nufnang

Tuesday, April 1, 2008

Makna Falsafah

Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai falsafah dan peranannya dalan hidup dan kehidupan yang sungguh luas dan mencabar ini, marilah kita sama-sama menelurusi makna serta intipati bagi falsafah ini.Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud cinta dan suka manakala sophia pula bermaksa hikmah. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud kepada sukakan hikmah. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri denan makna yang jelas.

Falsafah pula perkataan yang berasal dari terjemahan bahasa arab iaitu dari perkataan falasifah, falsafah dan failasuf. Perkataan ini telah di "tasrifkan"
menjadi masdar yang merupakan sebuah perkataan mendatang yang di serap masuk dalam bahasa arab.Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini dapat di lihat dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf Islam mahupun Barat. Selain dati itu, tidak terdapat makna yang sepakat dari kalangan ahli failasuf tentang makna falsafah itu sendiri, makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para ahli failasuf.Apa yang boleh saya simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik.

Hal ini kerana, ia memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini. Ia meliputi segala ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini.

No comments: