nufnang

Koleksi Buku Ku

Buku : Hijrah (Permulaan Sebuah Kegemilangan)
Penulis : Abdul Latip Talib (Penulis Novel Sejarah No. 1 di Malaysia)
Harga : Semenanjung Malaysia - RM35.00 / Sabah Sarawak - RM38.00


Sinopsis Buku

Ada satu peristiwa yang menjadi titik peralihan dalam sejarah perkembangan Islam. Itulah peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Ia berlaku dalam bentuk peristiwa yang di gabungkan antara perlindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Selepas melalui perjalanan penuh bahaya sejauh 320 kilometer, selama lapan hari, hijrah sampai ke kemuncaknya. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat akhirnya tiba ke Kota Madinah.
Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan satu tempat bagi menuju ke tempat lain. Novel ini memberi gambaran apa yang terjadi sebelum peristiwa hijrah dan mengapa hijrah itu terjadi. Akhirnya, kisah hijrah itu sendiri memberi gambaran bahawa jarak dan jangka waktu itu sebenarnya sangat kecil berbanding hikmah yang terkandung di dalamnnya.

Buku : Ziarah Ke Alam Barzakh
Penulis : Al-Imam Jalaluddin as Suyuti
Harga   : Semenanjung Malaysia - RM30.00 / Sabah Sarawak - RM32.00


Sinopsis Buku

Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas ini tampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati.
Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.
Lewat buku ini, Imam Jalaluddin as-Suyuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh - sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang di yakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbiacara tentang seluruh realiti yang mungkin di temui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya manusia menjelang sakaratulmaut, keadaaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaaan dan sebagainya. Semua itu di sajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itn, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaj yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

No comments: