Hari ni genaplah usia ku 24 tahun dan genaplah 24 tahun juga aku menumpang di bumi ALAH ini.
Aku masih tercari-cari apa yang aku inginkan dalam kehidupan ini.
Aku tak tahu apa yang telah aku capai selama 24 tahun ni.Apa yang telah aku sumbangkan pada kehidupan ini dan sudah cukupkah amalan yang akan ku bawa ke alam yang satu lagi?
Meningkat setahun lagi usia ku.Semakin bertambahlah tanggungjawabku pada keluarga dan diriku sendiri.
Apa yang aku harapkan adalah sama seperti mereka-mereka yang lain,Inginkan yang terbaik dalam kehidupan dan amalan 1st untuk di bawakan di kehidupan yang kekal abadi kelak.Namun yang menjadi persoalan mampukan dan layakkah aku yang serba serbi tak sempurna ni untuk mengimpikan kehidupan yang penuh dengan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya dengan apa sahaja yang ada di dunia ni.
Pagi tadi tidak tahu bagaimana mahu di ungkapkan perasaan ini,rasa bersyukur di berikan lagi oleh-Nya peluang untuk bernafas dan melakukan solat subuh tadi.Tetapi rasa malu yang amat sangat pada-Nya.Malu untuk berjumpa dengan-Nya.DIA berikan segalanya padaku namun aku tanpa segan silu membuat dosa sama ada dalam sedar mahupun tidak.DIA pinjamkan pancaindera,namun aku gunakan pada yang tak elok.YA ALLAH ampunkanlah dosa hamba-Mu ini YA ALLAH.Aku memerlukan pertolongan dan petunjuk dari Mu ALLAH..Hanya pada Mu dan tidak pada yang lain YA RAHMAN YA RAHIM...
Bantulah aku YA ALLAH untuk membetul dan membaiki apa yang tak elok..
Terima Kasih Ya ALLAH...
No comments:
Post a Comment