nufnang

Monday, April 7, 2008

Sabar ketika senang, itu adalah yang lebih susah

sabar.. kita selalu mengingatkan sahabat-sahabat supaya sabar.. malah lagaknya seperti pakar motivasi.. gayanya seperti pernah menghadapi.. diharapnya bersabar.. alhamdulillah.. itulah tugas sahabat.. menasihat kepada kesabaran.. sabar bila diuji.. sabar bila ditimpa bala.. sabar bila datang dugaan.. sabar bila kehilangan yang berharga.. sabar.. sabar.. sabar..

konsep sabar kita.. bagai telah disinonimkan dengan keadaan susah.. keadaan menderita.. keadaan sengsara.. sepertinya.. ketika senang.. tidak perlu lagi kita bersabar.. ya.. betul.. kalau difikirkan logik akal.. itulah dia.. apa lagi yang hendak disabarkan.. hidup senang.. mewah.. masa masih panjang.. duit sudah banyak.. kuasa kita ada.. apa sahaja lagi yang tidak cukup?.. khabarkan?.. bukankah itu sudah cukup baik.. ya.. sememangnya.. itulah waktu senang kita.. tapi adakah diwaktu senang itu kita tidak perlu lagi bersabar?
..

sabar itu ada tiga kalau hendak dipecahkan secara terperinci.. satunya.. sabar yang difahami secara umum.. sabar yang meluas konsepnya.. siapa sahaja pasti tahu.. malahan perkataan sabar itu sendiri menggambarkan keadaan pada waktu tersebut.. iaitu sabar ketika susah.. ketika ditimpa bala bencana.. ketika datang ujian dan dugaan.. kita harus bersabar.. itu satu.. dan yang kedua.. ketika tetap perlu bersabar.. bersabar dalam melakukan sesuatu yang disukai oleh Allah subhanahu wa ta’ala.. bersabar dalam mencari redhaNya.. bersabar melakukan amar makruf.. bersabar mengerjakan solat malam.. bersabar melakukan segala amal baik.. segala amal kebajikan.. dan yang akhir.. yang ketiga.. sabar ketika senang.. dalam erti kata lain.. sabar daripada melakukan yang mungkar.. menahan diri dari menerima murka Allah subhanahu wa ta’ala.. menanahan diri dari melakukan maksiat.. menahan diri dari mencari sesuatau yang bukan hak kita.. menahan diri dari pujuk rayu nafsu.. menahan diri dari terkena panahan-panahan beracun iblis dan syaitan..
dan yang lebih susah antara semua itu pastinya yang kedua dan ketiga..

baiklah.. memudahkan perbincangan.. kita hanya bahagikan konsep sabar itu kepada hanya dua aspek.. satunya ialah.. terus tabah dan cekal ketika tragedi datang.. dan yang kedua.. menahan diri dari melakukan apa yang dimurkai oleh Allah subhanahu wa ta’ala dan terus menerus melakukan apa yang diredhai dan disukai olehNya.. kita telah menggabungkan pembahagian kedua dan ketiga seperti yang disebutkan sebelum ini menjadi satu.. agar lebih mudah dibincangkan.. sabar dalam amar makruf nahi mungkar..
ini disebabkan.. kalau kita lihat.. konsep pertama.. iaitu sabar apabila datang dugaan.. bila datang ujian.. bila ditimpa bencana.. bila hilang sesuatu yang berharga.. ini adalah mudah.. bukan mudah dalam erti kata mudah yang sebenar.. maksud mudah di sini.. mudah apabila direlatifkan dengan pembahagian kedua.. jikakalau kita melihat orang kafir.. mereka juga bersabar.. bukan hanya muslim sabar ketika ditimpa ujian.. cuma mungkinnya pemikiran dan konsep bersabar mereka lain.. mereka bersabar ketika datang ujian kepada mereka mungkin kerena fikiran logik mereka.. apabila diuji..

mereka mungkin pada mulanya bersedih.. kita juga bersedih.. tiada bezanya.. cuma kita.. kita sedar ini ujian Allah subhanahu wa ta’ala.. lalu kita kembali tabah dan bersemangat.. tapi mereka.. golongan kuffar.. mereka mungkin juga bersabar.. tapi bukan hasil dari imannya mereka terhadap qada’ dan qadar Allah.. mereka menggunakan fikiran logik mereka.. barangkali.. mungkin antaranya ada berkata.. apa guna aku terusan bersedih.. apa yang aku dapat.. ia tidak mengubah walau satu pun.. apa guna aku menangis siang dan malam.. tetap tidak akan hidup apa yang telah mati.. apa guna aku meraung sekuat hati.. yang pergi tidak akan kembali.. ini semua antara logik akal yang mampu memberikan ketenangan kepada manusia.. tidak menafikan ia benar.. tapi sebagai muslim kita ada lebih dari itu untuk kita percaya dan yakini.. iaitu semua ujian itu datang dari Allah.. untuk menguji kita.. untuk melihat sama ada kita benar-benar beriman atau tidak.. malahan ini tanda Allah sayang kepada kita..

kita terus diberi peluang untuk mengingati Allah.. terus dikuatkan iman dengan ujian-ujian yang datang.. setiap ujian itu meningkatkan iman kita.. setiap ketabahan kita itu akan dibalas.. akan ada ganjaran untuknya.. insyaAllah.. alangkah gembiranya hati seseorang itu apabila menerima ujian sekiranya seseorang itu benar-benar menyakini dan mengimani akan erti ujian terhadap manusia itu..
tetapi.. konsep kedua.. kafir tidak dapat melakukannya.. tidak seperti mana yang dilakukan oleh orang yang beriman.. kafir.. ketika senang.. tiada apa lagi yang menekan diri mereka.. tatkala itu.. segalanya milik mereka.. katakan apa sahaja wahai nafsu.. pasti dituruti.. bisikkan apa sahaja wahai syaitan.. akan diikuti.. inilah golongan kuffar.. apabila senang.. apabila sudah mewah.. hidup sihat.. duit banyak.. masa lapang.. tidak sakit.. tidak di bawah.. malah di atas sebagai pemerintah.. tidak terpinggir.. semuanya ada.. lengkap.. cukup.. tidak ada yang menekan.. maka lihatlah.. kita akan lihat.. segala yang mungkar akan terjadi.. maksiat akan berleluasa dalam diri mereka.. inilah kuffar.. ambil sahaja contoh mudah.. hilangkan polis dalam dunia ini.. dan lihatlah akibatnya.. lihat betapa lajunya kes-kes jenayah dan maksiat akan meningkat..

lihat betapa lajunya kedai-kedai dirompak.. betapa cepatnya rumah-rumah dipecah masuk.. betapa banyaknya peluru yang melayang ke sana sini.. betapa takutnya perempuan untuk keluar dari rumah.. kita akan lihat.. betapa binatangnya manusia.. betapa hodohnya rupa mereka yang sebenar.. binatang bertopengkan manusia.. malahan lebih teruk dari binatang.. kerana apa?.. kerana tiada lagi yang mengongkong mereka.. dan ini juga mungkin golongan munafiq.. yang mana.. pada awalnya.. mereka merayu meminta pertolongan.. mereka berjanji sumpah setia dengan Allah dan rasulNya.. ketika susah.. mereka melutut menangis teresak-esak meminta dibantu.. menagih pertolongan.. harap diberikan kasih sayang.. tapi.. setelah semua diterima.. setelah dibantu dan ditolong.. lihatlah.. mereka apabila senang.. tidak ada lainnya dari golongan kuffar.. mereka melakukan maksiat.. mereka melanggar perintah Allah.. mereka ke kelab-kelab malam.. mereka menonggang botol-botol arak.. berpelukan dengan wanita-wanita.. na’uzubillahi min zalik..
tetapi.. yang beriman.. mereka ada sesuatu.. mereka ada permata yang tidak dimiliki golongan kuffar.. mereka ada sinaran nur yang malap dan gelap pada hati golongan munafiq.. permata mereka itu.. yang memancarkan nur dalam hati mereka itu.. itulah iman.. pelindung mereka.. penahan mereka.. penasihat mereka.. yang mana.. tugasnya menjaga hati.. agar terus amar makruf nahi mungkar.. dengan iman.. anak panah beracun iblis dan syaitan laknatullah tadi patah dan jatuh ke tanah.. dengan iman.. pujuk rayu syaitan tadi hanya ke udara lalu terhenti dan lenyap sendiri.. bagai ada satu ruang vakum untuk masuk ke dalam hati.. dengan iman.. bisikan syaitan dan iblis itu jatuh berderai dengan sergahan kalimah Allah.. dengan iman.. semua dunia yang dipalsukan hilang tarikannya pada mata hati yang melihat lebih dari dunia ini.. dengan iman.. segala yang diimpikan hanyalah berteraskan jalanNya.. lantas.. apa sahaja yang diluar landasan.. terus dibiarkan tertinggal.. dibiarkan berdampar.. apa sahaja bukan di atas landasan.. tidak ada satu pun yang akan dikutip.. kerana hati sudah dipenuhi iman.. dengan iman.. apa sahaja keadaan diri ketika itu.. harapan dan tujuannya tetap sama.. datanglah ujian.. datanglah kesenangan.. datanglah kemewahan.. datanglah apa sahaja bentuk kesusahan mahupun kesenagan.. apabila hati telah disinari cahaya iman.. apa yang dilakukan semuanya hanyalah.. yang tidak dimurkai Allah.. dan yang mencapai redha Allah..

makanya.. persiapkan diri dengan iman.. kerana hanya dengan iman.. kita mampu terus bersabar.. bersabar apabila susah..bersabar apabila senang.. dan jangan ingat sabar itu hanya ketika susah.. sudah berapa ramai manusia yang terjatuh dalam perangkap ini.. berapa banyak manusia yang tertipu dengan dakyah syaitan ini.. berapa ramai yang telah mati akibat racun panahan iblis.. berapa ramai yang dibutakan dengan pandangan mata dunia.. ditipunya kita dengan kesenangan.. di tipunya kita dengan kelapangan.. kita mula leka dengan Allah.. sewaktu peperiksaan datang.. kita terusan bangun malam.. terusan berdoa.. tapi.. setelah habisnya peperiksaan.. itu semua hanyalah silam.. mengapa?.. adakah yakin kita telah berjaya?.. adakah yakin kita telah lepas segalanya?.. meskipun yakin benar kita akan berjaya adakah kita begitu berkuasa?.. sehingga sombong untuk meminta.. kita siapa?.. Dia siapa?.. kepada siapa kita meminta dahulu?.. mengapa hanya apabila susah menimpa.. jika kita sekalipun.. kita datang seorang kepada kita meminta-minta.. merayu-rayu untuk diberikan pertolongan.. walhal dahulunya.. dialah mush utama.. dialah yang nombor satu memburukkan kita.. asal ada peluang sahaja dijatuhkannya kita.. hari ini datang meminta.. merayu.. apa reaksi kita?.. tapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

tapi mengapa perlu begitu?.. tidak malukan kita?.. tidak segankah kita?.. tidak tebalkah muka ini?.. apakah rasa sudah terlalu berjasa?.. adakah ni’mat sebiji mata telah kita sediakan bayarannya?.. mengapa tidak bersyukur?.. mengapa tidak terus meminta?.. adakah pasti nereka bukan tempat kita?.. atau kita tidak takutkan neraka?.. atau adakah kita fikir dunia ini selamanya?.. mengapa rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sehingga bengkak kakinya bersolat.. mengapa rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sehingga mengikat batu pada perut baginda.. mengapa rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sehingga berkocak darah di dalam kasut baginda.. mengapa?.. mengapa?.. mengapa tidak bersenang sahaja setelah terima kejayaan.. setelah terima bantuan.. malahan bagindalah manusia yang sepatutnya paling bersenang dan tidak takut akan apa-apa kerana baginda itu dipelihara.. dijaga.. dibantu oleh Allah.. tapi mengapa?.. mengapa masih perlu bersusah.. mengapa masih perlu melakukan itu semua?.. mengapa tidak kita?.. mengapa kita.. apabila senang meninggalkan Allah.. bagai ada Rabb kecil.. malahan kadang kala Rabb kecil kita itu lagaknya sudah lebih besar dari Allahu Rabbi.. na’uzubillahi min zalik..

mengapa para sahabat.. ketika senang mereka takut.. mengapa para sahabat.. ketika kaya mereka menangis.. mengapa para sahabat ada yang lebih suka menjadi miskin.. mengapa para sahabat ketika dihidangkan roti gandum yang penuh sebagai satu jemputan menangis tidak lalu makan.. itu hanya roti gandum.. bukan lagi kambing atau daging.. mengapa mereka perlu begitu sekali?.. mengapa?.. mengapa kita sangat berbeza?.. mengapa kita tidak cukup satu pinggan.. mengapa kita belum puas satu bahagian?.. mengapa kita mengejar pangkat dan kemewahan tanpa hiraukan arahan Tuhan.. mengapa kita cintakan dunia.. sedangkan cintakan dunia itu salah satu sifat mazmumah.. mengapa?.. mengapa?.. mengapa?..

kerana iman kita nipis.. senipis kulit bawang.. malahan mungkin sahaja sudah tiada iman lagi.. na’uzubillahi min zalik.. kita hari ini.. masih jauh dari golongan salafussoleh.. iman mereka jauh lebih hebat.. jauh lebih tebal.. jauh.. jauh sekali.. dengan itu.. kita harus mencontohi mereka.. maka teruslah berpesan sesama kita.. agar yang iman kita akan terus meningkat dari sehari ke sehari.. iman manusia ini.. sifatnya.. naik dan turun.. yazid wa yankus.. bertambah dan berkurang.. maka.. jangan jadikan iman itu.. turun sepuluh naik hanya satu.. kerana sekiranya itu berlaku.. nescaya lama kelamaan.. kita akan binasa.. dan tempatnya pasti di neraka.. yang diterima tidak lain dan tidak bukan kecuali azab seksa.. biarlah meter iman itu.. naik dan turunnya menunjukkan corak yang meningkat.. biarlah ia turun hanya satu tetapi naiknya berpuluh-puluh.. pertambahannya bertaus-ratus.. malahan beribu-ribu.. dan untuk yang berkurangnya satu itu.. tangisilah ia.. mintalah ampunan untuknya.. nescaya.. sekiranya terus beristiqamah atas jalanNya.. Dia akan membantu.. sabar ketika susah.. sabar juga ketika senang.. dan kekuatannya pada iman..

moga bermanfaat.. insyaAllah..

No comments: