Salam tahun baru semua.Setelah kian lama tidak "mengupdate" blog ku ini, hari ini terdetiklah ingin mengupdatenya.Tiba2 hati di landa rajin untuk menaip..
Hari ini sudah tanggal 05/01/2011 maknanya sudah 5 hari kita berada di tahun baru tahun 2011. Bagi aku, terasa cepatnya masa berlalu.
Mengimbau kembali tahun 2010. Tahun yang banyak mengajar aku erti kehidupan di tempat orang (kira aku ni anak perantaulah). Tahun pertama bagi ku memulakan kerjaya ku sebagai "orang belakang tabir" ni. Tahun selepas waktu belajarku. Kiranya tahun 2010 tahun memegang duit sendiri. Manage harta sendiri hahah (walaupun aku ni tiada harta).
2010 tahun di mana aku memulakan kerjaya ku di "Allergy & Immunology Lab". Tempat yang banyak mengajarku erti berusaha tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Experience bekerja di private lab dan bekerjasama dengan orang india and cina. Kira macam PM kita kata "1 Malaysia" gitu.
Kira penat dan letih sangatlah aku berkerja di company ni. Semua kerja kira aku buat. Nasib baik ja tidak menjadi "staf nurse" dan "doktor" sekali. Akulah petugas belakang tabir, akulah receptionis, akulah cleaner dan akulah MA. Kira semualah benda kena buat. Itu tidak termasuk lagi aku jadi tukang kira-kira akaun, tukang bank dan juga posmen. Kadang-kadang boleh jadi despatch gurl akulah juga. Perghhhh kerja tempat ni memang kita boleh jadi serba boleh..
Tapi aku bersyukur sangat bekerja di sini (company lama). Banyak perkara aku belajar sini. Pengalaman yang boleh di guna pakai bila berada di tempat lain. Betullah apa yang Pemangku Bos ku kata "it's good experience for u as a young girl" lebih kurang macam itulah dia cakap. Tapi kira ada jugalah kerahan tenaga kerja hahaha..
Dalam masa yang sama banyak kelebihan aku dapat kerja di sini, contohnya aku tidak ada senior yang menekan dan lagi best masuk kerja sini aku dapat semua stationary serba baru termasuklah "komputer" dan "printer".Package lengkap. Makcik2 yang agak boleh jadi pemberita terbaek punya pun ada di sini hahah.Kemudahan internet yang bebas di gunakan di sini aku gunalah kononnya sebaik mungkin hahah aku mengapply la kerja di tempat2 lain. Maksud aku yang boleh lagi menjamin masa depan.
Alhamdulillah, rezeki tidak ke mana. Akhirnya apa yang aku apply tu dapat juga. Dan akhirnya aku berada di tempat kerja baru. Janji Allah itu memang pasti. DIA telah menetapkan rezeki seseorang itu. Cuma datangnya cepat atau lambat sahaja. Jadi bagi kekawan yang belum dan masih tidak berpuas hati apa yang anda ada, janganlah risau kerana tiap kita ada rezeki yang tersendiri. Heheh
Oklah cukup dululah. Nanti baru sambung kembali. Cramp otak fikir ayat. Nanti kita cerita lagi hal 2010 dan welcome 2011.
Ni nak tunjuk hamper 1st time aku dapat personel hand from my best roomate. Thanks rumate..Lebiu ko buat aku terharu sangat2..
p/s: Tengah belajar ni untuk menggunakan perkataan penuh. "Bahasa Jiwa Bangsa"