nufnang

Wednesday, February 29, 2012

???

Ya Allah,
Kuatkanlah hatiku,
Tabahkan hatiku,
Redhakan hatiku,
Pasrahkan hatiku dalam Redha-Mu..

Ya Allah,
Jika ini yang telah Kau tuliskan untukku,
Yang tertulis untukku,
Ajarkan aku untuk menerimanya,
Tanpa menyakiti ku,
Tanpa menyedihkan hati-hatiku,
Tanpa jatuhnya manik-manik urai anak mataku...

Ya Allah,
Pinta ku pada-Mu,
Andai ini takdir-Mu,
Bantulah aku untuk memulakan yang baru,
Dengan sesuatu yang baru,
Tanpa ada sekelumit yang lama,
Yang lama di jadikan pedoman untuk ku..

Namun , hati ini tidak boleh berdusta,
Di situ ada kesedihan,
Keperitan,
Luka yang amat dalam..

Ya Allah...
Hanya pada-Mu ku berserah,
Atas segalanya...



Tuesday, February 28, 2012

Sk. Sungai Manila Sandakan Sabah


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Manila mendapat namanya dari perkampungan pekebun pekebun kecil yang bernama Kampung Sungai Manila. Pada awalnya, sekolah ini dibina oleh Pihak Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah untuk kanak-kanak peneroka dengan nama Government English Primary School (G.E.P.S). Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantarnya.

Bangunan sekolah yang pertama siap dibina pada penghujung tahun 1966 dan dibuka pada awal tahun 1967. Sekolah ini pada masa itu bolehlah dikatakan masih dikelilingi hutan kecil kerana disekitar kawasan belakang bangunan sekolah masih dipagari oleh pokok besar dan kecil yang tidak ditebang oleh pembalak-pembalak yang hanya mengambil kayu-kayu yang bermutu sahaja.

Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada berbagai bangsa seperti bangsa Bajau, Kadazan, Cina dan lain-lain lagi. Bilangan murid sekolah ini bertambah dengan cepatnya. Dalam masa setengah tahun jumlah murid menjangkau 80 orang. Menjelang penghujung tahun 1967, jumlah murid meningkat hingga 150 orang. Peningkatan ini disebabkan oleh pengisian peneroka di beberapa peringkat. Pada permulaan sekolah ini dibuka, murid yang mendaftar adalah terdiri dari anak-anak peneroka yang pernah bersekolah di sekolah lain.

Wednesday, February 22, 2012

Jangan Mencabut Uban













Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Monday, February 13, 2012

Menguap


Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

Rasulullah saw. : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.” (HR At-Tirmizi).