Rasulullah S.A.W bermaksud:
Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan
Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.
Pada hari khamis lepas tanggal 21 Jun 2012 kita telah
memasuki bulan Syaaban. Bulan ini bermula dari 21 Jun 2012 hinggalah 20 Julai
2012. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan
ini.
Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan,
Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi S.A.W :
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah
niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku
atas kamu.
Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan
ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa
bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana
baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya
sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh
baginda.
Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini
ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar,
kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun,
inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini.
Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud
Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf
di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi
Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat
matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan
nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang
bermaksud,
Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada
permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban,
akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan
sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.
Itulah antara
kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan
ini juga adalah