nufnang

Friday, November 30, 2012

In Shaa Allah


Keutamaan Ikhlas


RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA DIRAHMATINYA.

KEUTAMAAN IHKLAS



Salah satu syarat penerimaan sesuatu amalan itu mendapat ganjaran dan diterima oleh Allah s.w.t ialah ikhlas. Syarat lain yang perlu diambil kira ialah perlaksanaan sesuatu ibadat tersebut mengikut syarat dan rukun yang telah ditentukan syarak. Disamping itu juga sesuatu ibadat itu syabit dalam syarak bahawa ia adalah suatu ibadah samaada wajib, sunat atau sebagainya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan Mereka tiadalah diperintahkan melainkan beribadat kepada Allah Taala dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadaNya" 
(Al-Baiyyinah :5)

Rasulullah s.a.w telah bersabda:


"Ikhlaskan amal itu, cukuplah walau sedikit"

"Ihsan itu ialah kamu beribadat kepada Allah seperti kamu melihat Allah dan sekiranya tidak mampu maka sesungguhnya Allah melihat kamu"


PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : Kitab Riyadh al-Solihin)

Wednesday, November 28, 2012

Janji Allah pada hamba-Nya

Assalammualaikum.

Firman Allah SWT yg berbunyi:

” Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan jahat,perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"
 ( Surah An-Nur : ayat 26)


20120829-094053.jpg


Itulah janji Allah pada manusia.Jadi sebelum kita menyalahkan orang lain tidak layak buat kita adalah lebih BAIK kalau kita mencerminkan diri kita dulu sebelum mencerminkan orang lain. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi saksama.

Apapun kita haruslah terus-menerus mencari kebaikan. Jangan berputus asa, sekali pun kita merasa masih ada keburukan dalam diri kita. 
Saya yakin Allah Maha Penyayang dan akan menerima taubat kita.

Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna. Berusahalah ke arah kebaikan. Peringatan ini jugalah yang selalu ku pegang. Agar tidak berputus asa untuk mencari kebaikan. 

Sesungguhnya
20120829-094917.jpg



Percintaan dalam Islam


Assalammualaikum.

Pemilihan Jodoh menurut Islam

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, keturunanannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana nanti engkau akan beruntung." 
 riwayat bukhari dan Muslim

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa biasanya orang mengahwini wanita kerana empat perkara: 
  1. Harta . 
  2. Kecantikkan . 
  3. Keturunan . 
  4. Agama

Dari keempat-empat perkara di atas, Nabi s.a.w menegaskan agar memilih kerana agamanya. Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana hartanya, ia akan ditinggalkan setelah mati. Jika kerana cantiknya, ia akan pudar setelah tua. Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin kemuliaan di sisi Allah. Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.

Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh. Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan sama sekali. Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian barulah yang lain-lain.

Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Hendaklah kamu memperoleh hati yang berzikir, lidah yang berzikir dan seorang isteri yang mukminah yang akan membantu melaksanakan urusan akhirat."
-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu Hajar

Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: 
"Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah."

-Riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu Majah

Wallah hu ak'lamu bissowaf....

Thursday, September 13, 2012

Pengertian Konsep Zuhud

Assalammualaikum,

Ingin saya kongsikan di sini hal berkaitan dengan ZUHUD. Hasil daripada pembacaan saya di blog http://www.sabreehussin.com/ ( A Reflection Of Mind, Body & Soul ). Pendapat beliau bagi saya adalah sangat baik, dan penerangan yang beliau berikan mengenai ZUHUD ini sangat mudah untuk di fahami. Kerana ramai orang salah tafsir mengenai zuhud ini, dan ada tahap yang menyebabkan menyusahkan orang lain sebab ingin mengamalkan hidup ZUHUD. Sedar dalam tak sedar.

Apakah yang di maksudkan dengan ZUHUD ?. Sila baca artikal di bawah.

Solat Sunat Dhuha


Tuesday, September 4, 2012

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA


1. Apabila terdengar azan, segeralah mendirikan solat.
2. Rajin-rajinlah membaca al-Quran, buku-buku, dengar perkara yang baik-baik, berzikir dan jangan membuang masa.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana itulah syiar Islam
4. Kurangkanlah pertengkaran kosong.
5. Kurangkanlah ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu pastinya selalu tenang lagi tenteram.
6. Kurangkanlah bergurau kerana umat yang sedang dalam perjuangan itu pastinya berkeadaan bersungguh-sungguh.
7. Berbicaralah dalam nada suara yang sederhana, yang diperlukan oleh pendengar agar tidak sia-sia atau menyakiti hati orang lain.
8. Jangan mengumpat.
9. Mudahkan diri untuk berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Bijaklah menggunakan masa kerana kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.


Wednesday, July 25, 2012

Juadah berbuka puasa

Juadah berbuka puasa pada 4 Ramadhan 1433H

Roti Roll

Bahan-bahan :

1. Roti Sandwich
2. Telur
3. Tepung Gandum (Masukkan dalam telur sedikit)
4. Sosej (di rebus)
5. Kari (Masukkan dalam telur)
6. Garam (Masukkan dalam telur)
7. Minyak untuk memasak

Cara penyediaan :
1. Kukus roti dalam kukusan selama 1 hingga 2 minit ( Tujuan untuk memudahkan roti di gulung)
2. Letakkan sosej atas roti dan gulung.
3. Kemudian, celupkan roti dalam telur tadi.
4. Goreng hingga masak.
5. Siap untuk di hidangkan :-)

Wednesday, July 4, 2012

Amalan di Bulan Syaaban



Pendahuluan

Kedatangan bulan Sya’ban amat dialu-alukan oleh umat Islam, kerana Sya’ban merupakan bulan yang mulia, bulan beribadah dan bulan untuk memperbaiki diri. Bulan Sya’ban itu terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan bulan Nabi Muhammad s.a.w. diisra’ dan dimikrajkan Allah SWT, dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan. Sya’ban juga satu daripada empat bulan yang dinyatakan Allah SWT sebagai bulan yang dihormati seperti firmanNya dalam surah at- Taubah ayat 36: Maksudnya:
 ” Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus “.

Menurut ahli tafsir, empat bulan yang dimaksudkan dalam kalimah ialah bulan Rajab, Sya’ban, Ramadhan dan Muharram. Imam at- Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., apabila tiba bulan Rajab, baginda Rasulullah s.a.w. berdoa supaya diberkati bulan tersebut dan bulan Sya’ban serta Ramadhan berikutnya doa baginda: Maksudnya:
Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan (hayat) kami, kepada bulan Ramadhan “.

Bid'ah

Terdapat segelintir pihak tertentu mempertikaikan amalan yang lazim dilakukan umat Islam di Malaysia pada bulan Sya’ban, contohnya seperti amalan puasa sunat Sya’ban, membaca surah Yasin 3 kali diselangi doa tertentu pada malam Nisfu Sya’ban, solat sunat malam Nisfu Sya’ban, kerana tiada nas dari al- Quran dan hadis menyuruh berbuat demikian.

Mereka berpendapat amalan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, ia adalah amalan yang diada-adakan atau direka-reka. Perbuatan mengada-adakan amalan yang tidak pernah dilakukan atau diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w adalah bid’ah . Tiap bid’ah adalah sesat dan masuk neraka.

Pendapat mereka berdasarkan hadis dalam sahih Muslim yang diriwayatkan daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda dalam khutbah baginda: “Tetaplah kamu dengan suruhan dan sunnah para khulafa’ ar- Rasyidin serta berpegang teguhlah padanya. Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat. Setiap yang sesat akan masuk neraka”.

Sunnah

Sebahagian besar umat Islam di Malaysia yang menerima saranan dan pengajaran dari guru-guru dan orang tua mereka, memperbanyakkan amalan dalam bulan Sya’ban. Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: 
” Bulan Rajab adalah bulan Allah dan Allah telah melebihkan darjatnya dari segala bulan seperti halnya kelebihanku atas segala makhluknya, Sya’ban itu bulanKu dan Allah telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihanKu atas segala nabi-nabi,dan Ramadhan pula adalah bulan umatKu dan Allah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihanKu atas segala umat “.

Hadis ini menjelaskan tentang kelebihan tiga bulan termasuk bulan Sya’ban. Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia memperbanyakkan amalan pada bulan ini dengan membuat berbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti puasa, solat, membaca al- Quran, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya.

Mereka yang sudah sebati dengan amalan tersebut terus melakukannya kerana mereka melihat kepada pengisian ibadah pada bulan atau hari tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam. Semua amalan diyakini baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara contoh amalan yang dilakukan mereka yang dianggap sunnah Rasulullah s.a.w.;
  • Puasa sunat-Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. membanyakkan puasa di bulan Sya’ban.
  • Membaca surah Yasin-Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya membaca al- Quran. Setiap huruf diberi dengan ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu daripada surah dalam al- Quran.
  • Berdoa-Nabi Muhammad s.a.w.mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintahkan hambaNya berdoa nescaya Allah SWT memperkenankan doa mereka.
  • Mengadakan majlis kenduri-Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.
  • Bertahlil-Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaan dari ayat al- Quran, zikir berdoa dan bersitighfar mohon keampunan Allah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Tegasnya, amalan-amalan tersebut tiada larangan melakukannya pada bulan Sya’ban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya, tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut. 

Al- Hafiz bin Rejab (r.a) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al- Ma’aarif tentang isu ini- setelah membincangkan secara panjang lebar :

Malam Nisfu Sya’ban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Syam antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban.
Antara hadis-hadis tersebut; Usman bin Zaid menceritakan :
” Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan Sya’ban di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan an- Nasai)

Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb”.
(Hadis riwayat at- Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya”. Allah SWT berfirman, ” Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya.

Oleh kerana bulan Sya’ban adalah bulan yang mulia di sisi Allah SWT di mana amal ibadah kita diangkat kehadrat Allah SWT maka sewajarnyalah sepanjang bulan itu diisikan dengan amal ibadah sunat dan taqwa kepada Allah SWT. Di antara amal ibadah itu ialah bertaubat, berselawat ke atas Nabi, berzikir, bertasbih dan sebagainya.

Pada malam Nisfu Sya’ban mereka membaca surah Yasin (3 kali), sama ada secara individu atau berjamaah diikuti dengan doa selepasnya.
1. Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.
2. Bacaan Yasin kedua, niatkan mohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.
3. Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak.
Menurut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa pada malam Nisfu Sya’ban baginda mendirikan solat sehingga pagi. Baginda bersabda kepada Aisyah: “Malam ini adalah malam Nisfu (pertengahan) bulan Sya’ban”.

KESIMPULAN
Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al- Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya, adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah SWT.

Yang menjadi pertikaian pihak-pihak tertentu ialah pengkhususan bulan atau hari tersebut untuk satu-satu ibadah, bukan pada pengisian atau aktiviti amalan yang dilakukan. Mudah-mudahan kita semua bersatu dan meningkatkan amal ibadah kita, meningkatkan ketaqwaan dan melakukan amalan. Menurut Imam Syafie r.a., jika sesuatu amalan yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah, adalah bid’ah hasanah.

Dato’ Hj. Abd. Majid bin Omar
Timbalan Mufti Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Sumber artikel ini : Dewan Muslimat PAS Serdang

Nisfu Syaaban


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad S.A.W. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. 

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
"Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya" 
"Ya Allah aku pohonkan kemaafan-Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadap-Mu seperti kamu memuji diri-Mu sendiri" 

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Tuesday, July 3, 2012

Garam ; Rahsia dan Kelebihan Garam

Rahsia Garam

Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar ;
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya ;
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam "

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

Saturday, June 23, 2012

Kelebihan dan Fadhilat Bulan Syaaban


Rasulullah S.A.W bermaksud: 
Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.

Pada hari khamis lepas tanggal 21 Jun 2012 kita telah memasuki bulan Syaaban. Bulan ini bermula dari 21 Jun 2012 hinggalah 20 Julai 2012. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi S.A.W : 
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud

Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud,  
Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. 

Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah

Wednesday, June 20, 2012

Lagi Kisah Isra' Mikraj Rasulullah SAW

Isra' Mikraj Rasulullah SAW

"Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar lagi maha mengetahui." - Al Isra'

Berdasarkan banyak hadis - hadis mengenai peristiwa Isra' Mi'raj, para ulama meringkaskan peristiwa Isra' Mi'raj sebagai berikut;

Monday, June 18, 2012

Doa Bertemu Jodoh


Doa Bertemu Jodoh Khas Untuk Kaum Hawa 

Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya. Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di sisi iaitu syaitan.
Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak sikap sebenar. Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. 
Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala permasalahan dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal bahagia selamanya.

Saturday, June 16, 2012

Mikraj Ke Sidratul

Mikraj ke Sidratul Muntaha
Dikirim oleh epondok di Jun 30, 2010

PERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Rasulullah pada masa lalu.

Ia sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini.

Hanya dalam satu malam, Allah SWT mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya; mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah SAW dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi).

Perjalanan ini memiliki makna yang sangat khusus, terutama bagi diri Rasulullah.

Ia berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada Muhammad tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya, seperti yang disebut dalam al-Quran: Agar Kami tunjukkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Kami (Surah Al-Isra ayat 1).

Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling benar (Surah Najm ayat 18).

Saturday, June 9, 2012

Suatu Masa

Kredit : Utube


Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Wednesday, March 28, 2012

Semakan PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara)

Seperti yang kita semua sedia maklum, Kerajaan Malaysia kita telah menwajibkan bagi lepas SPM atau mereka yang berumur 17 - 18 tahun untuk mengikuti Program PLKN ini. Maka dengan itu bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bolehlah membuat semakan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau pun terus pergi ke Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Di bawah ini adalah cara-cara untuk melalukan semakan melalui SMS :


Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara.

p/s : Untuk paparan lagi jelas dan besar, sila klik pada gambar.




Monday, March 26, 2012

A Shoulder To Cry On

Hari ini just nak share lirik lagu ni saja. Sangat bermakna bagi ku. Sangat memerlukkan seseorang yang boleh share dia punya shoulder. Dulu aku ada seorang sahabat susah senang, yang sangat memahami aku, namun Allah lebih sayangkan dia. Dia bagi aku lirik lagu ni, jadi sebak saja.

Dia selalu bagi kata nasihat ni untuk aku
" Allah sentiasa ada dalam suka dan duka kita, tanpa kita sedari. Tapi kita hanya ingat Dia, di kala susah, di kala senang kita jadi lalai. Mengadu pada Allah, meminta pada Allah, Allah Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui. Dia telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambaNya, cuma kadang bisa lambat atau cepat sahaja akan datang"
Rindu pada Ainah.. I need a shoulder to cry on ainah..

Friday, March 23, 2012

Permohonan Kemasukkan Program Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

Aplikasi Permohonan Program Perguruan (KPM)

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pendidik, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan iklan untuk kemasukkan Program Perguruan. Bagi yang berminat bolehlah melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.


Selamat mencuba :-) Rezeki itu datangnya daripada Allah, dapat tak dapat tu belakang kira. Usaha + Doa :-)

p/s : Tahun 2010 ada seseorang tu walaupun tak dapat A, tetapi di terima dalam lantikan ni :-)

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday Humairah

Selamat hari ulang tahun kelahiran Humairah Saffiyah. Ini adalah gambar yang di tangkap semasa hari kelahiran Humairah. Semoga panjang umur untuk kita ke tahun hadapan :-)

Keputusan (Sijil Pelajaran Malaysia) SPM


Hari ini 21/Mac/2012 bersamaan dengan hari Rabu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan di umumkan pada pukul 10.00am.

Pada mereka yang mengambil peperiksaan SPM bagi tahun lepas, bolehlah pergi ke sekolah masing-masing untuk mengambil slip keputusan peperiksaan anda.

Keputusan SPM ini juga boleh di semak melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga boleh di semak melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Dan bagi yang nak semak melalui online, boleh pergi ke laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau pergi ke laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan ikuti arahan yang seterusnya.

Di doakan semoga Berjaya dan memperolehi keputusan yang cemerlang hendaknya. Dan di doakan khusus untuk adik Jul Fikarnain semoga keputusannya juga cemerlang.amin.

Selamat Maju Jaya semua.

p/s : Debaran kian terasa :p

Thursday, March 1, 2012

Amalan Bersalaman



Tahukah anda bahawa antara amalan yang menggugurkan dosa ialah bersalaman atau berjabat tangan dengan orang yang anda temui?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Tidak ada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan akan diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah."

(Riwayat Abi Daud, at-Tirmizi, Ibn Majah)

Wednesday, February 29, 2012

???

Ya Allah,
Kuatkanlah hatiku,
Tabahkan hatiku,
Redhakan hatiku,
Pasrahkan hatiku dalam Redha-Mu..

Ya Allah,
Jika ini yang telah Kau tuliskan untukku,
Yang tertulis untukku,
Ajarkan aku untuk menerimanya,
Tanpa menyakiti ku,
Tanpa menyedihkan hati-hatiku,
Tanpa jatuhnya manik-manik urai anak mataku...

Ya Allah,
Pinta ku pada-Mu,
Andai ini takdir-Mu,
Bantulah aku untuk memulakan yang baru,
Dengan sesuatu yang baru,
Tanpa ada sekelumit yang lama,
Yang lama di jadikan pedoman untuk ku..

Namun , hati ini tidak boleh berdusta,
Di situ ada kesedihan,
Keperitan,
Luka yang amat dalam..

Ya Allah...
Hanya pada-Mu ku berserah,
Atas segalanya...



Tuesday, February 28, 2012

Sk. Sungai Manila Sandakan Sabah


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Manila mendapat namanya dari perkampungan pekebun pekebun kecil yang bernama Kampung Sungai Manila. Pada awalnya, sekolah ini dibina oleh Pihak Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah untuk kanak-kanak peneroka dengan nama Government English Primary School (G.E.P.S). Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantarnya.

Bangunan sekolah yang pertama siap dibina pada penghujung tahun 1966 dan dibuka pada awal tahun 1967. Sekolah ini pada masa itu bolehlah dikatakan masih dikelilingi hutan kecil kerana disekitar kawasan belakang bangunan sekolah masih dipagari oleh pokok besar dan kecil yang tidak ditebang oleh pembalak-pembalak yang hanya mengambil kayu-kayu yang bermutu sahaja.

Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada berbagai bangsa seperti bangsa Bajau, Kadazan, Cina dan lain-lain lagi. Bilangan murid sekolah ini bertambah dengan cepatnya. Dalam masa setengah tahun jumlah murid menjangkau 80 orang. Menjelang penghujung tahun 1967, jumlah murid meningkat hingga 150 orang. Peningkatan ini disebabkan oleh pengisian peneroka di beberapa peringkat. Pada permulaan sekolah ini dibuka, murid yang mendaftar adalah terdiri dari anak-anak peneroka yang pernah bersekolah di sekolah lain.

Wednesday, February 22, 2012

Jangan Mencabut Uban













Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Monday, February 13, 2012

Menguap


Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

Rasulullah saw. : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.” (HR At-Tirmizi).


Monday, January 16, 2012

Sara 1Malaysia : Dapat RM13 ribu dalam 5 tahun.

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Saringan bagi pemilihan 100,000 peserta yang layak bagi menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) akan dibuat oleh institusi kewangan yang menjadi ejen kepada Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan Bank Simpanan Nasional.
Bank-bank yang menjadi ejen ASNB ialah Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Bank dan RHB Bank.
Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pemilihan dibuat oleh institusi kewangan berkenaan kerana mereka yang akan memberikan pinjaman sebanyak RM5,000 kepada 100,000 pelabur Sara 1Malaysia.
Ini bermakna jumlah keseluruhan pinjaman yang bakal ditawarkan oleh kesemua institusi kewangan terbabit adalah RM500 juta.