Rasulullah S.A.W bermaksud:
Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan
Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.
Pada hari khamis lepas tanggal 21 Jun 2012 kita telah
memasuki bulan Syaaban. Bulan ini bermula dari 21 Jun 2012 hinggalah 20 Julai
2012. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan
ini.
Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan,
Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi S.A.W :
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah
niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku
atas kamu.
Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan
ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa
bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana
baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya
sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh
baginda.
Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini
ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar,
kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun,
inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini.
Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud
Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf
di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi
Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat
matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan
nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang
bermaksud,
Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada
permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban,
akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan
sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.
Itulah antara
kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan
ini juga adalah
sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan
Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh
Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan
Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia
bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh
Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya.
Antara lain
sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu
rahmat.
Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana
setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah.
Sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud:
Dalam solat
lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10
Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu
malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk
bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini.
Rasul S.A.W bersabda bermaksud:
Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang
malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan
pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya
pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang
yang tidak menyekutui-Nya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan,
peminum arak, pezina, orang yang memakan riba,
orang yang derhaka kepada ibu bapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu
api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan
diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan
yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas
bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi).
Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas
sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban
seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu
Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat
kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan
diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan
sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka
terhadap ibubapa.
Inilah antara beberapa kelebihan dan fadhilat yang Allah
kurniakan untuk para hamba-Nya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha
Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar
ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga
adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha
mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di
dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan.
Ini juga bertepatan
dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud:
Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima
perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya
masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum
datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.
Dinamakan Syaaban kerana padanya
terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah
Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
No comments:
Post a Comment