nufnang

Tuesday, November 30, 2010

Mencintai dalam diam

Kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... Dengan begitu kau telah memuliakan dia, karena kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mau merusak kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Dengan diammu….
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya .. Karena mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ... Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ....

Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan ... Kekuatan sebuah harapan ... Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata... Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?????

Kawan…
Jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata…. Biarkan ia tetap dalam diam ... Jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengarungi hidup bersama... Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati...

Karena yakinlah…. Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Karena tulang rusuk takkan tertukar apalagi nyasar…

Tuesday, November 23, 2010

Sunday, November 21, 2010

Balasan melambatkan solat

Petikan ini saya copy paste daripada buletin Facebook.
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..
Sumber : http://mran3238.wordpress.com/2010/03/07/kisah-benar-ular-hitam-membelit-jenazah/
p/s: siapa yg boleh mengesahkan kesahihan cerita ini.....
saya mungkin akan menarik balik note ni jika didapati cerita ini hanyalah rekaan.... harap rakan2 boleh bantu sy...
30 Zulkaedah 1431H (07 Nov 2010)
11.03 am

Tuesday, November 16, 2010

Thanks My Rumate (Rinie Awai Albert)


Thanks for this "hamper".Really appreciate it. First time ni dapat hamper.Huhhu terharu sangat ni rumate..neway keep it up...do ur best in ur work..learn and learn...

Friday, November 12, 2010

KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGAWAL DIRI DARI KENCING

Seseorang yang normal mampu untuk menahan diri dari kencing sementara mencari tandas dan mengawal jika berada di tempat-tempat yang tidak sepatutnya contohnya seperti di dalam kereta atau di dalam sesuatu majlis.Manakala jika seseorang itu mengalami masalah ketidakmampuan menahan diri dari kencing bermakna anda tidak dapat menahan rasa hendak kencing dan akibatnya anda akan kencing di seluar sebelum sempat anda mencari tandas dan apabila masalah ini berlaku maka anda telah mengalami satu masalah besar dalam kehidupan seharian.
Wanita dan lelaki berisiko untuk mendapatkan ketidakmampuan menahan diri dari kencing ini terutama apabila disebabkan oleh kecederaan neurology,kecacatan sewaktu lahir,strok,multiple sclerosis dan masalah fizikal yang disebabkan oleh penuaan.Selain itu bagi wanita masalah ini kerap juga berlaku apabila mereka mengandung dan melahirkan anak serta jika wanita itu menopause.

Wanita yang berumur lebih banyak mengalami masalah ini berbanding wanita yang lebih muda tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan dengan perbezaan umur.Untuk pengetahuan anda masalah pengawalan terhadap pundi kencing ini boleh di rawat dan anda tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan.Keadaan ini selalu berlaku kepada wanita kerana masalah berkaitan dengan otot yang membantu untuk menahan atau melepaskan air kencing.Tubuh badan kita menyimpan air kencing dan apabila mahu kencing,bahan buangan ini dibuang melalui buah pinggang di dalam pundi kencing.
Ketika kencing otot di dinding pundi kencing mengecut dan memaksa air kencing keluar dari pundi kencing menuju ke urethra iaitu urat yang mengeluarkan air kencing dari tubuh badan kita.Ketidakmampuan menahan air kencing berlaku apabila otot pundi kencing tiba-tiba mengecut atau jika otot yang mengelilingi urethra secara tiba-tiba berehat dengan tidak memberi signal.
Jenis-Jenis Ketidakmampuan menahan
1)Stress incontinence
-Jika batuk atau bersin, ketawa atau pergerakan yang memberi tekanan pundi kencing secara tiba-tiba menyebabkan kebocoran air kencing tanpa anda sedari dan dapat kawal.Perubahan fizikal menyebabkan keadaan ini seperti mengandung dan menopause.Ia biasa dihidapi oleh golongan wanita.
2)Urge incontinence
-Masalah ini adalah bila anda tiba-tiba rasa perlu untuk kencing dan ia datang tiba-tiba sahaja.Masalah ini biasa berlaku akibat pengecutan pundi kencing yang tidak sempurna.
3)Functional incontinence
-Berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah untuk berfikir ,bergerak atau berkomunikasi yang boleh menghalang mereka dari pergi ke tandas contoh mereka yang mengalami keadaan ini ialah mereka yang lumpuh yang duduk di kerusi roda,mengalami penyakit Alzheimer dan bagi wanita ia selalunya berlaku pada wanita yang tidak beruapya dan hanya baring di katil sahaja.
4)Overflow incontinence
-Menmgalami keadaan dimana pesakit selalu terasa hendak kencing kerana pundi kencing anda selalu penuh ini terjadi kerana otot pundi kencing yang lemah dan terhalang oleh sesuatu.Puncanya akibat Diabetes,tumor dan batu karang yang boleh menghalang pundi kencing,Keadaan ini selalu berlaku pada wanita.
5) Mixed incontinence
-Berlaku apabila masalah dan keadaan stress incontinence dan urge incontinence bercampur
6) Transient incontinence
-Kobocoran yang berlaku adalah sementara disebabkan oleh keadaan seperti jangkitan ataupun pengambilan ubat.

Thursday, November 11, 2010

Penjara Pudu : Kejahilan Kita Dalam Memperkasa Sejarah

Hasil dari : http://www.elviza.wordpress.com

Artikal ini saya copy daripada blog penulis yang lain. Saya amat tertarik dengan artikal dan gaya penulisan beliau. Saya copy untuk di kongsi bersama.

Penjara Pudu

by elviza

(Published in Sinar Harian on November 4, 2009)

Apabila tiba tarikh istimewa atau cuti umum, penulis bersama keluarga selalu duduk bersantai sambil makan-makan di restoran Big Apple, di tingkat 14, Menara Berjaya Times Square. Tiada apa yang istimewa di lantai 14 itu. Makanan dari dapur hotel lazimnya sama sahaja walau di mana lokasi kita di peta dunia.

Tetapi apa yang sering mencuri perhatian penulis adalah pemandangan yang polos di sebelah kiri dinding kaca hotel: Penjara Pudu. Persis bentuk kupu-kupu malam di tengah kota kosmopolitan Kuala Lumpur, penjara tua ini dilukis oleh jurutera Jabatan Kerja Raya, Charles Edwin Spooner, dan telah siap dibangunkan dalam tahun 1895 dengan kos sebanyak RM138,000.00.

Berusia 104 tahun, penulis percaya, bukan sedikit lipatan peristiwa yang tersimpan di dada penjara yang asalnya dilakar mengikut bentuk salib St Andrew itu.

Sewaktu zaman penjajah dahulu, banduan yang telah disabitkan bersalah menentang kerajaan British, akan digantung atau ditembak mati, dan terus sahaja ditanam di tapak Penjara Pudu agar berita pelaksanaan tidak keluar dari dinding penjara.

Setakat tahun 1993, Penjara Pudu telah menyaksikan hukuman gantung sampai mati ke atas lebih kurang 180 penjenayah termasuk Botak Chin dan dua pengedar dadah berbangsa Australia: Brian Chambers and Kevin Barlows.

Tetapi bukan itu yang penulis cari; kepingin benar di hati ingin tahu kehidupan dan suka-duka banduan-banduan yang pernah tinggal di tapak dinding batu berkerawat dawai tersebut.

Semasa penjara ini dibuka kepada umum sekitar tahun 1997, apa yang penulis ingat sehingga ke hari ini, adalah mural-mural indah yang dilukis oleh banduan di permukaan dinding penjara. Kebanyakan pintu dan jendela penjara, termasuk engselnya, masih kekal sepertimana bentuk asal ianya dibina. Penjara Pudu telah menarik lebih setengah juta pelawat setahun. Malangnya, penjara ini kembali ditutup dan usaha untuk membaikpulih telah diberhentikan kerana kegawatan ekonomi di lewat 90-an.

Seorang rakan penulis yang berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia telah menceritakan, terdapat sebuah lukisan potret wanita di penjara itu yang akan “menangis” apabila hari penggangtungan seseorang banduan itu semakin hampir. Potret itu asalnya dilukis oleh banduan yang juga menginap di lorong maut Penjara Pudu. Walaupun meremang bulu tengkuk mendengarnya, penulis tetap meragui kebenaran cerita itu.

Sungguh ironik sekali apabila sekarang tiba pula giliran Penjara Pudu untuk “dihukum gantung sampai mati”. Dalam kerakusan kita mengejar kemodenan dan memberi ruang untuk perkembangan perniagaan, Penjara Pudu ketika ini sedang disodok traktor dan diratakan permukaannya. Pemilik tanah, UDA Holdings Berhad, khabarnya ingin membina kompleks membeli-belah dan pusat hiburan di atas tapak bersejarah tersebut.

Jelek sekali penulis membayangkan apa yang akan terbina di masa hadapan; sebak mengenangkan mural-mural dan lukisan cantik di dinding penjara yang akan lenyap ditelan pembangunan. Sewaktu negara lain berusaha gigih untuk mendaftarkan tempat bersejarah negara mereka sebagai World Heritage Site di mata Unesco, kita dengan angkuh dan sombong terus memadam sejarah gargantuan negara. Kononnya atas nama pembangunan. Jahil sungguh!

Perangai tidak sensitif sejarah ini bukanlah penyakit baru. Di sekitar tahun 1984, sewaktu penulis sedang membesar di daerah Kuala Krai, pihak berkuasa tempatan telah menukar nama Tangga Bradley kepada suatu nama yang amat klinikal dan kurang makna seperti, “Tangga Krai”.

Adakah dengan memadamkan nama penjajah kita bisa melupakan hakikat bahawa kita pernah dijajah?

Sejarah adalah panduan, bukan garapan cerita dongeng penglipurlara yang lunak kedengaran di telinga. Ianya harus dititip dari generasi ke generasi supaya identiti kita di mata dunia jelas dan tidak boleh disangkal lagi.

Lihat sahaja Itali. Dalam usaha membaikpulih dan mengekalkan keunikan kota Venice – yang juga digelar “Bride of the Sea” atau “City of Bridges” itu – telah membelanjakan berbilion Euro untuk memastikan sejarah bangunan dan sistem pengairan Venice tidak luput dikekang masa. Banyak pengajaran yang boleh kita adaptasikan dari usaha negara-negara lain dalam memulihara sejarah mereka.

Bertitiktolak dari penamaan semula Tangga Bradley sehinggalah ke penghapusan Penjara Pudu, penulis cukup terkilan dengan keputusan pihak berkuasa dan pemaju tanah. Tetapi suara saya kecil, tiada berkudrat untuk menghalang jentolak dari memadamkan sejarah Penjara Pudu.

Tanah Malaysia ini tanah keramat. Bukan sedikit darah yang tumpah untuk membina bangsa merdeka dan berdaulat. Baru 52 tahun mencapai kemerdekaan, kita sudah lalai dengan sejarah Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan tua di sekitar bandaraya.

Apa yang tinggal untuk kita ceritakan kepada anak cucu kita?

* Elviza Michele Kamal juga seorang peguam yang berblog di laman sesawang http://www.elviza.wordpress.com

Kalau Berpacaran