nufnang

Thursday, June 11, 2009

Tidur

Tidur itu merupakan satu nikmat daripada Allah sepertimana firmanNya didalam Al-quran yang bermaksud"Dan kerana rahmatNya,Dia jadikan kamu malam dan siang,supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaNya(pada siang hari)dan agar kamu bersyukur kepadaNya".(surah al-qashash:73).Setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah mempunyai hikmah yang tersendiri,begitu juga dengan tidur.Tidur mampu mengembalikan tenaga ke dalam tubuh setelah seharian tenaga itu dikerah untuk melakukan pelbagai kerja.

Setiap manusia harus mengelakkan tidur yang berlebihan kerana tidur yang berlebihan itu tidak baik untuk kesihatan malah ia boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah.Tidur yang sedikit mampu memerangi penyakit ego seperti mana yang dikatakan oleh Yahya ibn Muadz al-Razi, “Perangilah egomu dengan empat bilah pedang: sedikit makan, sedikit tidur, sedikit bicara, dan sabar ketika seseorang menjahatimu. .. Dengan begitu, egomu akan menapaki jalan ketaatan, seperti seorang penunggang kuda yang melaju di medan perang.” Bak kata guru saya semasa di MP dahulu"tidur itu latihan mati".Bukanlah ia melarang untuk tidur tetapi kalau tidur itu melampau batas yang sepatutnya memang nampak seolah-olah ia bagaikan satu latihan untuk merasai bagaimana mati.

Imam Ibn Qaiyim pernah berkata:
"Sesiapa yang meneliti cara tidur dan jaga Rasulullah saw, akan mendapati bahawa tidur baginda adalah yang paling seimbang dan paling bermanfaat untuk badan, anggota dan kekuatan. Baginda tidak pernah tidur lebih dari kadar yang dihajati dan tidak pernah mencegah dirinya daripada kadar keperluannya."

Cara tidur Rasulullah:-

1)Diriwayatkan daripada ibn Qaiyim :Adalah Nabi tidur dengan berbaring ke kanan dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan.
Imam Ibnul Jauzy berkata: “Keadaan tidur seperti ini sebagaimana ditegaskan oleh pakar kedokteran merupakan keadaan yang paling baik bagi tubuh”

2)sebuah hadith sabda Nabi,diriwayatkan daripada Baro bin Azib:Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur maka berwuduklah kalian seperti mana wuduk kalian untuk solat.

Cara tidur yang dilarang:-

1)sesungguhnya Nabi melarang tidur terlungkup sepertimana didalam sabdanya,Dari Tikhfah Al-Ghifari dia berkata: Suatu ketika tatkala aku tidur didalam masjid, tiba-tiba ada seorang yang menghampiriku, sedangkan aku dalam keadaan tidur terlungkup, lalu dia membangunkanku dengan kakinya seraya berkata: “Bangunlah! Ini adalah bentuk tidur yang dibenci Allah, maka aku pun mengangkat kepalaku ternyata beliau adalah Nabi.
Berkata Syaroful Haq ‘Azhim Abadi: “Berdasarkan hadith ini, bahwa tidur telungkup diatas perut adalah dilarang, dan itu adalah bentuk tidurnya syaitan”.

Hukum tidur selepas subuh:-

Sebahagian ulama melarang tidur selepas subuh dan asar malah ada sebahagian ulama yang meletakkan hukum makruh tidur selepas waktu subuh.Sepertimana yang diriwayatkan bahawa Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh kerana Allah s.w.t memberkati umat yang berpagi-pagi iaitu waktu untuk mencari rezeki.Dalam satu hadith diriwayatkan bahawa Rasul telah berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagian.

Sabda Nabi:باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح


Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '


Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum tidur selepas asar:-


Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.



Mengatur waktu tidur:-

Sesungguhnya bagi kita selaku pelajar seharusnya mengatur waktu tidur supaya waktu tidur malam kita itu bukan diisi dengan tidur semata tetapi juga diisi dengan amalan-amalan sunat.Rasulullah s.a.w juga biasanya mengatur waktu tidurnya:
"Sehampir-hampir Allah kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah."
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri kepada Allah, menutup segala dosa, menghilangkan penyakit kepada tubuh badan dan menjauhi kekejian."
(Hadith Riwayat Tarmizi)

Allah berfirman didalam surah adz-dzaariyaat ayat 15 hingga 18 yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman(syurga)dan di mata air-mata air.Sambil mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka kepada mereka.Sesungguhnya mereka sebelum itu adalah orang yang berbuat baik.Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam,dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.


(info tambahan)Penyakit berkaitan dengan tidur:-


(1)Penyakit tidur atau African trypanosomiasis adalah penyakit yang disebabkan oleh protozoa genus Trypanosoma dan ditularkan oleh lalat tsetse. Penyakit ini mewabak di berbagai negara Afrika, dan saat ini diperkirakan antara 50.000 sampai 70.000 menderita penyakit ini.

Gejala awal adalah demam, sakit kepala, dan sakit di sendi, pembengkakan kelenjar limfa, anemia, dan penyakit ginjal. Penderita kemudian mengalami perubahan siklus tidur di mana mereka merasa ngantuk di siang hari dan tidak dapat tidur di malam hari. Bila tidak dirawat, penyakit ini dapat menyebabkan kerusakan sistem syaraf, koma, dan kematian. Selain gigitan lalat tsetse, penyakit ini dapat ditularkan dari ibu ke anak atau lewat transfusi darah.

(2)Apnea merupakan dari perkataan Yunani yang membawa maksud "tanpa nafas".Tanda awalnya ialah berdengkur dengan kuat ketika tidur.Sebab Apnea tidur adalah otot yang kendur ketika tidur termasuk otot yang yang bertanggung jawab untuk membuka salur pernafasan. . otot kerongkong kendur melampau menyebabkan masalah pernafasan dan menyebabkan tidur sebagai aktiviti berisiko.

Apnea tidur menyumbang kepada perasaan mengantuk yang amat sangat pada siang hari, dan mampu menyebabkan tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan strok.Rawatan yang betul boleh menghalang dan memperbaik (reverse) kesan Apnea tidur yang berpotensi untuk mengancam nyawa.

Kesimpulannya kita sebagai pelajar haruslah mempunyai waktu yang tetap untuk tidur.Janganlah tidur berlebihan kerana ia mampu mengundang penyakit disamping melemahkan badan.Dan elakkan tidur pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya kita tidur.wallahualam.

**info dari email..

1 comment: