nufnang

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432Hijrah

Salam Maal Hijrah ku ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga permulaan tahun ini bermula dengan kebaikan dan pengakhirannya pun begitu juga. Sempena Hijrah ni sama-samalah kita hayati lagu ini. Semoga semangat juang kita berkekalan dan konsisten berjuang demi agama Islam tercinta


Perjuangan untuk agama Islam agama Ad-Din. Allahuakbar!!!

Friday, December 3, 2010

Pengalaman Baru Ku

Alhamdulillah syurkur kepada ALLAH atas nikmat danpeluang yang Kau berikan pada hamba-Mu ini. Tidak ternilai dengan batu permata emas berlian dengan peluang yang Kau berikan ini. Tidak di gambarkan dengan kata-kata setiap apa adanya. Sesungguhnya setiap suatu kejadian itu ada hikmah. Nampak tak nampak, sedar tak sedar. Peluang untuk ku membuka mata hati dan minda. Terima Kasih Ya ALLAH. Allahuakbar..


Ni adalah gambar sewaktu mencuci cadaver (mayat). Buat pertama kalinya dalam hidup ku. Satu-satunya pengalaman yang tidak dapat ku lupakan. Hehehe uniform ni rasa lucu nak memakainya. Tapi bila dah pakai satu sut rasa macam "robot cop" plak heheh..

Sungguh berbeza sekali skop kerja ku kini berbanding dengan yang dahulunya. Yang dahulunya aku hanya menghadap mesin, darah dan komputer. Tapi kali ni aku berdepan suatu yang amat nampak dalam kehidupan. Membuka mata dan membuat ku ntuk lebih berfikir secara terbuka. Tetapi tiap sesuatu itu ada keistemewaanya tersendiri.

Tuesday, November 30, 2010

Mencintai dalam diam

Kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... Dengan begitu kau telah memuliakan dia, karena kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mau merusak kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Dengan diammu….
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya .. Karena mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ... Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ....

Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan ... Kekuatan sebuah harapan ... Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata... Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?????

Kawan…
Jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata…. Biarkan ia tetap dalam diam ... Jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengarungi hidup bersama... Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati...

Karena yakinlah…. Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Karena tulang rusuk takkan tertukar apalagi nyasar…

Tuesday, November 23, 2010

Sunday, November 21, 2010

Balasan melambatkan solat

Petikan ini saya copy paste daripada buletin Facebook.
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..
Sumber : http://mran3238.wordpress.com/2010/03/07/kisah-benar-ular-hitam-membelit-jenazah/
p/s: siapa yg boleh mengesahkan kesahihan cerita ini.....
saya mungkin akan menarik balik note ni jika didapati cerita ini hanyalah rekaan.... harap rakan2 boleh bantu sy...
30 Zulkaedah 1431H (07 Nov 2010)
11.03 am

Tuesday, November 16, 2010

Thanks My Rumate (Rinie Awai Albert)


Thanks for this "hamper".Really appreciate it. First time ni dapat hamper.Huhhu terharu sangat ni rumate..neway keep it up...do ur best in ur work..learn and learn...

Friday, November 12, 2010

KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGAWAL DIRI DARI KENCING

Seseorang yang normal mampu untuk menahan diri dari kencing sementara mencari tandas dan mengawal jika berada di tempat-tempat yang tidak sepatutnya contohnya seperti di dalam kereta atau di dalam sesuatu majlis.Manakala jika seseorang itu mengalami masalah ketidakmampuan menahan diri dari kencing bermakna anda tidak dapat menahan rasa hendak kencing dan akibatnya anda akan kencing di seluar sebelum sempat anda mencari tandas dan apabila masalah ini berlaku maka anda telah mengalami satu masalah besar dalam kehidupan seharian.
Wanita dan lelaki berisiko untuk mendapatkan ketidakmampuan menahan diri dari kencing ini terutama apabila disebabkan oleh kecederaan neurology,kecacatan sewaktu lahir,strok,multiple sclerosis dan masalah fizikal yang disebabkan oleh penuaan.Selain itu bagi wanita masalah ini kerap juga berlaku apabila mereka mengandung dan melahirkan anak serta jika wanita itu menopause.

Wanita yang berumur lebih banyak mengalami masalah ini berbanding wanita yang lebih muda tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan dengan perbezaan umur.Untuk pengetahuan anda masalah pengawalan terhadap pundi kencing ini boleh di rawat dan anda tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan.Keadaan ini selalu berlaku kepada wanita kerana masalah berkaitan dengan otot yang membantu untuk menahan atau melepaskan air kencing.Tubuh badan kita menyimpan air kencing dan apabila mahu kencing,bahan buangan ini dibuang melalui buah pinggang di dalam pundi kencing.
Ketika kencing otot di dinding pundi kencing mengecut dan memaksa air kencing keluar dari pundi kencing menuju ke urethra iaitu urat yang mengeluarkan air kencing dari tubuh badan kita.Ketidakmampuan menahan air kencing berlaku apabila otot pundi kencing tiba-tiba mengecut atau jika otot yang mengelilingi urethra secara tiba-tiba berehat dengan tidak memberi signal.
Jenis-Jenis Ketidakmampuan menahan
1)Stress incontinence
-Jika batuk atau bersin, ketawa atau pergerakan yang memberi tekanan pundi kencing secara tiba-tiba menyebabkan kebocoran air kencing tanpa anda sedari dan dapat kawal.Perubahan fizikal menyebabkan keadaan ini seperti mengandung dan menopause.Ia biasa dihidapi oleh golongan wanita.
2)Urge incontinence
-Masalah ini adalah bila anda tiba-tiba rasa perlu untuk kencing dan ia datang tiba-tiba sahaja.Masalah ini biasa berlaku akibat pengecutan pundi kencing yang tidak sempurna.
3)Functional incontinence
-Berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah untuk berfikir ,bergerak atau berkomunikasi yang boleh menghalang mereka dari pergi ke tandas contoh mereka yang mengalami keadaan ini ialah mereka yang lumpuh yang duduk di kerusi roda,mengalami penyakit Alzheimer dan bagi wanita ia selalunya berlaku pada wanita yang tidak beruapya dan hanya baring di katil sahaja.
4)Overflow incontinence
-Menmgalami keadaan dimana pesakit selalu terasa hendak kencing kerana pundi kencing anda selalu penuh ini terjadi kerana otot pundi kencing yang lemah dan terhalang oleh sesuatu.Puncanya akibat Diabetes,tumor dan batu karang yang boleh menghalang pundi kencing,Keadaan ini selalu berlaku pada wanita.
5) Mixed incontinence
-Berlaku apabila masalah dan keadaan stress incontinence dan urge incontinence bercampur
6) Transient incontinence
-Kobocoran yang berlaku adalah sementara disebabkan oleh keadaan seperti jangkitan ataupun pengambilan ubat.

Thursday, November 11, 2010

Penjara Pudu : Kejahilan Kita Dalam Memperkasa Sejarah

Hasil dari : http://www.elviza.wordpress.com

Artikal ini saya copy daripada blog penulis yang lain. Saya amat tertarik dengan artikal dan gaya penulisan beliau. Saya copy untuk di kongsi bersama.

Penjara Pudu

by elviza

(Published in Sinar Harian on November 4, 2009)

Apabila tiba tarikh istimewa atau cuti umum, penulis bersama keluarga selalu duduk bersantai sambil makan-makan di restoran Big Apple, di tingkat 14, Menara Berjaya Times Square. Tiada apa yang istimewa di lantai 14 itu. Makanan dari dapur hotel lazimnya sama sahaja walau di mana lokasi kita di peta dunia.

Tetapi apa yang sering mencuri perhatian penulis adalah pemandangan yang polos di sebelah kiri dinding kaca hotel: Penjara Pudu. Persis bentuk kupu-kupu malam di tengah kota kosmopolitan Kuala Lumpur, penjara tua ini dilukis oleh jurutera Jabatan Kerja Raya, Charles Edwin Spooner, dan telah siap dibangunkan dalam tahun 1895 dengan kos sebanyak RM138,000.00.

Berusia 104 tahun, penulis percaya, bukan sedikit lipatan peristiwa yang tersimpan di dada penjara yang asalnya dilakar mengikut bentuk salib St Andrew itu.

Sewaktu zaman penjajah dahulu, banduan yang telah disabitkan bersalah menentang kerajaan British, akan digantung atau ditembak mati, dan terus sahaja ditanam di tapak Penjara Pudu agar berita pelaksanaan tidak keluar dari dinding penjara.

Setakat tahun 1993, Penjara Pudu telah menyaksikan hukuman gantung sampai mati ke atas lebih kurang 180 penjenayah termasuk Botak Chin dan dua pengedar dadah berbangsa Australia: Brian Chambers and Kevin Barlows.

Tetapi bukan itu yang penulis cari; kepingin benar di hati ingin tahu kehidupan dan suka-duka banduan-banduan yang pernah tinggal di tapak dinding batu berkerawat dawai tersebut.

Semasa penjara ini dibuka kepada umum sekitar tahun 1997, apa yang penulis ingat sehingga ke hari ini, adalah mural-mural indah yang dilukis oleh banduan di permukaan dinding penjara. Kebanyakan pintu dan jendela penjara, termasuk engselnya, masih kekal sepertimana bentuk asal ianya dibina. Penjara Pudu telah menarik lebih setengah juta pelawat setahun. Malangnya, penjara ini kembali ditutup dan usaha untuk membaikpulih telah diberhentikan kerana kegawatan ekonomi di lewat 90-an.

Seorang rakan penulis yang berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia telah menceritakan, terdapat sebuah lukisan potret wanita di penjara itu yang akan “menangis” apabila hari penggangtungan seseorang banduan itu semakin hampir. Potret itu asalnya dilukis oleh banduan yang juga menginap di lorong maut Penjara Pudu. Walaupun meremang bulu tengkuk mendengarnya, penulis tetap meragui kebenaran cerita itu.

Sungguh ironik sekali apabila sekarang tiba pula giliran Penjara Pudu untuk “dihukum gantung sampai mati”. Dalam kerakusan kita mengejar kemodenan dan memberi ruang untuk perkembangan perniagaan, Penjara Pudu ketika ini sedang disodok traktor dan diratakan permukaannya. Pemilik tanah, UDA Holdings Berhad, khabarnya ingin membina kompleks membeli-belah dan pusat hiburan di atas tapak bersejarah tersebut.

Jelek sekali penulis membayangkan apa yang akan terbina di masa hadapan; sebak mengenangkan mural-mural dan lukisan cantik di dinding penjara yang akan lenyap ditelan pembangunan. Sewaktu negara lain berusaha gigih untuk mendaftarkan tempat bersejarah negara mereka sebagai World Heritage Site di mata Unesco, kita dengan angkuh dan sombong terus memadam sejarah gargantuan negara. Kononnya atas nama pembangunan. Jahil sungguh!

Perangai tidak sensitif sejarah ini bukanlah penyakit baru. Di sekitar tahun 1984, sewaktu penulis sedang membesar di daerah Kuala Krai, pihak berkuasa tempatan telah menukar nama Tangga Bradley kepada suatu nama yang amat klinikal dan kurang makna seperti, “Tangga Krai”.

Adakah dengan memadamkan nama penjajah kita bisa melupakan hakikat bahawa kita pernah dijajah?

Sejarah adalah panduan, bukan garapan cerita dongeng penglipurlara yang lunak kedengaran di telinga. Ianya harus dititip dari generasi ke generasi supaya identiti kita di mata dunia jelas dan tidak boleh disangkal lagi.

Lihat sahaja Itali. Dalam usaha membaikpulih dan mengekalkan keunikan kota Venice – yang juga digelar “Bride of the Sea” atau “City of Bridges” itu – telah membelanjakan berbilion Euro untuk memastikan sejarah bangunan dan sistem pengairan Venice tidak luput dikekang masa. Banyak pengajaran yang boleh kita adaptasikan dari usaha negara-negara lain dalam memulihara sejarah mereka.

Bertitiktolak dari penamaan semula Tangga Bradley sehinggalah ke penghapusan Penjara Pudu, penulis cukup terkilan dengan keputusan pihak berkuasa dan pemaju tanah. Tetapi suara saya kecil, tiada berkudrat untuk menghalang jentolak dari memadamkan sejarah Penjara Pudu.

Tanah Malaysia ini tanah keramat. Bukan sedikit darah yang tumpah untuk membina bangsa merdeka dan berdaulat. Baru 52 tahun mencapai kemerdekaan, kita sudah lalai dengan sejarah Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan tua di sekitar bandaraya.

Apa yang tinggal untuk kita ceritakan kepada anak cucu kita?

* Elviza Michele Kamal juga seorang peguam yang berblog di laman sesawang http://www.elviza.wordpress.com

Kalau Berpacaran

Monday, October 18, 2010

Monday, October 4, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Mamy

Hari ini tanggal 04/10/2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran bagi seorang insan yang amat-amat penting dalam hidup ku. Tanpa dia tiadalah aku di dunia ini. Seorang insan yang sangat kuat yang telah berjaya menjaga dan menguruskan 8 orang anak serta seorang suami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Kami sebagai anaknya sudah pasti tidak akan dapat membalas jasanya dan semua pengorbananya terhadap kami.
Seorang insan yang tidak mengenal erti putus asa dalam menjaga kami semua adik beradik. Insan ini adalah ibu ku yang ku panggil mamy. Selamat hari ulang tahun kelahiran mamy. Hari ini genaplah sudah umur mamy 41 tahun. Kami doakan mamy sentiasa sihat, dipanjang umur di murahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat kelak. InsyaALLAH. Terima kasih mamy, hanya ALLAH yang dapat membalas jasa mamy.

Tuesday, September 28, 2010

Happy birthday !!!

Happy birthday to my best fren Silawati Ulod and Idawati Harun. Semoga kalian berdua sentiasa sihat, di panjangkan umur untuk mempertambahkan lagi amalan pada-Nya, di murahkan rezeki, di permudahkan segala urusan hidup untuk bekalan kehidupan di sana kelak serta moga de pertemukan dengan calon yang baik-baik serta soleh. Heheh tua sudah lah kita tahun ni, tapi apa pun stay macho lg..heheh nanti kita celebrate lah time aku balik..take care frenzz..Happy best day :-)

Monday, September 27, 2010

Kenapa Perlu bantuan Jin


Allah Taala telah memberi isyarat di dalam al-Quran bahawa manusia lebih mulia dari jin. Isyarat tersebut ialah:
Pertama: Perintah Allah kepada Malaikat dan Jin untuk sujud kepada Adam sebagai sujud hormat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 35:
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir. (2:35)
Semua malaikat sujud hormat kepada nabi Adam melainkan Iblis. Dalam ayat yang lain menyebut bahawa Iblis ini adalah dari kalangan Jin.
Kedua: Manusia telah berjaya menyahut permintaan Nabi Sulaiman membawa takhta Ratu Balkis kepadanya lebih cepat dari apa yang dapat dilakukan oleh Jin. Peristiwa ini termaktub dalam surah al-Naml dari ayat 38 hingga 40.
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" (27:38)
berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". (27:39)
berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!" setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (27:40)
Apabila Nabi Sulaiman meminta mana-mana pegawainya dari kalangan jin dan manusia untuk membawa takhta Ratu Balkis sebelum dia sampai ke istana Nabi Sulaiman. Jin menawarkan khidmatnya yang mampu membawa takhta tersebut dengan amat cepat sebelum nabi Sulaiman bangkit dari kerusinya.
Tetapi seorang hamba Allah yang memahami selok belok ilmu Allah dan ilmu kejadian alam semesta menawarkan khidmat dapat membawa takhta Ratu Balkis dengan sekelip mata lebih cepat dari kekuatan Jin. Tetapi hamba Allah ini bersifat rendah diri dengan mengatakan itu adalah keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah untuk mengujinya samaada bersyukur atau tidak. Ini berbeza dengan Jin yang menawarkan khidmatnya dengan menzahirkan dirinya sebagai kuat dan hebat.
Ketiga. Peristiwa kewafatan Nabi Sulaiman yang menunjukkan Jin tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman yang dilihat sentiasa berdiri memerhatikan mereka bekerja itu sebenarnya sudah wafat. Mereka hanya mengetahui kewafatan Nabi Sulaiman apabila ia rebah kebumi kerana tongkatnya telah hancur dimakan anai-anai. Kisah ini di abadikan oleh Allah dalam surah Saba; ayat 14:
setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada Yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) Yang telah memakan tongkatnya. maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, Bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara Yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di Dalam azab (kerja berat) Yang menghina. (34:14)
setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada Yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) Yang telah memakan tongkatnya. maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, Bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara Yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di Dalam azab (kerja berat) Yang menghina. (34:14)
Inilah yang menjadi punca dendam kesumat dalam hati Iblis terhadap penghormatan yang telah diberi kepada Nabi Adam oleh Allah dan para malaikat. Mereka masih bangga dengan asal usul mereka yang dijadikan dari api. Tetapi saban hari hikmah Allah memuliakan Adam semakin terserlah berbanding dengan Jin. Inilah yang menyebabkan Jin telah melipat gandakan usaha licik mereka untuk menyesatkan umat manusia dengan apa saja cara sekali pun. Misi mereka adalah untuk menjatuhkan kedudukan manusia dengan mengikut jejak langkahnya seterusnya akan bersama mereka dalam neraka Allah di akhirat nanti.
Tetapi sayang, masih ramai manusia tidak mengetahui hakikat sebenar hubungan Jin dan manusia. Masih ramai manusia yang tunduk dengan kehendak Jin. Ramai yang mengikut bisikan Jin dan syaitan yang meniupkan perasaan hasad dengki sesama sendiri dan sanggup menerima segala khidmat nasihatnya. Malah ada juga yang tertipu dengan helah Jin yang bersalutkan agama. Ada yang sanggup berzikir ribuan kali, berhari-hari dengan mengabaikan makan minum dan rehat semata-mata ingin berdamping dengan Jin. Ada yang meminta bantuan jin mencari barang-barang yang hilang, rawatan perubatan dan berbagai-bagai lagi khidmat lain.
Ingatlah pesan Jin sendiri yang telah memeluk Islam di zaman Rasulullah tentang keburukan meminta bantuan Jin. Nasihat ini di abadian oleh Allah dalam surah al-Jin ayat 6:
`Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (72:6)


Allah telah mengangkat martabat manusia melebihi Jin tetapi kenapa kita manusia telah menjatuhkan martabat yang tinggi ini dengan meminta bantuan Jin dalam kehidupan seharian?

Thursday, September 23, 2010

Lukisan anak ku

hehe inilah lukisan anak ku Humairah sayang. Balik sekolah dia tunjuk kata "ibu cantikkan lukisan humairah, humairah buat cantik-cantik dan bagus-bagus, pandaikan humairah"..dia memang pandai dengan usia sekecil ini boleh imiginasi and buat lukisan macam ini. Moga dia berjaya dunia akhirat.

Horey Berjaya

Selamat Hari Raya semua..Hehe lama tidak buat entry baru..Busy beraya dan bekerja :P

Hari ini duk burn cd adobe photoshop CS3. Hehe saja nak burn cd org ni, nak belajarlah kununnya menggunakan photoshop ni walau pun tak tahu and tak pandai guna photoshop ni. Tapi orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hehehe aku ni memanglah buta komputerlah teramat sangat. Jadi ni nak belajarlah sedikit demi sedikit.Kot-kotlah berguna di masa hadapan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit :-P
Inilah hasil tangan ku
(heheh walaupun tidak sehebat budak-budak IT buat, tapi aku sudah cukup gembiralah berjaya buat benda ni :-P)

Aku happylah yang teramat sangat koz akhirnya dapat juga aku buat cover untuk cd yg aku burn td. Dulu ade sekali masatu form 5, nak buatlah ni cover cd tp sikit habuk pun tidak menjadi. Hehehe, hari ini alhamdulillah berjaya juga buat. Duk tekan-tekan sini sana jadi jugalah akhirnya. Moral yang aku dapat heheh walaupun kita tak tahu buat tapi kita kena usaha juga, macam aku kata nak seribu daya dan tak nak seribu dalih. Begitu jugalah kita ni kena rajin membaca :-P koz akan ada explaintion bagi tiap-tiap sesuatu. ok Selamat maju jaya :P

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

untuk mammy n daddy, serta adik2 semua, tahun ni kak ana tak dapat balik beraya bersama lagi huhu.. mohon minta ampun dan maaf zahir dan batin.
Heheh hari ni last day kerja. Then petang balik kampung dah walaupun bukan kampung tercinta. Tahun ini untuk second year nyer aku tak balik kampung beraya dengan keluarga tersayang. Keadaan amat t idak mengizinkan. Kuharap semoga tahun depan akan ada peluang itu untuk aku bersama dengan keluarga ku tersayang.
Dan tahun ini untuk tahun ke dua nya aku beraya di kelantan. Di rumah kak pah sekeluarga. Terima kasih untuk mereka semua aku ucapkan. Semoga di murahkan rezeki dan sentiasa sihat serta di panjangkan umur.
Moga perjalanan petang ini, akan berjalan dengan lancarnya. Amin.

Saturday, September 4, 2010

Hari2 ku

Hari ini sudah 24 Ramadhan kita berpuasa. Makna kalau mengikut perkiraan hanya tinggal dalam 3 atau 4 hari lagi kita akan meninggalkan Ramadhan dan akan menyambut pula kedatangan Syawal tanda kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. Tapi adakah kita benar-benar menang dalam erti kata lain adakah kita bernar-benar menggunakan Ramadhan yang ada ini dengan sebaik mungkin. Bak kata ahli ekonomi penawaran melebihi permintaan pada masa bulan Ramadhan ini. Dan bagi kita umat Islam, pada bulan ini ALLAH S.W.T melipat gandakan mana-mana amal kebaikkan yang kita lakukan. Sedangkan kita nawaitu pun sudah ALLAH S.W.T berikan ganjaran pahala apatah lagi kalau kita melakukannya. Semoga saya dan kita semua akan menggunakan masa yang ada ini sebaik mungkin.Amin.
Tidak ada pun seorang daripada kita yang mengetahui andai esok masih milik kita. Andai esok kita masih boleh meneruskan puasa yang ke 25 Ramadhan. Dan tidak ada seorang daripada kita pun yang akan mengetahui andai kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui. Jadi pada Ramadhan kali ini kita buatlah yang terbaik dan lagi baik dari yang terbaik. Siapa tahu mungkin ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita.
Dimalam-malam 10 terakhir Ramadhan ini, yakni malam yang di tunggu-tunggu bagi setiap umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Malam Lailatul Qadar. Tidak ada pun di antara kita yang tahu bila akan datangnya malam itu. Tapi ALLAH sudah beri tanda-tanda pada kita akan kedatangan malam Lailatul Qadar itu. Jadi untuk memperolehinya, sama-samalah kita perbanyakkan amalan kita seperti solat sunat terawih dan solat sunat yang lain, membaca Al-Quran, bertasbih, berzikir dan bertahmid. Perbanyakkan ingat akan ALLAH, ingat akan kematian. Lipat gandakan usaha kita untuk melakukan amal kebaikkan. Seandainya boleh kita hidupkanlah malam-malam terakhir ini dengan hati yang benar-benar mengharapkan keredhaan-Nya.

Ya ALLAH seandainya ku tahu nikmat Mu ini daripada dahulu lagi sudah pasti aku akan menggengamnya serta akan ku pahat di lubuk hati ini
...KAU yang Satu Ya ALLAH tidak ada duanya..

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH ,yang buruk itu adalah dari kekhilafan dan kedaifan diri ku ini..

Salam Ramadhan..salam beramal..

Monday, August 30, 2010

Malam LailatulQadar

Sedar tak sedar kita sudah memasuki malam terakhir ramadhan, lebih mudah lagi malam lailatulQadar.Sudah pastinya bagi setiap kita mengimpikan untuk bertemu malam ini. So pada hari-hari terkahir Ramadhan ini perbanyakkanlah amalan-amalan kita agar insyaALLAH malam itu kita perolehi..Rebutlah peluang yang ALLAH berikan ini sebaik mungkin.

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.
PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
  • AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
  • ISNIN – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
  • SELASA ATAU JUMAAT – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
  • KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
  • SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar jatuh pada malam ke 27 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7 hb September 2010.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI – 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Tuesday, August 24, 2010

Juadah

Sayur Cili

Hehehe lama dah tidak update blog..tidak tahu mahu buat entrty apa..tajuk kat atas pun tak best..emm ok just nak letak gambar sajalah .Ni juadah2 yang di makan semasa puasa lepas..Antara makanan yang aku suka hek3

Monday, August 9, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Tidak sampai 2 hari lagi Ramadhan akan tiba. Bulan kita, bulan umat Muhammad S.A.W.
Bulan yang di tunggu bagi setiap umat Muhammad, bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan. Bulan di mana setiap amal kebaikan yang di lakukan akan mendapat balasan berlipat ganda daripada ALLAH S.W.T. Setiap satu amal pahala akan di gandakan menjadi 27 pahala. Tidakkah kita ingin memilikinya?
Sedangkan kita baru menanam nawaitu pun sudah di berikan pahala, inikan pula kalau di kerjakan, MasyaALLAH berlipat-lipat ganda pahala akan kita perolehi. Bulan kemenangan bagi umat Islam, Syaitan Durjana, akan di kunci. Maka pasanglah niat yang baik dan kerjakan InsyaALLAH semua akan mendapat balasan yang baik.

Aku menyeru diriku dan juga saudara sesama Islam ku, perbanyakkanlah kita membaca ayat AL-QURAN pada bulan ini. InsyaALLAH tiap satu huruf yang kita baca akan membuahkan hasil yang baik pada kita pada masa sekarang dan insyaALLAH pada kehidupan yang kelak.
Maka dengan itu ku ajak semua saudara sesama Islam ku, sama-samalah kita hidupkan bulan kita , bulan umar Muhammad dengan penuh aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil dan memberi keuntungan kepada kita. Ayuhhh kawan-kawan ku !!!!!!!!!!
Marhaban Ya Ramadhan, aku merindui mu , moga masa yang ada kita manfaat bersama Ya Ramadhan. Ku mohon pada Mu Yang Maha Esa ingatkan aku akan kematian, agar aku bisa mengunakan sisa hidup yang ada ini dengan tidak sia-sia. Amin.

Thursday, July 22, 2010

Defensive War

DEFENSIVE WAR

To those against whom war is made, permission is given (to fight), because they are wronged, and verily, God is most powerful for their aid. They are those who have been expelled from their homes in defiance of their rights - (for no cause) except that they say, "Our Lord is God." (Al Quran 22:39 and 40)
'Fight in the cause of God those who fight you, but do not transgress limits for God loveth not transgressors'. (Al Quran 2:190)

WAR, CEASEFIRE AND PEACE
And fight them on until there is no more oppression, and there prevail justice and faith in God, but if they cease let there be no hostility except to those who practise oppression. (Al Quran 2:193)
But if the enemy incline towards peace, do thou (also) incline towards peace, and trust in God: for He is One that heareth and knoweth (all things) (Al Quran 8:61)

Tuesday, July 20, 2010

Yan @ Riyan's

Sesi untuk siang hari



Pelamin untuk malam hari

heheheh pelamin angan adik ku wakakakakakak amin ko yan :P

Lelaki Akhir Zaman

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..
Akhirnya... ku pening..

Saturday, July 17, 2010

Akhwat Sejati


Seorang gadis kecil bertanya pada ayahnya, "Abi ceritakan padaku tentang Akhwat sejati?".
Sang ayah pun menoleh sambil kemudian tersenyum:
Anakku ...
Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya. Akhwat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang memesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya. Akhwat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu. Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa
indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Akhwat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.

Sang ayah diam sejenak sembari melihat ke arah putrinya.
"Lantas apa lagi Abi?", sahut putrinya.
Ketahuilah putriku ... Akhwat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya. Akhwat sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari Kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda. Akhwat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

Dan ingatlah ...
Akhwat sejati bukan dilihat dari sifat supelnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul. Setelah itu sang anak kembali bertanya, "Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu, Abi?"

Sang ayah memberikannya sebuah buku dan berkata,"Pelajarilah mereka!" Sang anak pun mengambil buku itu dan terlihatlah sebuah tulisan "Istri Rosulullah"

Wednesday, July 14, 2010

Sepilu Jiwa

Sampai kapan
Hati ini disimpan berlagu duka
Membentuk helaian kisah yang tak pasti..
lagi terjadi..
tak mahu terjadi
Kudus hendaknya..

Nun di sana masihkah bersinar
Tak pasti..
nampaknya
Terlindung atau sudah malap..
serinya..
kasihnya
Mungkin ada.. masih

Tapi tak bisa menyentuh
Membuang bagai mencabut duri
Menyakitkan..
berbekas tajam
Bukan sekadar berdarah....
tapi berparut dalam
Meninggal ingatan...
yang kuat hakikat melukakan..
Semalu hati.. sepilu jiwa

Hati itu Kosong


Dengan sedar atau tanpa
tiada guna kerna ianya telah mengguris
tiada sakti kata mampu menyembuh
lantaran terbiar luka bernanah
yang menunggu nanti parah
mengapa itu yang dipilih..

Alahai mari ku pujuk
bukan diajuk
hati merajuk
mampu menyejuk

Ketahuilah ianya bukan pilihan
tetapi datang yang bukan angan
tiada tertangkis kerana yang menangis..
bukan hati tapi jiwa
yang sukar menahan
menifestasi bisa kata buat

Alahai sekali lagi terdampar
dahaga tak lapar
baring terkapar
dalam alang sedar

Friday, July 9, 2010

Ceritaku

Alhamdulillah sampai jg selamatnya balik d KL ni. Setelah bcuti selama 4hari 3malam..Huhu kalau ikutnya memang tak puas ja rasa balik sekejap, namun apakan daya bekerja dengan orang kena ikutlah undang2nya. Kalau kerja sendiri memang ambil cuti lama hak3.
Balik kali ni kebetulan kena dengan hari kazen kawin jadi tak dapat banyak masa bersama dengan family tersayang. Tak dapat jalan2 bersama. Dapat pun tapi masa sekejap ja bejalan.
Hari tu ada pergi bejalan dengan my mammy and adik2 serta kak pah p ke Sepilok, Taman Jalil Alip dan makan di Batu 7 (De Azura) kalau tak silap nama kedai tu. Hek3 1st time p batu 7 bangunan baru tu.

Tapi yang sedihnya masa p Sepilok tu hari Jumaat waktu lunch pekerja di sana, jadi tak dapatlah tengok monyet2 bergantung2an. Just dapat tangkap gambar di luar2 Sepilok tu ja la. Tapi ok lah dari tiada langsung. Seingatnya ini kali kedua datang Sepilok dulu dengan 1family pun tak dapat masuk koz kena time off juga. Nanti nak make sure akan dapat masuk ke dalam tu untuk p kali ketiganya hahaha.
Lepas pergi ke Sepilok tuk around 20minute, kami pergi ke Taman Jalil Alip. Sayang tempat tu, yang dulunya gah koz cantik bersih and pemandangan elok, tapi sekarang macam tak ada buat maintenance ja di situ. Banyak dah kayu yang buruk2 dan kadangnya macam tak selamat untuk para pengunjung datang. Kolam2 pun kotor macam tak ada buat pembersiha. Dan ada bau yang kurang menyenangkan.

Tapi apa pun peluang untuk action tetap ada hahaha. Berpeluang juga tangkap gambar dengan adik2 semua serta my mammy tersayang. Lepas trip p Taman dan Sepilok, kitaorang pun nak balik rumah koz petang tu kena p rumah kazen lg. Tapi sebelum tu p singgah makan di batu 7 De Azura. Boleh tahan juga kedai member tu masak. Agak sedap juga hehe makan mee hailam..
Heheh tak tahu nak cerita apa lagi. oklah takat ni dulu. Salam sayang selalu untuk semua :p

Monday, June 28, 2010

Balik Kampung



Alhamdulillah setelah hampir setahun tidak balik kampung, akhirnya rabu ni akan balik ke kampung. Hoorey,hoorey,hoorey.Tidak sabar rasanya untuk balik ke kampung, rindu pada ibu dan bapa yang tercinta serta adik-adik tersayang hehehe.
Moga perjalanan untuk balik kampung ini akan selamat pergi dan kembali. Amin.

Friday, June 25, 2010

Doa untuk mu Teman


Ya Allah,
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat..

Ya Muhaimin,
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu,
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah,
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu,
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
Janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..

Ya Allah,
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak,
Amin..

Monday, June 21, 2010

Pemimpin yang Ku Dambakan


Suatu hari ketika sedang menjalankan rutin hariannya Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a melihat seorang lelaki tua yang buta dan meminta sedekah. Setelah dia mengetahui bahawa lelaki itu adalah seorang Yahudi, dia berkata: “Apa yang membuatmu datang kesini?”. Orang tua itu menjawab: “Aku ke sini untuk meminta derma, kerana keperluanku dan usiaku yang tidak membolehkan aku untuk bekerja”.

Kemudian Umar memimpin tangannya dan mengajaknya masuk ke dalam rumahnya. Dia memberi apa yang dimintanya secukupnya. Setelah itu dia menghantarkannya ke baitul mal dan berkata: “Lihatlah laki-laki ini dan teman-teman yang senasib dengannya. Demi Tuhan, kita telah memenuhi haknya. Kita juga telah memberi makan anak-anak mereka. Akan tetapi dia telah tua.

Firman Alalh “Sesungguhnya sedekah itu untuk orang-orang fakir dan miskin”, dan yang dimaksud dengan orang-orang miskin disini adalah orang-orang miskin dari kaum muslim. Sedangkan laki-laki ini adalah orang miskin dari ahlul kitab”. Kemudian dia memberinya bantuan dari peruntukan untuk dari ahlil kitab. Disini simpati dan rasa kasih sayang yang tinggi walaupun kepada bukan muslim. Dia tahu bagaimana mentaati ajaran agama.

Dan tentu saja dalam hal seperti ini Islam tidak akan menunjukkan perbuatan yang tidak adil, kerana Islam membawa rahmat dan penuh kasih sayang.

Khalifah Umar juga pernah menggubal undang-undang untuk memberikan hak untuk setiap anak jalanan sebanyak 100 dirham dari baitul mal. Hak ini juga berlaku-bagi anak-anak dari perkahwinan yang sah yang melarat. Ini adalah bentuk kasih sayang yang bertujuan untuk menghindari zina dan kesan buruk yang dikerjakannya dari orang-orang yang melanggar perintah agama dan tidak diterima oleh masyarakat.

Beliau menyayangi seluruh makhluk hidup bahkan beliau memanggil orang-orang yang berada dalam kesulitan tetapi tidak menceritakan penderitaannya.

Diriwayatkan dari al-Musayyab bin Daram bahwasanya beliau pernah melihat Umar r.a memukul seseorang lalu mengusirnya karena dia telah menaiki untanya yang sakit dan uzur keadaannya. Dia mengusapkan tangannya pada luka yang terdapat pada tubuh unta itu untuk mengobatinya. Kemudian beliau berkata: “Sesungguhnya aku bimbang perkara ini yang akan dipersoalkan oleh Allah kerana apa yang telah menimpamu (unta)”. Yang beliau maksud dengan perkataan ini adalah: “Jika ada anak seekor kambing yang mati di tepi sungai Furat , maka aku takut Allah akan menghisab Umar”. Kalimat ini adalah ungkapan dari rasa tanggungjawabnya yang sangat besar.

Dan semua itu disebabkan karena rasa tanggung jawab seorang pemimpin yang sentiasa mendapat ilham daripadaNya kerana sifat keperihatinannya.

Friday, May 21, 2010

Ulang Tahun Kelahiran yg ke-24

Hari ni genaplah usia ku 24 tahun dan genaplah 24 tahun juga aku menumpang di bumi ALAH ini.
Aku masih tercari-cari apa yang aku inginkan dalam kehidupan ini.
Aku tak tahu apa yang telah aku capai selama 24 tahun ni.Apa yang telah aku sumbangkan pada kehidupan ini dan sudah cukupkah amalan yang akan ku bawa ke alam yang satu lagi?
Meningkat setahun lagi usia ku.Semakin bertambahlah tanggungjawabku pada keluarga dan diriku sendiri.
Apa yang aku harapkan adalah sama seperti mereka-mereka yang lain,Inginkan yang terbaik dalam kehidupan dan amalan 1st untuk di bawakan di kehidupan yang kekal abadi kelak.Namun yang menjadi persoalan mampukan dan layakkah aku yang serba serbi tak sempurna ni untuk mengimpikan kehidupan yang penuh dengan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya dengan apa sahaja yang ada di dunia ni.
Pagi tadi tidak tahu bagaimana mahu di ungkapkan perasaan ini,rasa bersyukur di berikan lagi oleh-Nya peluang untuk bernafas dan melakukan solat subuh tadi.Tetapi rasa malu yang amat sangat pada-Nya.Malu untuk berjumpa dengan-Nya.DIA berikan segalanya padaku namun aku tanpa segan silu membuat dosa sama ada dalam sedar mahupun tidak.DIA pinjamkan pancaindera,namun aku gunakan pada yang tak elok.YA ALLAH ampunkanlah dosa hamba-Mu ini YA ALLAH.Aku memerlukan pertolongan dan petunjuk dari Mu ALLAH..Hanya pada Mu dan tidak pada yang lain YA RAHMAN YA RAHIM...
Bantulah aku YA ALLAH untuk membetul dan membaiki apa yang tak elok..
Terima Kasih Ya ALLAH...

Wednesday, May 19, 2010

I'tiraf

Lirik Lagu ” Itiraf “
Artis ” Raihan “

Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar

Ila Hilis Tu Lilfirdausi Ahla
Wala Aqwa Alnnaril Jahim
fahabblitau Batau Wafir Zunubi
fainnakarob firul Zanbi Azim

Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku

Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan

Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu

Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu

Thursday, April 29, 2010

Adik2 ku

Rindu...

Rasa mengantuk yang tidak terkatalah rasanya.Bagai nak nyenyak jadinya.Menguap berkali-kali.Sungguh banyaknya syaitan yang bergantung-gantung di tabir tirai mata ku ini..

Bagi nak kurangkan rasa mengantuk ni,aku pun mencuci-cucilah mata dengan menengok-nengok gambar di handpon ni sesambil mendengar lagu :P...

Huhuhu tengok gambar-gambar family adik-beradik ni jadi membara-bara rasa rindu yang amat sangat pada adik-adik ku yang nakal-nakal serta yang paling di rindui my mamy yang tercinta..Rasanya mahu dalam setahun tidak balik ke kampung halaman yang tercinta..Bak kata pepatah Tempat jatuh lagi di kenang,inikan pula tempat bermanja...huhuh...

Semalam my mamy kirim mms gambar adikku kitty yang terjatuh main basikal.Mahu menitik air mata tengok dengan kepala bengkak seperti sebiji telur dan dagu berdarah..

Rindu,Rindu,Rindu pada adik-adik semua..

Wednesday, April 21, 2010

Perkongsian hari ini...dan selamanya..

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Friday, April 2, 2010

April Fool Mengikut Perspektif Islam

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005).

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan.

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

Wednesday, March 31, 2010

hidup

lumrah kehidupan......

YA ALLAH,
aku bermohon kepada MU,
KAU berikanlah aku kekuatan,
untuk meneruskan hidup ini,
untuk mengharungi segala liku-liku kehidupan,
yang kadang kalanya aku tidak mampu,
tidak mampu untuk menghadapinya..

YA ALLAH,
hanya kepada-MU ku beserah,
hanya KAU yang mengetahuinya..
akan apa yang aku alami ini..
Bantulah aku untuk aku menghadapinya...

amin..

sehari-hari

ku memohon kekuatanku memohon ketabahan,,
meredah gelombang hidup dan dugaan mencabarku anggap kegagalan
bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih terpendamku
minta diberikan sejenak kesempatan
untuk ku ulang kembali
langkah pertama
keperitan yang ku rasa
mengajar erti kesabaran
menyedarkan
kuinsan memerlukan-MUya ALLAH....

Friday, March 26, 2010

Lilin


“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.
Kekasih umpama lilin.Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.

Simbol pengorbanan.

LIKU DAKWAH

Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.
Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.
Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan...


Tuesday, March 23, 2010

Puisi

Wahai Suamiku,
Yang di mana, melalui redha mu akan hadirnya redha ALLAH..
Yang di mana dengan mencintaimu , akan ku berasa rindu dengan cinta ALLAH..
Yang di mana dengan menyentuhmu, akan ku merasai ‘sentuhan’ kedamaian hatidari ALLAH..
Yang di mana dengan memandang wajahmu, akan ku merasai pandangan belas dari ALLAH..
Yang dimana dengan senyum kepada mu, akan ku merasai ketenangan hati dari ALLAH..

Wahai Suamiku,
Isteri mu ini mengharap kalau kau meng imami solatku pada setiap waktu..
Akan ku aminkan bacaaan doamu.. I
sterimu ini seringkali memasang impian untuk bertahajud bersamamu..
Di malam hari yang akan lebih indah dengan kehadiran mu..I
steri mu ini berharap agar kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama..
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Qur'an..
Kau khabarkan kepadaku tentang fardu-fardu yang aku patut tahu..
Kau tunjukkan perkara sebenar yang patut aku tahu wahai suamiku..

Wahai suami ku,
Melalui redha mu, tertentulah samada syurga atau neraka ku nanti..

Maka, tolonglah ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah..
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu..
Tolonglah aku wahai suamiku..Agar aku tidak beku..
Bantulah aku agar otakku tidak buntu..
Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya...

Tuesday, March 2, 2010

Cara Mandi Wajib yg betul

Assalamu'alaikum,

Utk melakukan mandi wajib yg betul,seseorg itu tidak blh melakukannya dgn hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bagi memblhkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam gombak timur dan penceramah, didpti ramai umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi slh satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorg itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dgn betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak blh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib:

"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Atau
" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

"Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: "
"Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."

Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.

Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranyadia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah."

Jelasnya lagi.. Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. "Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. "jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib lah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. "Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. "Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetepi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."

"Tapi dalam hal ini, jgn pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah? Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa solat dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. "Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.

Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius oleh umat islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, ustaz hj mat jais menegaskan, sebab2 nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak (wiladah).

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, se elok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh."

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Utk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Utk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati org lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing mulus, diet yg teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Mknlah mknan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Utk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dgn demikian kita akan byk dikenal dan disayangi..

Maklumat di atas hanya sekadar kopipes. Sumbernya saya dh lupa amik kat mana sbb dh lama dah tersimpan dlm pc sy ni

Semoga bermanfaat