Hahaa hari ini aku rajin untuk "mengupdate" blog ku ini. Kena pula waktu lunch and kena pula hari ini tiada kerja sangat. So tangan terajin-rajinlah sikit(memang fail BM) untuk menekan keyboard ni.Aku ingat just nak continue entry yang semalam, tapi menggunakan tajuk yang baru. Harap di bolehkanlah (aku tuan rumah, jadi aku berkuasa :p)..
Bermulalah al-kisahnya........
Pada akhir bulan October 2010 aku terima surat daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam surat tu bagi tahu aku di terima bekerja di s
ana sebagai jawatan yang sama seperti tempat kerja lama ku. Rasa macam percaya tidak percaya. Tapi alhamdulillah rezeki datang dari Allah S.W.T.
Maka sebelum berpindah aku kena mencari pengganti di te
mpat kerja lama ku. So aku contack my best rumate "Rinie Awai @ Albert" tanya kalau dia nak kerja tak. Dia kata rezeki dia sebab dia pun tengah mencari kerja. Alhamdulillah segala urusan di permudahkan-Nya. Rinie masuk ganti aku. Dan dalam masa dua minggu aku train dan ajar dia segala tugas yang bakal di ambil alihnya. Hahaha kasih
an juga pada dia kerana
tertekan dengan aku yang kadang-kadang macam menekan dia. Tapi aku buat demi kebaikkan dia apabila ketiadaan ku nanti (sorry ya rumate perghhhhh).
Dalam masa yang sama pada 01 November 2010 aku hantar by hand surat terima tawaran pada Pejabat Pendaftar UPM. Dan aku start bertugas pada
15 November 2010...
So bermula kisah 15 November 2010 aku. Aku lapor dir
i dan settlekan hal semua tengtang borang-borang yang perlu di lengkapkan dan hantar pada yang berkenaan. Setelah selesai semuanya aku di tempatkan di Jabatan Anatomi Manusia (JAM @ ANAT). Memula Ketua Jabatan (KJ) berkenaan tanya.(aku buat dalam bentuk dialoglah bagi memudahkan)
KJ : Awak saya tempat di JAM @ ANAT. Nak tak ?
Aku : Ok (sebab tak tahu JAM tu apa dan masa tu blur2 lagi macam baek sehhh)
KJ : Awak pernah handle mayat tak ?
Aku : Pernah tapi dalam pengurusan jenazah je.
KJ : Kat sini awak akan menguruskan mayat darilah memandikan, kubur dan gali semula.
Aku : Owh..ok (tak tau nak jawab apa tapi rasa tak apa lama2 oklah kot. Belajar benda baru)
KJ : Tapi awak di beri 2 keistemewaan kerja di JAM ini. 1st dapat elaun mayat dan cuti khas perubatan mean cuti tanpa rekod selama 14 hari. Ini tidak terdapat di Jab
atan lain hanya yang kerja di JAM saja yang dapat.
Aku : Owh..(sengih2 dalam kepala YES !!! boleh cuti lama dan dapat duit hahaha mata duitan)
Maka selepas itu aku pun di bawa ke Makmal Penyelidikan Anatomi Manusia. Di situ aku di perkenalkan dengan semua stf yang ada. Alhamdulillah not bad. So far So good. Bermulalah kehidupan aku sebagai staf di JAM.
Disini pun banyak benda baru yang aku pelajari. Banyak memberi keinsafan diri. Tugas-tugas memerlukan ketabahan dan dalam masa yang sama boleh memotivasikan diri. Tapi bertugas di mana pun sama sahaja. Tiap apa yang kita kerjakan memerlukan ketabahan dan pengorbanan.
Bekerja dengan mayat ni membuat aku selalu teringat dengan "Setiap yang hidup itu pasti akan mati"....
p/s : Ingat 5 perkara sebelum 5 Perkara. Antaranya sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati..