Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
Friday, June 25, 2010
Doa untuk mu Teman
Ya Allah,
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat..
Ya Muhaimin,
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu,
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah,
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu,
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
Janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..
Ya Allah,
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak,
Amin..