nufnang

Friday, April 4, 2008

Jiwailah erti sebenar sebuah kehidupan

Setiap insan punya cita-cita, kemahuan dan keazaman.Matlamat dan visi.

Lazimnya, kebanyakan kita akan memperbaharui niat demi sebuah destinasi tujuan apabila tiba tahun baru tidak kira sama ada masihi mahupun hijrah.

Teringat zaman kanak-kanak dahulu, saya agak kebingungan apabila ditanya apakah cita-cita saya.Matlamat janga pendek

“Eh, Siti, awak bila besar nak jadi apa ye?” Zahira senang sekali memutar-mutar ekor tocangnya apabila berbicara.

“Kite..tak tahulah.Apa keje yang best yek?” Mata saya terkebil-kebil memerhatikan ruang kosong pada soalan cita-cita.

“Eh banyak.Best tau.,kalau jadi orang besar.Zahira nak jadi akauntan..”

“Akauntan? Menatang apa tuh?” Saya menggaru kepala yang tidak gatal.

“Alah yang kerja kat bank, buat kira-kira..Best, dapat pegang duit, tengok mesin dan macam-macam.Tapi kan, kalau kite tak dapat keje akauntan, kita nak jadi arkitek, takpun, pramugari, takpun…bla..bla,..”

“Lepas dah dapat keje, apa kite nak buat?”

“er..siang kite keje,balik rumah, makan, rehat, tidur…cari duit banyak-banyak..” Zahira mengerut dahi berfikir.

“ ooo, lepas dapat duit banyak-banyak, kite nak buat ape?”

“Kita beli rumah, kite kawen, kita dapat anak, cari duit lagi untuk anak-anak dan keje lagi”

“Keje macam tadi?”

“Aah, pagi masuk pejabat, petang balik rumah, makan, rehat dengan keluarga dan tidur..esok buat lagi macam tu..”

“Buat mende yang sama je.Pelik lah..” Saya mendengus. Persoalan itu memeningkan saya

“Apa yang pelik?”

“Ye lah. Asyik2 setiap hari, bangun tidur, pi keje, balik rumah..pastu tidur.sok bangun balik pi keje..tak bosan ke? Benda yang sama je kite tengok dan buat... ”
“Aah le..bosan jugak..memang macam tu kut”

“Macam ape?”

“Memang macam tu kut kita idup, membosankan..haha,baik jadi kartun.Nak jadi Little Mermaidlah…” Saya dan Zahira ketawa kecil .Serta merta topik perbincangan berubah, berkisar pasal kartun pula.

Cakap-cakap masa zaman kanak-kanak memang melucukan. Kanak-kanak hanya berbicara apa yang mereka tahu berdasarkan kematangan yang masih belum cukup masak terbina.

Masa yang mengajar

Usia dan pengalaman adalah guru yang paling ikhlas mengajar kita.Setiap peristiwa yang berlaku akan membuka mata kita untuk merenung setiap hikmah dan membantu kita mengubah cara menjalani kehidupan.

Zaman kanak-kanak, kita hanya berazam apa yang akan jadi apabila dewasa.

Zaman remaja, kebanyakkannya berangan ingin bebas bercinta , bekerja dan memanisfestasi idea yang memberontak sebebas-bebasnya.

Kini, zaman beralih ke arah menuju kedewasaan. Berazam dengan berdiri di tapak realistik.Tidak lagi terlalu fantasi.Seiring dengan kematangan yang dikurniakan , sewajarnya, saat ini kita lebih perlu memahami apakah erti kita hidup untuk mencari tujuan sebenar anugerah kehidupan itu. Kita tidak lagi berbicara visi kosong. Kita mencari matlamat. Matlamat yang membantu kita menggariskan perlaksanaan kehidupan untuk suatu jangkamasa yang lebih panjang atau lebih tepat lagi sehimgga pusara didiami kita.

Tanyakan soalan itu...

Selama kita diberi ruang untuk bernafas, adakah kita hidup hanya untuk mencari pekerjaan yang sempurna untuk diri?

Mencari pasangan yang benar-benar menggoyahkan naluri hati?

Mencari populariti yang membuatkan mereka tergila-gilakan kita?

Mencari pangkat dan pengaruh yang memegahkan agar ramai tersujud mendengar arahan kita dan hormat pada kita?

Memcari duit yang banyak dan akhirnya kita sentiasa tidur dalam dakapan kemewahan dan disanjung rakan dan taulan?

Mencari keyakian diri dengan menjatuhkan atau sering mencari kelemahan orang lain?

Dan kemudian…MATI.

Hanya inikah tujuan manusia itu diwujudkan?

Perhatikan, mengapa penciptaan manusia itu berlaku.Perhatikan mengapa dunia ini terwujud buat kita.Perhatikan mengapa Rasulullah berwasiat bahawa baginda meninggalkan 2 perkara kita, bahawa seandainya kita berpegang kepada kedua-duanya maka kita tidak akan tersesat selama-lamanya.Perhatikan, intipati tafsir kitab tua yang kita tinggalkan berhabuk di almari usang. Perhatikan setiap kalimat yang kita lafazkan, kosong tanpa sebarang pengamatan tatkala tidak memahami Bahasa Arab itu.Renunglah, hayatilah.

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus” (Al-Isra: 9)

Kita hidup bukan untuk mainan

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakanmu secara bermain-main sahaja, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan pada Kami?”(Al-Mukminun:115-116 )

Kita hidup bukan mencari kemegahan, kesenangan dan keseronokan

“Jangan sesekali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah jahannam, dan jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya..(Ali-Imran: 196)

Kita hidup bukan untuk menjadi “Tuhan”, memperhambakan orang lain mengikut arahan kita, menghambakan diri dengan sikap dan telunjuk kita.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” (Adz-Dzariyyat ; 56)

Kita hidup untuk menjaga amal-amal kita

“Dan jiwa yang menyempurnakan (kejadiannya) Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa jalan kejahatan dan ketaqwaan.Sesungguhnya, berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwa. Dan rugilah orang-orang yang mengotorkannya “ (As-Syams: 7-10)

Kita bukan hidup untuk diri kita semata

“Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegahnya dari perbuatan yang mungkar.,dan kepada Allah kembali segala urusan..”(Al-Haj:41)

Kita hidup untuk diuji

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka tidak diuji?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta..”( Al-Ankabut : 2-3)

Kita hidup untuk akhirat

“Katakanlah mahukah aku beritahu kepada kamu tentang orang yang paling rugi perbuatan-perbuatan mereka , oramg-orang yang sia-sia sahaja amal perbuatan mereka di dalam hidup di dunia ini sedangkan mereka itu menyangka mereka sebenarnya berbuat baik? Mereka itu ialah orang-orang kufur dan tidak bersyukur dan tidak percayakan perintah Tuhan mereka dan tidak percaya bahawa mereka akan menghadap Tuhan mereka itu lalu pekerjaan mereka pun menjadi hampa dan Kami tidak berikan sebarang pertimbangan dan penilaian kepada mereka di hari kiamat.Balasan mereka ialah NERAKA JAHANNAM kerana kekufuran mereka dan kerana mereka mempersenda-sendakan perintah-perintahKu dan juga rasul-rasul utusanKu” (Al-Kahfi: 103-106)

Kita hidup sebagai Islam, berjuang menjunjung kalimah keramat syahadah di tempat tertinggi

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya, Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami.: (Al-Ankabut : 69)

Kita hidup dalam perjuangan mengembalikan kembali maruah Islam

“Dan Allah berkata: Jaganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu esa, dan kepadaKulah hendaknya kamu takut. Dan bagiNyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagiNyalah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti?” ( An-Nahl: 51-52)

Kita berjuang untuk hidup demiNYA

“Kekuasaan pemerintahan itu adalah kepunyaan Allah . Dia (Allah) perintahkan kamu sekalian jangan mengabdikan diri pada yang lain daripadaNya (Allah) Itulah agama yang lurus..”(Yusuf: 40)

Lihatlah, amatilah, carilah erti matlamat kehidupan sebenar. Saat itu belum terlambat. Belum terlambat untuk kita tangisi dan insafi kealpaan pengisian sebuah kehidupan. Belum terlambat untuk kita melakukan perubahan!