nufnang

Friday, May 2, 2008

Qiamulail

QIAMULAIL
(MENGHIDUPKAN MALAM)

Ibadah ini adalah ibadah yang sering ditinggalkan oleh kita. Sedangkan bila mana kita menghidupkan malam ini, kita memperolehi banyak manfaat dan ganjaran yang telah ALLAH janjikan.

Termasuk diri saya kadang kala lalai dengan urusan dunia hingga lupa untuk menghidupkan malam ini. Oleh itu saya seru diri saya dan diri anda untuk bangun menghidupkan malam ini. InsyaALLAH janji ALLAH itu pasti berlaku.

Di sini kita akan membincang serba sedikit tentang Qiamullail ini. Antaranya adalah :

  1. Penghubung antara hamba dan pencipta
  2. Dunia adalah “Ruang niaga”
  3. Siapakah golongan paling kuat?
  4. Tekadkan azam sebagai titik permulaan
  5. Sahutlah seruan ALLAH
  6. Dimanakah kedudukan kita?
  7. Pertandingan menuju akhirat
  8. Musafir yang bermujahadah
  9. Keuzuran bukan satu penghalang
  10. Kematian pasti akan mendatangi kita
  11. Berusaha mencapai kedudukan yang tinggi
  12. Nabi Muhammad s.a.w giat bertahajjud
  13. Petunjuk Nabi Muhammad s.a.w dalam melakukan qiamullail
Qiamullail dan kepelbagaian witir :

Jenis pertama - Selang seli antara tidur dengan qiamullail dan kadang kala baginda terus mengerjakan tanpa di selangi tidur.

Jenis kedua - 11 rakaat dimulai dengan dua rakaat yang ringkas.

Jenis ketiga - 13 rakaat terus menerus.

Jenis keempat - Lapan rakaat di selangi salam dan berwitir dengan lima rakaat.

Jenis kelima - Sembilan rakaat.

Jenis keenam - Tujuh rakaat berdiri dan dua rakaat duduk.

Jenis ketujuh - Berwitir di malam,pertengahan atau di akhir malam.

Firman ALLAH S.W.T : Maksudnya :
"(Engkaulah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat TUHANnya ?."-Surah al-Zumar :9.

Firman ALLAH S.W.T : Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah di tempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang di berikan kepadanya oleh TUHAN mereka.Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikkan . Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristigfar kepada ALLAH (memohon ampun)."- Surah al-Zariyat : 15-18.

Menurut Abdullah bin Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w pernah di tanya mengenai seorng lelaki yang tidur hingga ke pagi. Baginda bersabda :
Maksudnya : "Itulah keadaan lelaki yang telah di kencing oleh syaitan ke dalam telinganya."- Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mengenai kelebihan qiamullail, ALLAH telah menjelaskan sebagaimana firman-NYA:
Bermaksud : "Sebenarnya solat dan ibadah di malam hari lebih kut kesannya (terhadap jiwa) dan lebih tepat bacaannya."-Surah al-Muzzammil :6.

Ibn Katsir r.h berkata :

"Maksud ayat di atas ialah malam merupakan waktu yang amat tenang untuk pembcaan dan kefahaman berbanding jika di lakukan di siang hari memandangkan siang merupakan waktu yang sibuk dan penuh hiruk-pikuk."-Rujuj Tafsir Ibn Katsir,jil 4,ms 36.

Qiamullail merupakan fasa perebutan dan mujahadah terhadap diri sendiri. Malah,tiada suatupun yang terlebih besar impaknya terhadap diri manusia untuk terus melakukan ketaatan dan ibadah terutamnya ketika waktu rehat,lapang dan tenang.

Sebab itulah ALLAH memperakui golongan yang menghidupkan malam ini sebagai orang-orang yang benar-benar beriman dan menjanjikan mereka kebaikkan yang banyak.

Firman ALLAH S.W.T : Maksudnya :
"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan KAMI hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringantan dan pengajaran
dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menndakan taat) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji TUHAN mereka serta mereka tidak bersikap takbur.

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur (terlalu sedikit tidur kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh). Mereka santiasa berdoa kepada TUHAN mereka dengan perasaan takut (kemurkaan-NYA) serta dengan perasaan ingin memperolehi (keredhaan-NYA) dan mereka selalu mendermakan sebahagian dari apa yang KAMI berikan kepada mereka.

Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan." - Surah al-Sajdah : 15-17.

be cont.

No comments: