pertumbuhan bayi.
Kesimpulan
Sebagai hamba yang lemah, kita hendaklah menerima anugerah Allah sama ada anak lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.
Anak lelaki atau perempuan masing-masing mempunyai peranan kerana tanpa kedua-duanya tidak akan wujud generasi manusia yang akan memakmurkan bumi ini. Bahkan peranan wanita itu sangat besar dalam menempatkan atau mengandung bayi sebelum ia menjadi seorang manusia sama ada ia lelaki atau perempuan.
Oleh sebab itu, sikap dukacita atau bimbang menerima kelahiran anak perempuan adalah cetusan sikap yang tidak bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah.
* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Wednesday, November 19, 2008
Sesudah Asar (Tanda2 Kematian)
Semua tanda-tanda ini hanya Allah sahaja yang tahu.Entah dalam masa setahun, sebulan, seminggu, sehari, satu jam atau.... kita didunia ini semuanya calon-calon jenazah yang bakal dimandikan, dikafankan, disolatkan dan ditanamkan. Lembutkanlah hatimu dengan mengingati mati, sebelum dirimu diselimuti dgn kain kafan, sebelum dirimu dikelilingi oleh himpitan tanah, sebelum dua malaikat mungkar dan nangkir mendatangi mu.laksanakan tugas sebagai seorang abdi dan khalifah Allah.
SESUDAH ASAR
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Tuesday, November 18, 2008
Mimpi
Pernahkah anda melihat seseorang itu tidur dengan lena, tetapi tiba-tiba mereka bercakap di dalam tidur atau berkata-kata sesuatu yang tidak difahami, malah ada yang menjerit minta tolong?
Jangan cerita kat orang... Rahsiaaa... hehe.. nenek saya pernah satu malam tengah tidur tiba-tiba menjerit mintak tolong. Lepas tu jatul katil... Kekeke.. dia mimpi panjat pokok mangga dan jatuh pokok (kat depan rumah saya ada pokok mangga)... siap lebam kat kepala macam telur ayam sebab jatuh katil.. kua kua.. berminggu gak nak hilang lebam tuh...
Sejak zaman berzaman tidur menjadi subjek yang menarik untuk dibincangkan. Ada yang berpendapat bahawa mimpi merupakan mainan tidur, ada yang menganggap mimpi adalah mainan syaitan dan ada mimpi yang dianggap sebagai satu perkara yang akan berlaku.
Di dalam pandangan sains, tidur boleh merehatkan badan, tetapi otak manusia tetap menghasilkan gelombang-gelombang secara aktif sebagaimana manusia terjaga. Tidur sangat penting kerana pada waktu ini badan menerima arahan daripada otak untuk proses tumbesaran, pemulihan dan pembelajaran.
Tidur mempunyai peringkat-peringkatnya. Ada pakar yang berpendapat tentang 4 peringkat tidur dan ada yang berpendapat terdapat 5 peringkat. Apa pun tidur yang berperingkat-peringkat ini berkitar seperti satu roda dan setiap kitaran mengambil masa selama 60 minit hingga 90 minit.

Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih boleh mengejutkan anda dari tidur.
Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda.
Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan. Pernafasan anda perlahan dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak.
Stage 5 REM (rapid eye movement) - Peringkat inilah dipanggil MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang otak. Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolah-olah lumpuh. REM mengambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu. Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan stage REM.
Kenapa manusia bermimpi?? Saintis tidak dapat memberi kepastian. Ada berpendapat ia merupakan proses fisiologi badan manusia seperti bernafas dan bergerak. Ada berpendapat bahawa ia adalah proses manifestasi minda di bawah sedar. Ada juga yang berpendapat bahawa inilah masanya otak menyusun memori, membuang mana yang tidak perlu dan merekod mana yang perlu.
Di dalam Islam, mimpi memainkan peranan penting dan sejarahnya pernah dicatit di dalam Al-Quran di dalam Kisah Nabi Yusuf.
"Dan raja berkata, 'Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi.'" (12:43)
Berkata (Yusuf), 'Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.'" (12:47-49)
Apapun, tidur yang mencukupi sangat penting untuk badan manusia terutama kanak-kanak kerana tidur yang cukup membantu proses pembesaran dan pembelajaran anak-anak.
Walaupun begitu terdapat penyakit seperti "Narcolepsy" satu keadaan di mana seseorang itu selalu mengantuk, sering tidur dan merasakan badan penat dan satu keadaan dipanggil "Insomnia" iaitu penyakit susah nak tidur adalah di antara masalah tidur yang boleh dialami oleh seseorang.
Wallahu A'lam..
Madagascar
seorang gadis itu
yang lembut fitrah tercipta,halus kulit, manis tuturnya,lentur hati... telus wajahnya,setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka,sedalam duka, ceritera hidupnya...
Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah...
Seorang gadis itu...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...
Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul, pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda...
bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah ...
Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia... pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...
Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerana dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...
Kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan,
Seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!
Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, daíyah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & abah,muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...menuju cintaNYA yang ABADI!
Thursday, November 13, 2008
DOA HARI INI
Sabda Rasulullah SAW :"Apabila anak Adam meninggal dunia,terputuslah amalnya kecuali 3 perkara: Amal Jariah, ILmu yg bermanfaat, dan Doa anak soleh yg selalu mendoakannya.".Kerana itu jangan lupa selalu mendoakan kedua orang tua kita :
"Ya Tuhanku ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, dan kasihilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil."aminn
Sunday, November 9, 2008
Tempat Kelahiranku
Bendera Sabah
Map Sabah

Location in each daerah

Mount Kinabalu


Sipadan Island

Kinabalu Park resort

Museum Of Long House

Sepilok Chalet



tan CikPah hak3(jgn marah)



Depart from airport and pass by the Sandakan city, Sabah’s second largest town. Meet the adorable orangutans at Sepilok Nature Resort, the largest and most renown in the world.
Friday, November 7, 2008
Himpunan Doa-doa
"ya ALLAH! Lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkan lidahku, agar mereka faham pembicaraanku."
DOA PENERANG HATI..
"ya ALLAH! Bukakanlah hikmahMU dan turunkanlah rahmat daripada khazanahMU kepada kami, ya Tuhan, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
DOA MUDAH HAFAL/FAHAM..
"Ya ALLAH! Kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir denganMU, kurniakanlah kami kesihatan, wahai yang amat mengasihanni."
Friday, October 24, 2008
12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :'mereka orang2 ygMenyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidakBerbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan diduniaMaupun di akhirat'.firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang ygSombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar darimemahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaan Ku) , itulah balasan & tempatKembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutanDatang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktuHidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dariSiksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu diaMati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.'Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiriUntuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2Bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ularSerta kala jengking 'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun Pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. InilahBalasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut'mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual Beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh Datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkaiKetika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengangguKetenteraman padang mahsyar 'mereka ini adalah orang yang menyembunyikanPerlakuan derhaka , takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takutKepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6 :
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badanMereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &Nanah dari mulut mereka Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik , kepala kebawah & kaki ke atas Mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di Neraka. Sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & Wanita , melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka.
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata Biru , sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti Tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga Ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnamaMereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dariSisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang ygBeramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatanDerhaka , memelihara solat lima waktu , & meninggalkan dunia dalam keadaanBertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalahSyurga , beroleh keampunan , kasih sayang & keredhaan Allah swt.'
Monday, October 20, 2008
Raya Ku
ku syg ni :)
(ank laki sulung ni)
(Adik ke-6)
Ni Jiran bilik adik ku
My best Otai silawati :)
lepas 5tahun baru jupa
di kahwin kazen
anakku usia setahun...rindu..
kembali seperti biasa
tapi best,jumpa semula kenkawan yang ku rindu kunun hahah..
aduh nak kuar dulu..lapar da :p
k salam sayang semua..
Thursday, October 16, 2008
Friday, October 3, 2008
Saturday, September 27, 2008
LCCT-malam sebelum balik kampung-

Thursday, September 25, 2008
Malam Al-Qadar

Adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
Petua oleh Imam Al-Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul QadarJika awal ramadhan jatuh pada hari:-
Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
Rabu atau Ahad - malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan;
Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan;
Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.Berdasar petua di atas, InsyaAllah malam qadar jatuh pada malam ke 21 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 hb September 2008 atau Sabtu malam Ahad..
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Monday, September 22, 2008
Sinar

ALLAHU AKBAR !
ALLAHU AKBAR !
Adakah pernah saudara saksikan, seketika satu keluarga rumah tangga Islam menunggu kelahiran seorang bayi? Dengan gelisah si ayah menunggu di luar kamar. Pintu kamar tertutup, jururawat sibuk dan si isteri sedang mengumpul kekuatan buat melahirkan.
Tiba-tiba tedengarlah tangis anak. Barulah lepas nafas si ayah yang dari tadi tertahan-tahan. Dan tidak berapa lama kemudian bidan keluar memberi tahu dengan kata pendek, “sudah!”.
Apa namanya? Laki-laki atau perempuan.
Kelihatan si ibu tersenyum, meskipun badannya baru terlepas dari satu perjuangan yang membahayakan jiwanya. Kepayahan itu telah hilang sekarang dan kematian yang nyaris merenggutkan dari keluarganya, sekarang lupa sama sekali. Pada bibirnya telah tersungging senyum, meskipun masih senyum larut. Sebab si anak sudah lahir.
Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan, bahawasanya seorang bayi di lahirkan ke dunia adalah dalam kesucian. Dia tidak berdosa sama sekali, dia masih suci. Dia di lahirkan dalam ‘ fitrah’. Fitrah itu ertinya suci murni.
Agama Islam juga di namai ‘agama fitrah’, agama suci murni. Sebab keIslaman yang sejati tumbuh daripada jiwa kemanusiaan yang suci murni. Sebab Islam ertinya ialah membebaskan diri daripada segala pengaruh dan menyerahkan dengan sukarela kepada Zat Yang Maha Esa, Maha Kuasa, ALLAH S.W.T.
Setelah selesai bayi tadi di bersihkan, bidan menggendongkannya dan menyerahkan kepada ayahnya. Maka ayah yang tahu peraturan tentang syari’at dan sunnah Nabi Muhammad jika anaknya lahir, segera menyambut anak itu, diletakkan kepalanya pada telapak tangannya yang kanan, lalu di bacakan kalimat ‘azan’ dengan lengkap pada telinganya yang kanan. Permulaan azan ialah ’ALLAHU AKBAR’.
Kemudian di alihkannya kepada si bayi ke telapak tanggannya yang kiri, lalu di bacakan pula kalimat ‘iqamat’ selengkapnya pada telinga kiri pula. Iqamat pun mulai dengan ‘ALLAHU AKBAR’.
Sebelum anak itu mendengar bujuk rayu ibunya, sebelum dia mendengar ibunya mendodoikannya, maka kalimat yang lebih dahulu masuk ke dalam telinganya ialah ‘ALLAHU AKBAR’.
Dalam fitrah suasana kesucian, mula-mula mata terkembang melihat dunia, belum lagi melalui ombak dan gelombangnya, ayah yang cerdik telah memberikannya bekal untuk menghadapi suasan hidup, yang kadang-kadang ombaknya naik, kadang-kadang ombaknya turun, dengan ‘ALLAHU AKBAR’.
Kemana pun angin akan membawa perahu ini, betapa pun ombak dan gelombang memecah dari kiri dan kanan, kadan-kadang sampai kabur tak nampak tanah tepi, namun bekal telah di beri ayah : ‘ALLAHU AKBAR’.
Hanya ALLAH Yang Maha Besar, yang lain kecil belaka.
Bebaskanlah diri dari segala yang mempengaruhinya. Sebab ini hanyalah alam semua, benda semua. Awalnya tidak ada, kemudian ada dan kelak akan lenyap, namun yang kekal hanya Tuhan. Dari sana kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.
Hidup bukanlah bilangan tahun dan nilainya bukanlah berapa emas tertumpuk. Hidup adalah pendirian dan kepercayaan. Kemungkinan dari pendirian dan kepercayaan ialah perjuangan. Berhenti berpendirian, lalu berhenti berjuang, nescaya berhentiah hidup. Walau badan masih di dunia, wlaau nafas masih turun naik.
Pendirian seorang Muslim ialah ‘LAA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR’.
Pendirian pun sentiasa berhadapan dengan kenyataan. Ideal sentiasa bertentangan dengan real. Dalam membela pendirian itu, tiada Tuhan melainkan ALLAH, beribu kesulitan yang harus kita tempuh. Jiwa murni kebetulan terletak dalam rangka tubuh yang terjadi daripada benda, dari air dan tanah.
Dia minta makan untuk hidup, dia minta air buat minum. Kalau tidak, dia mati. Dia pun meminta kediaman yang sederhana, sebab si tubuh ini tidak tahan kedinginan dan kepanasan. Terlalu di perturutkan kehendak jasmani, mundurlah nilai-nilai yang lebih tinggi dalam hidup dan bertukarlah insan menjadi binatang. Dan memperdalamkan keyakinan bahawasanya hidup bukanlah semata-mata makan.
Apabila kita lulus dari bulan latihan ini, sehingga kedudukan dan kekuatan rohaniyah sudah dapat mengendalikan nafsu, dan ‘tujuan’ hidup sudah lebih penting daripada ‘alat’ untuk hidup, baik dari segi bertahannya(negative), iaitu menahan lapar, atau dari segi pendorongnnya(positif), yaitu mengadakan ibadat,zikir,tilawah dan sebagainya, tercapailah kemurniaan jiwa, laksana sebuah mesin mobil yang telah setahun di pakai, sebulan di masukkan ke dalam bengkel untuk di cuci dan di servis.
Sehingga telah di keluarkan kembali, ketika di bawa ke jalan raya kehidupan pada 1 Syawal, dia telah bersih, dan jalan lagi.
‘Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan, dengan cukup iman dengan cukup perhitungan, nescaya akan di ampuni dosanya yang terdahulu’, demikian bunyi sebuah hadis.
Dan pada hadis yang lain pula; ‘akan di ampuni pula dosanya yang akan datang’. Ertinya dia tidak akan berdosa lagi, sebab dia telah sedar akan dirinya. Barangsiapa yang sedar akan dirinya, nescaya sedarlah dia akan Tuhannya.
Puasa telah selesai di kerjakan sebulan Ramadhan. Dan pada penutupnya telah di keluarkan zakat-fitrah, zakat pensuci-murnian. Maka layaknya dia pada 1 Syawal merayakan ‘Idil Fitri’. Hari Raya suci murni.
ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR Walilahil hamd ! ALLAH Maha Besar, bagi ALLAH segala puji-pujian.
Di perkumdangkan pendirian hidup itu, ‘ALLAH Maha Besar’ disimpongankan di labuh nan golong di pasar nan ramai, di tanah lapang, di masjid raya, di surau dan di langgar. Di sugestikan , di tekankan ke dalam hati sanubari, bahawasanya tidak ada yang besar dalam ujud ini selain ALLAH.
Kadang-kadang sulitlah keadaan peribadi yang kita hadapi, kusut seperti tidak akan selesai, keruh seakan-akan tidakkan jernih.
Perkara kecil belaka: ALLAHU AKBAR !!!
Kadang-kadang hening sepi alam keliling, kadan-kadang rebut dan badai, kadang-kadang memuncak naik, kadang-kadang melandai turun. Kadang-kadang tertekan dada, tertekan perasaan, mulut tidak dapat di buka lagi, takut menghadapi hidup, gelap semata-mata yang mengelilingi kita, hati menjenak sampai ke kerongkong, timbul sangka yang bukan-bukan, mencuit nafas di tekan duka, bahagia terasa hanya setarik nafas, kesulitan terasa sepanjang umur, yang tidak di sukai terlalu lama, yang di sukai hanya dalam angan.
Yang di tunggu tidak juga kunjung datang, yang membosankan selalu juga tegak di ruang mata. Sehingga telah gelap guilt segala jalan di daratan bumi ; ALLAHU AKBAR !
Dia mengumandang lagi di puncak menara. ALLAHU AKBAR ! Dia berkumandang lagi dalam ucapan kita ketika sembahyang. Dia bersuaralah lagi dalam suara imam yang nyaring. Dalam takbir ratul ihram, dalam takbiratul intiqal.
Sedarlah nyawa ini akan dirinya. Dari Tuhan ia datang, dengan Tuhan dia hidup dan dengan Tuhan dia berteman. Datang dari rumpun hati sanubari, di ucapkan dengan mulut, lalu menjadi pandangan hidup. Ributlah segala yang akan ribut, namun semuanya mesti berakhir. Kerana hanya ALLAH Yang Besar.
Lalimlah segala yang akan lalim, congkaklah segala yang akan congkak,amak kaki akan ke atas, kepala akan ke bawah, laksana Fir’aun, demikian memuncak sehingga pernah dia mengakui dirinya yang Tuhan.Namun aku tahu diasal engkau,’ dari tanah asal engkau dan kepada tanah engkau akan kembali dan dari tanah engkau akan di bangkitkan. Hari ini engkau bisa mendabikkan dadamu, amak akan mengerjang dadamu sendiri, mengatakan ‘Aku si Anu’.
Besok engkau akan kembali jadi tanah penggalian yang merah. Mungkin sebagai kata Omar Khayyam, ‘Guliga dari tanah kubur mu diambil orang akan piala tempat minum mu. Tidak ada manusia yang kuat dan kuasa dia akan terbentur kepada satu dinding. Dinding ‘ALLAHU AKBAR !’
Puasa telah selesai di kerjakan ; Walil-laahil Hamd ! Zakat fitrah telah di langsungkan kepada yang berhak menerimanya. Takbir telah memenuhi angkasa sepanjang malam. Kemudian fajar pun menyinsing, azan subuh kedengaran lagi mengumandang dari atas puncak menara yang tinggi, maka kaum muslimin berduyunlah datang ke musalla, ke tanah-tanah lapang atau ke masjid. Langit kelihatan cerah sekali, sebab cerah itu telah memancar dari dada kita.
Tidak ada yang rumit lagi, tidak ada yang sulit. Segala soal telah dapat di pecahkan. Semua perkara terasa kecil. Yang besar hanya ALLAH.
Maka aku hulurkan tangan ku kepada semua orang, aku beri mereka maaf. Sebab aku telah merasa telah sangat kaya dengan ampunan dan redha Tuhan. Dalam dadaku tak ada rasa dendam. Bahkan aku pun percaya bahwa semua orang pun akan memaafkan aku pula. Moga-moga jiwaku dan jiwa anda, kembali kepada kemurniaannya atau kepada fitrahnya yang semula, ALLAHU AKBAR !
Jiwa ku tetap tegap kembali menghadapi lanjutan sisa dari kehidupan ini, sebab telah lepas dari latihan ;
Minal ‘aidin wal faizin, Kullu ‘amin wa antum bikhairin…
Salam Ramadhan…
Sunday, September 21, 2008
Kehebatan Al-Quran (penerang hati)

Contoh :
- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.
-Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau “moody” tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati.
- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.
- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.
- Ayat-ayat di dalam Surah Maryam dan Surah An-Nisaa’ dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti fibroid, ovarian cysts, dll.
- Ayat-ayat di dalam Surah Al-Qasas, Surah Al-Israa, Surah Ash Syura, Surah As Saaffaat, Surah Ambiyaa, Surah Al-Ahqaaf dan sebagainya banyak digunakan untuk mengubati sakit badan seperti jantung, sakit buah pinggang, dll.
- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.
- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang).
- Surah Al Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.
Wednesday, September 17, 2008
tak tahu nak wat apo...

Tuesday, September 16, 2008
Gambar kenangan ku (1st Praktikal)
kisah malam di pertama
Tercipta Rasa yang Terindah!”Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia!
Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
“Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
“Last Breath..”Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..”
Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “
Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!” Bacaan lanjutan: Kubur Menunggu Kita… Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati..
Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan tertanjap sekaligus melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari ‘azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.Wallahu a’la wa a’lam bissawab.
Salam
Salam Syaaban - Ramadhan buat semua:
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
" Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Saya juga memohon dihalalkan semuanya terutama makan dan minum. Saya juga telah memaafkan anda dan telah menghalalkan segalanya. Didoakan agar anda mendapat 'puasa mabrur' bermula tahun ini dan selamanya. Nak tunggu kad raya baru nak bermaafan takut terlambat…..bermaafan hendaklah dilakukan setiap detik sesama manusia lebih-lebih lagi dengan Allah Taala.
Amin….
Wednesday, September 10, 2008
Salam Ramadhan
Lama tidak ku jenguk blog ni..k'busy'an melanda diri sejak 2bulan lepas.Tidak ada sedikit ruang untuk mengupdate blog ini.
Hek3 bak kata orang umpama rumah lama yang di tinggalkan tanpa penghuninya.Pasti rumah itu dah berhabuk.Begitu jugalah al-kisahnya dengan blog ini.
Masa terasa seakan berlalu dengan begitu cepat.Sedar tak sedar sekarang dah masuk malam ke 11 Ramadhan..Malam bermulanya pertengahan Ramadhan..Dimana setiap malamnya ALLAH menjanjikan pahala yang berlipat-lipat gandanya berbanding dengan bulan-bulan yang sebelumnya.
Hati gembira menyambut akan ketibaan bulan ini.Dengan harapanya dengan tiap ibadah yang di lakukan akan mendapat balasan di sana kelak.Hanya ini penguat semangat untuk terus berdiri dan mara ke depan untuk majunya kedepan...Jalan menuju kepada-NYA..
Jiwa seakan kosong..Masuk tahun ke-2,aku menyambut bulan ini dan berpuasa jauh dari kampung halaman..Juah dari mak abah,adik-adik dan sahabat andai..Sedih rasanya..Namun tahun ini agak teruk sedikit berbanding dengan tahun sebelumnya..Tahun ini aku hanya bersendirian kat rumah..Teman-teman serumah yang lain praktikal kat sabah.
Alhamdulillah aku punya kakak kat sini yang banyak membantu dari semua segi ke atas diri ini.Moga ALLAH sentiasa bersamanya..
Minggu ni minggu last untuk praktikal yang 1st time..then cuti seminggu.Dan akan kembali ke kolej semula untuk presentation..Huh entah bagaimana hendak present kat depan nanti.Aku memang lemah bab semacam ini..Tapi yang bestnya selepas itu aku dapat pulang kekampung beraya dengan keluarga.ALhamdulillah..tahun lepas tak dapat balik..tiket habis..peritnya hanya ALLAH yang tahu..
ok la insyaALLAH andai ada masa dan di izinkan-NYA,akan update lagi blog ini...wassalam..
Tuesday, May 6, 2008
Friday, May 2, 2008
Qiamulail
(MENGHIDUPKAN MALAM)
Ibadah ini adalah ibadah yang sering ditinggalkan oleh kita. Sedangkan bila mana kita menghidupkan malam ini, kita memperolehi banyak manfaat dan ganjaran yang telah ALLAH janjikan.
Termasuk diri saya kadang kala lalai dengan urusan dunia hingga lupa untuk menghidupkan malam ini. Oleh itu saya seru diri saya dan diri anda untuk bangun menghidupkan malam ini. InsyaALLAH janji ALLAH itu pasti berlaku.
Di sini kita akan membincang serba sedikit tentang Qiamullail ini. Antaranya adalah :
Friday, April 25, 2008
Kesunyian ku
Kemudian aku berteriak mengusir sepi
Namun,
Hanya ada gema yang berkumdang
Menunjukkan bahwa aku memang sendiri..
Ya ALLAH,
Aku terjatuh dalam kegelapan malam ini
tak kulihat sedikit cahaya pun di jalan ini
Bahkan bulan dan bintang pun enggan menerangi jalan ku
Monday, April 21, 2008
Padamkan api fitna dengan Al-Quran
Merujuk paradigma di atas, dapat disimpulkan tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders dalam menghasilkan filem kontroversi terbaru mengenai al-Quran samalah seperti mengambil al-Quran dari sudut yang tidak betul. Akhirnya memesongkan mesej sebenar ayat-ayat tersebut.
Walaupun rata-ratanya umat Islam seluruh dunia bangkit menentang filem tersebut, namun mungkin ada sesetengah umat Islam yang dangkal ilmunya akan terpengaruh dengan filem itu kerana kelemahan memahami ayat-ayat 'keganasan' yang diutarakan oleh Wilders.
Friday, April 18, 2008
Rintihan Hamba
Hanya terukir kata nista berwangian dosa
Jiwa kami parah terluka
Lantaran noda…
Segala-galanya terukir lawa
Kerna nafsu raja
Kami sesali kejahilan diri yang selama ini
Bersarang di hati dan tergambar ngeri
Pedih seksaMu nanti
Hati kami suram dan kelam
Tak bercahaya…
Bagaikan malam tiada berteman
Seri sang rembulan
kawan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan
Tuesday, April 15, 2008
Wednesday, April 9, 2008
Influenza
INFLUENZA atau masalah jangkitan pernafasan adalah penyakit yang mudah merebak dan jika menyerang kanak-kanak, ia mengambil masa lama untuk sembuh.
Ramai doktor menganggap influenza tidak berlaku di Malaysia, kerana negara ini adalah negara tropika yang tidak mengalami musim sejuk. Sebab itu mereka tidak menyarankan kepada golongan berisiko dan warga emas mengambil vaksin influenz.
Kajian yang diketuai Ketua Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Imunologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak, mendapati penyakit itu memang wujud di negara ini dan berpotensi menjadi wabak yang meragut nyawa.
Tuesday, April 8, 2008
Terapi muzik cara berkesan damaikan minda, emosi
MUZIK adalah sebahagian daripada warisan budaya manusia. Kewujudan dan kepentingannya kepada manusia dicatatkan sejak zaman purba lagi. Muzik membantu mengembangkan panca indera dan membangkitkan penghargaan terhadap kecantikan melalui bunyi yang teratur. Dunia seni sudah lama dihargai kerana mencuba untuk mentamadunkan masyarakat dan menjadikan mereka lebih berperikemanusiaan, selain menimbulkan kesedaran mengenai inti hati manusia. Dunia seni cuba mengimbangkan pencapaian manusia dari segi teknologi dengan memberikan jiwa kepada kerjanya. Sains saja tidak mampu menentukan sama ada penemuan teknologi teragung zaman kita akan digunakan untuk kemajuan dan manfaat manusia. Ini kerana sains tidak pernah dikenali sebagai pejuang nilai moral atau kepekaan estetik, sebaliknya muzik sepanjang zaman membantu mewujudkan kepekaan moral dan estetik yang sangat diperlukan dalam sesuatu masyarakat perindustrian yang tidak sensitif. Bagi pembela dunia seni, adalah lebih penting untuk mengenali dan mencintai umat manusia daripada mengetahui struktur atom; yang satunya lebih cenderung kepada kewujudan yang aman damai sementara yang satu lagi lebih cenderung kepada kemusnahan.
Terapi muzik Muzik dapat mententeramkan dan menyantaikan, khususnya muzik gubahan tokoh terkemuka antaranya termasuk Mozart, Beethoven dan Verdi. Muzik juga mampu menawarkan suatu kelegaan yang hebat, walaupun sementara saja, daripada kebimbangan, kerunsingan dan kerisauan dunia.
Monday, April 7, 2008
Sabar ketika senang, itu adalah yang lebih susah
konsep sabar kita.. bagai telah disinonimkan dengan keadaan susah.. keadaan menderita.. keadaan sengsara.. sepertinya.. ketika senang.. tidak perlu lagi kita bersabar.. ya.. betul.. kalau difikirkan logik akal.. itulah dia.. apa lagi yang hendak disabarkan.. hidup senang.. mewah.. masa masih panjang.. duit sudah banyak.. kuasa kita ada.. apa sahaja lagi yang tidak cukup?.. khabarkan?.. bukankah itu sudah cukup baik.. ya.. sememangnya.. itulah waktu senang kita.. tapi adakah diwaktu senang itu kita tidak perlu lagi bersabar?
Kehebatan tamadun Islam
Oleh Prof Madya Dr Ahmad Zaidi Johari
MEMANG menakjubkan apabila melihat beberapa bangunan warisan seni bina Islam serta taman yang sangat luas di kota Valencia, Sepanyol dan pinggir jalan kota itu. Sebagai umat Islam tentunya kita berbangga warisan itu masih berdiri megah di benua Eropah. Sebahagian taman itu ditanam banyak pokok kurma. Bangunan dan taman dijaga rapi dan di tengah taman itu dibina saliran air dan kolam serta dihiasi pokok bunga ros, lili, jasmin dan pelbagai jenis bunga yang cantik dan berwarna-warni. Peluang melihat keindahan ini diperoleh ketika saya dan anak, Dr Ahmad Mujahid membentangkan kertas kerja di Persidangan Teknologi, Kejuruteraan dan Pendidikan di Valencia, Sepanyol, baru-baru ini.
Friday, April 4, 2008
Jiwailah erti sebenar sebuah kehidupan
Lazimnya, kebanyakan kita akan memperbaharui niat demi sebuah destinasi tujuan apabila tiba tahun baru tidak kira sama ada masihi mahupun hijrah.
Teringat zaman kanak-kanak dahulu, saya agak kebingungan apabila ditanya apakah cita-cita saya.Matlamat janga pendek
“Eh, Siti, awak bila besar nak jadi apa ye?” Zahira senang sekali memutar-mutar ekor tocangnya apabila berbicara.
“Kite..tak tahulah.Apa keje yang best yek?” Mata saya terkebil-kebil memerhatikan ruang kosong pada soalan cita-cita.
“Eh banyak.Best tau.,kalau jadi orang besar.Zahira nak jadi akauntan..”
Tuesday, April 1, 2008
Makna Falsafah
Falsafah pula perkataan yang berasal dari terjemahan bahasa arab iaitu dari perkataan falasifah, falsafah dan failasuf. Perkataan ini telah di "tasrifkan"
Sunday, March 30, 2008
Kepentingan Falsafah
Ia memerlukan satu ruang, kebiasaan dan kelaziman seseorang individu untuk sentiasa melakukan aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan akal fikiran. Falsafah tidak boleh di pelajari seperti mana perkara lain. Ia memerlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani dan juga jasmani. Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu sedai untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta membuat perhitungan yang sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang melanda masyarakatnya.
Selain itu, ahli fahsafah juga memainkan peranan yang sungguh penting dalam kelompok masyaraktnya. Hal ini kerana, ahli fahsafah memberikan sumbangan yang mendalam dalam memberikan tunjuk ajar serta membimbing masyaraktnya kearah jalan yang benar. Ahli fah safah boleh di katakan sebagai "pemberi cahaya" kepada masyarakt agar memahami makna sebenar sesuatu perkara yang berlaku dan sebagainya.
Falsafah dan kesorotannya
Boleh di katakan, falsafah merupakan ilmu yang membincangkan tentang asas-asa dan juga dasar-dasar kepada ilmu yang terdapat di dunia kini.
Wednesday, March 26, 2008
7 Ayat
Hikmah 7 Ayat
Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal 7 kalimat ini, ia terpandang mulia di sisi ALLAH dan Malaikat serta di ampinu dosa-dosanya walau sebanyak buih laut.
Kalimat itu yakni :
Mengucap BISMILLAH pd tiap-tiap hendak memulakan sesuatu.
Mengucap ALHAMDULILLAH pd tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Mengucap ASTAGFIRULLAHALAZIM jika lidah tersilap kata yang tak sepatutnya.
Mengucap INSYAALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
Mengucapkan LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu yang tak disukai atau tak ingini.
Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi atau menerima musibah.
Mengucap LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya..
Tuesday, March 25, 2008
Salam Kebahagiaan
Kali in saya hendak cuba untuk membuat kelainan berbanding blog sebelum ini..
Namun saya hanya manusia biasa yang punyai serba serbi kelemahan serta kekurangan.Tapi apa pun saya akan mencuba untuk buat sebaik mungkin.
Blog ini adalah untuk berkongsi sama ilmu yang kita ada.
Rasa terbit sesuatu di dalam hati ketika mengunjungi blog sahabat saya.Saya rasa sumting different sangat.Tak tahulah sukar utuk saya tafsirkan dalam bentuk kata.Dalam blog dia penuh dengan pengisian ilmu dan perjuangan dalam memartabatkan ISLAM di dalam hati di setiap anak muda.Saya tidaklah punyai ilmu akan ini,tapi apa yang ada saya akan cuba.Bantuan dari anda semua adalah sangat saya harapkan dalam merealisasikan impian untuk melihat anak muda kita maju kehadapan dengan jihad dalam hati untuk menuju ke jalan yang benar..
Maaf andai ada kekurangan dan kesilapan.Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang lemah itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..
Terima kasih.