Post kali ini aku copy paste dari blog ni http://www.keretamayat.blogspot.com(menarik entry2 beliau pd pemerhatian saya)
Baik secara ringkas, aku nak buat sedikit kronolongi tentang isu ini..
* Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam.
* Waktu tu, aku belum tulis blog keretamayat.
* Pada 7 Mei 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengkhususkan penggunaan kalimah Allah hanya bagi orang Islam tapi pada 10 negeri sahaja, empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri. Tertakluk pada Enekmen 11.
* Waktu tu, aku dah tulis blog keretamayat…
* Kemudian, Catholic Herald Weekly mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam sahaja.
* Korang belum email keremayat tentang isu ini.
* Keputusan Mahkamah membenarkan penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
* Korangpun email keremayat mintak pendapat
* Beberapa tokoh dan individu Islam menyokong keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
* Korangpun email keremayat mintak pendapat
* Keluar berita tentang ulasan pengakaji ugama bahawa Perkataan Allah tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
* Korangpun email keremayat mintak pendapat
* Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w.
* Korangpun email keremayat mintak pendapat
* Keluar lagi berita bahawa lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
* Korangpun email keremayat mintak pendapat
* Muncul lagi berita dari indonesia, Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
* Korangpun email keremayat mintak pendapat
* Umno berdemotrasi, pas berdiam diri.
* Korangpun email keremayat mintak pendapat
* Penduduk sabah telah lama guna nama Allah di gereja mereka.
* Korangpun email keremayat mintak pendapat
* Gereja di bom!
* Korangpun email keremayat mintak pendapat, Encik keremayat setuju ke tak? Kami akan ikut keremayat, jika setuju apa hujjahnya? Jika tak apa hujjahnya?
* Keretamayatpun menjawab email secara pukal di Blog
* Tak lama lagi, orang kristian jadi mayat dan orang islam jugak jadi mayat.
* Keretamayatpun hantar mayat orang islam diperkuburan tanah islam.
* Tak lama kemudian, Keretamayat pulang dari kubur dan menunggu mayat lain pula...
* sebelum tu baca email dulu..
Ok, dah! dah! stop! cukup, cukup, aku update blog hari ni.., insyAllah..
*****
Baik, aku akan jawab semua email berkenaan isu kalimah Allah secara serentak di sini, sebab aku respek korang yang sanggup bertanya isu sebegini kepada aku seorang yang bukan ustaz,
Ok, lupakan pasal politik, sekarang kita cakap dari segi setuju atau tak?
Aku nak tanya dua soalan sahaja...
SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DI UKIR PADA SALIB?
Soalan dua:
SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DITULIS PADA KERETA ATAU GEREJA ORANG KAFIR DENGAN TULISAN; ALLAH BAPA KEPADA JESUS?
Maka bila aku tanya balik soalan ni kepada orang islam yang setuju, mereka tak setuju pulak, kata mereka, kita bagi guna dalam gereja sahaja...
Kawan, orang ‘kapir’ ni sama jugak macam penagih dadah, jika mereka melilau sekeliling rumah kita cari besi, dan kita biarkan sahaja, lama lama mereka akan masuk cari besi bawah rumah, (pun kita biarkan)dan satu hari jika tuan rumah takde, terus jer mereka lompat masuk dalam rumah... habis semua harta korang kena kebas..
Jadi dari awal lagi, jangan bagi ‘orang “kafir” cari besi’ sekitar rumah korang..,
Faham tak?
Tapi Hamka, kat indonesia, kristian kat sana, mereka guna nama Allah, ok jerr.
Ok kata kau?, kat Malaysia belum ada orang islam kahwin dengan orang kristian dan duduk sebumbung (setakat yang aku tahu), tapi kat sana dah lama berlaku.., (sumber Buznama) lepas tu lagi korang tak ingat tragedi Ambon? Tsunami,gempa bumi.., ganyang Malaysia, dan lain lain, kenapa nak ikut mereka?
Tapi Hamka, kasihanlah kat Pakcik Makcik di sabah sana sebab mereka dah lama guna nama Allah dalam urusan ugama mereka…
Mereka dah salah, kristian lain guna katanama ‘god’, tapi mereka guna kitab indonesia yang translate god kepada Allah, memang patut mereka dikasihani, sebab dah lama salah,
Jika mereka percaya warna langit adalah hijau, tak kan kita nak biar mereka dengan kejahilan?, kita kena bagitahu, warna langit adalah warna biru, kasihan anak cucu mereka, nampaknya kita kena bagitahu balik, (masa untuk berdakwah) bahawa Allah itu satu, Yang Tunggal, tidak beranak dan diperanakkan, bukannya ‘Tuhan Bapa’ akidah triniti.
Ustaz Harun Din cakap, Dalam Bible, dari halaman pertama lagi nama Allah takde, mereka guna God, tapi dalam Al quran dari Surah Al baqarah lagi dah ada 279 kali perkataan Allah dalam 286 ayat.., rujuk sendiri.., Allah itu satu, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada satupun yang setara dengan Nya.
Tapi Hamka, takde pun dalam Al quran larang?
Dalam surah Al Zukruf jika di kaji, hukum guna nama Allah boleh jatuh kepada "harus", tapi dalam surah Al-ilkhas, Allah jelas bagitahu bahawa Allah adalah tidak sama dengan mana mana Tuhan, jadi walaupun hukum asalnya adalah harus, tapi pemerintah dan golongan ulamak patut melihat perkara ini dari segi kesan kepada masyarakat, yang mana dalam keadaan ummat sekarang ini yang mudah dikelirukan, hukum harus tadi boleh menjadi haram kerana apabila Nama Allah terukir pada salib, atau Bibble, atau kepala lembu atau ada filem mencarut dengan nama Allah, maka ini akan merosakkan ummat yang memang dah sedia daif.., maka kerajaan dan ulamak dan pihak KDN sendiri kena bertegas dalam bab ini.., dan kita orang islam tak payah perasan pandai.., takutlah kita kepada Allah dan islahlah diri masing masing...,
Akhir kata, aku tak setuju, dan Aku memang peliklah dengan orang islam yang setuju, sebab.., cuba korang fikir balik, dah beratus tahun orang kristian guna nama ‘god’ dalam urusan ugama mereka, alih alih kat Malaysia, mereka ‘menjatuhkan maruah’ mereka nak guna nama tuhan orang islam dalam urusan mereka, tak malu ke?
Atau mereka dah buat kajian betapa dengan keputusan ini akan menguntungkan mereka, jika tak untung dah tentu tak mintak..., dan kita orang islam selama ni tak bagi lagi mana mana ugama guna nama Allah, tapi bila kristian Malaysia mintak, kita selamba bagi? Nak pancing undi ke?
Aku ingat lagi dalam kitab apabila Nabi solat berkiblatkan baitulMuqadis, lalu paderi dan ahli kitab hina Nabi, dengan ungkapan. “Alang alang dah sembah Baitulmuqaddis, masuklah terus ugama kami”
Lalu turun wahyu yang memerintahkan kiblat orang islam di tukarkan kepada Baitullah di Mekkah.., habis cerita..
Jadi, kamu wahai orang kristian, nak mintak guna nama Allah? Alang alang guna nama Allah, masuklah terus ugama kami, senang.., kan?
Habis.
Ps: Hukum membakar gereja adalah salah dari segi ugama islam, dan jika ada orang islam yang membakar gereja kerana isu ini, adalah bodoh dan hampeh!
No comments:
Post a Comment