nufnang

Sunday, March 30, 2008

Kepentingan Falsafah

Kebanyakkan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan merasa ia merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat dan susah. Bila sahaja perkataan falsafah ini di sebut, ia seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri yang mesti di jauhi dan di elakkan. Sebenarnya, ia bukanlah seperti yang di nyatakan. Falsafah akan menjadi penting serta terlalu beharga bagi insan yang menyukainya bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Falsafah hanya akan datang serta di fahami oleh individu yang mempunyai cukup serta kuat akal pemikirannya.

Ia memerlukan satu ruang, kebiasaan dan kelaziman seseorang individu untuk sentiasa melakukan aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan akal fikiran. Falsafah tidak boleh di pelajari seperti mana perkara lain. Ia memerlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani dan juga jasmani. Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu sedai untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta membuat perhitungan yang sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang melanda masyarakatnya.

Selain itu, ahli fahsafah juga memainkan peranan yang sungguh penting dalam kelompok masyaraktnya. Hal ini kerana, ahli fahsafah memberikan sumbangan yang mendalam dalam memberikan tunjuk ajar serta membimbing masyaraktnya kearah jalan yang benar. Ahli fah safah boleh di katakan sebagai "pemberi cahaya" kepada masyarakt agar memahami makna sebenar sesuatu perkara yang berlaku dan sebagainya.

No comments: