nufnang

Thursday, September 13, 2012

Pengertian Konsep Zuhud

Assalammualaikum,

Ingin saya kongsikan di sini hal berkaitan dengan ZUHUD. Hasil daripada pembacaan saya di blog http://www.sabreehussin.com/ ( A Reflection Of Mind, Body & Soul ). Pendapat beliau bagi saya adalah sangat baik, dan penerangan yang beliau berikan mengenai ZUHUD ini sangat mudah untuk di fahami. Kerana ramai orang salah tafsir mengenai zuhud ini, dan ada tahap yang menyebabkan menyusahkan orang lain sebab ingin mengamalkan hidup ZUHUD. Sedar dalam tak sedar.

Apakah yang di maksudkan dengan ZUHUD ?. Sila baca artikal di bawah.


Pengertian & Konsep Zuhud Dalam Kehidupan Seharian


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Orang kata kalau isnin ni memang sinonim dengan Monday blues, betul ke? Saya? Hari ni saya tak kerja, jadi monday blues terpaksa dibawa ke hari selasa. :-)
Saya masih lagi bercuti dari hari Rabu minggu lepas. Off day campur dengan MC, akhirnya bercuti panjang jugaklah. Ada dalam 6 hari.
Dalam catatan saya yang lepas bertajuk Bila Kita Buat Allah Akan Cintai Kita & Manusia Juga Akan Cintai Kita, Apa Dia? saya menyentuh serba sedikit mengenai konsep zuhud.
Zuhud ni kalau kita faham betul-betul maksud dan konsep dia, insya Allah kita tak akan salah tafsir.
Setengah orang ni dia tak berapa faham pengertian zuhud. Macam mana yang dianggap sebagai zuhud tu. Adakah bila kita memakai pakaian yang buruk, bertampal-tampal sana-sini, busuk… semua tu kita akan dianggap sebagai zuhud?
Atau adakah kita akan dianggap sebagai zuhud bila kita jalan kaki setiap kali nak pergi kemana-mana.
“Kenapa kamu tak bawak kereta?”
“Aku zuhud”
Atau adakah dengan kita mengamalkan cara hidup yang miskin, tak berharta, duit pun tak ada barulah kita akan dianggap sebagai zuhud?
Kalau anda semua ada baca catatan saya yang lepas, saya ada sertakan sekali maksud zuhud iaitu kita tidak terlalu berkeinginan terhadap kehidupan dunia dan sentiasa meninggalkan kesenangan duniawi.
Jadi berdasarkan kepada pengertian zuhud seperti itu, bermakna betullah bahawa dengan memakai pakaian yang buruk, bertampal-tampal, jalan kaki dan hidup miskin itu adalah satu cara yang paling tepat untuk memanisfestasikan konsep zuhud dalam kehidupan kita. Tak macam tu ke? Kan dah kata kita tidak terlalu berkeinginan terhadap kehidupan dunia dan sentiasa meninggalkan kesenangan duniawi.
Kalau bukan macam tu… habis tu macam mana? Yang betulnya sebenarnya macam mana?
Silalah amalkan zuhud songsang seperti yang saya beri contoh diatas tu tadi, iaitu hidup miskin, pakaian buruk dan lain-lain tu semua dalam keadaan kita berkemampuan, Allah akan murka dengan kita dan manusia jugak akan benci bila tengok kita. Jadi bahan fitnah sahaja gamaknya.
Agak-agaknya sebab apa?
Pertama, apabila kita memiliki pakaian yang cantik-cantik, ataupun mampu untuk membeli pakaian yang cantik… tiba-tiba kita hanya nak pakai pakaian yang buruk, yang bertampal-tampal, lalu pakaian yang sama itulah yang kita pakai setiap hari. Waktu bersolat baju tu yang dipakai, dan untuk kemana-mana pun itulah bajunya, terfikirkah kita… layakkah kita menghadap Allah s.w.t. dengan memakai pakaian yang paling hodoh dan paling buruk yang kita ada?
Padahal untuk acara dan upacara lain yang langsung tak ada kena mengena dengan urusan ibadat, kita pakai sesuatu yang lebih baik… Tidak ke terasa seperti kita dah merendahkan Allah dan pada masa yang sama kita telah meninggikan majlis-majlis ataupun pihak penganjur acara-acara yang kita dijemput hadir?
Masyarakat yang berakal, yang mengenali diri kita, yang tinggal sama tempat dengan kita, mereka ni kenal siapa kita. Bila nak ke surau pakaian hodoh bukan main, bau hapak… solat berjemaah pulak tu, ingat jemaah yang berdiri sebelah kita akan rasa selesa dengan penampilan kita yang buruk dan busuk tu?
Sepatutnya nak bersolat, nak pergi menghadap tuhan, pakailah pakaian yang paling cantik dan paling baik. Insya Allah akan disukai oleh Allah, dan jemaah lain yang nampak kita pun akan selesa berdiri disebelah kita. Malah akan jadi contoh ikutan pulak.
Kedua, langsung tak nak beli kereta, tak nak beli motor walaupun ada kemampuan. Semuanya disebabkan takut tak zuhud. Ditakuti bila ada kereta, ada motor nanti, kecintaan terhadap barang-barang ni semua akan melebihi daripada kecintaan kepada Allah s.w.t.
Kira cintakan kehidupan duniawi la ni.
Macam-macam… Padahal bila ada kereta, kan ia lebih memudahkan urusan perjalanan dari rumah ke tempat ibadah. Kalau hujan pun masih boleh pergi. Kalau ada pengajian dan kebetulan tempat tu jauh, pun tak ada masalah untuk kita pergi. Malahan, nak tumpangkan orang lain untuk pergi sama-sama pun tak ada masalah.
Bukan ke begini berganda-ganda lebih baik berbanding hanya berjalan kaki? Kalau hujan tak boleh nak kemana-mana ataupun kalau ada majlis ilmu dekat tempat yang jauh, kita tak boleh nak pergi. Terpaksa nak harap orang lain bawak kita je.
Ketiga, cara hidup biarlah miskin, tak kaya dan tak ada harta… sebabnya dengan cara hidup macam ni mudah-mudahan proses hisab diakhirat kelak akan jadi lagi mudah. Ya la.. dah kita tak ada banyak harta, dah tentu kita tak disoal terlalu banyak.
Selain daripada tu, harta didunia ini kan hanya melalaikan, dan melekakan. Semua ini hanya ujian…
Pada pendapat saya, cara berfikir macam ni adalah tanda-tanda fikiran dan akal kita ni tak sihat. Ada penyakit jahil dan bodoh yang kronik. Kena dirawat… kalau tidak, jadi melarat, dan silap-silap dia jangkitkan dekat orang lain pulak. Lagi susah.
Kalau kita miskin… siapa nak tolong orang Islam lain yang miskin? Macam mana kita nak bayar zakat? Macam mana kita nak buat ibadat korban? Macam mana kita nak menafkahkan harta? Macam mana kita berwakaf? Dan macam mana kita nak menjalankan ibadat umrah dan haji? Andai kata kita diseru untuk berperang, macam mana kita nak pergi berperang dengan satu kelengkapan pun kita tak ada sebab kita miskin?
Macam mana pulak kita nak berumahtangga? Ada banyak sangat persoalan macam mana dan bagaimana akan timbul kalau kita nak maintain cara hidup miskin sebab nak berlaku zuhud.
Taqiyuddin Abul Abbas Ibnu Taimiyyah mendefinisikan zuhud ini dengan mengatakan: “Zuhud adalah meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat”. Sedangkan hal-hal yang ada manfaatnya bagi kehidupan akhirat, maka zuhud dalam hal tersebut termasuk zuhud yang tercela dan tidak diperkenankan.
Boleh dapat? Maksudnya, sekiranya sesuatu perkara itu ada manfaatnya untuk kehidupan dihari akhirat, maka kita tak wajar untuk meninggalkannya. Buatlah, pakailah, dan belilah asalkan ianya beri manfaat untuk kehidupan dinegeri akhirat nanti kelak.
Bila kita katakan zuhud itu adalah kita tidak terlalu berkeinginan terhadap kehidupan dunia dan sentiasa meninggalkan kesenangan duniawi… tak bermakna kita dilarang untuk menjadi kaya, akan tetapi, bila kita kaya itu merupakan satu rahmat buat sekalian alam.
Kita tidak hanya fikir untuk kesenangan peribadi, malahan kita tak ada rasa berat hati untuk agih-agihkan dan salurkan kekayaan yang kita ada ke jalan-jalan seperti zakat, sedekah, nafkah dan sebagainya. Bila ada kereta kita beri orang lain pinjam. Ini pun sebahagian daripada perlakuan yang kita tak terlalu cinta dengan kehidupan dunia.
Jadi bila kita boleh bertindak sedemikian, maka tepatlah maksud hadis nabi iaitu
Bersikap zuhudlah kamu terhadap kehidupan dunia ini, nescaya Allah akan mencintaimu dan bersikap zuhudlah kamu terhadap sesuatu yang dimiliki oleh manusia, maka manusia akan mencintaimu.
(ibnu majah, no. 1302; al-hakim no.7945 dan Asy-Syihab dalam Musnadnya, no.643)
Wallahua’lam

rujuk
1. Ihfazhillah Yahfazhka (Jagalah Allah… Allah Menjagamu)

 Credit to : http://www.sabreehussin.com/motivasi/pengertian-konsep-zuhud-dalam-kehidupan-seharian/

No comments: