Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban
bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas
Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah
peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam
mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk
ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad S.A.W. menggalakkan umatnya
untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak
mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban
merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam
itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam
Al-Baihaqi r.a:
"Rasulullah
S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan
sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku
melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian
aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya"
"Ya Allah aku
pohonkan kemaafan-Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan
keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu. Aku tidak
dapat menghitung pujian terhadap-Mu seperti kamu memuji diri-Mu sendiri"
Baginda
Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan
nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka
hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada
siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam
tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia.
Allah swt berfirman;
"Adakah dari kalangan hamba-hamba-Ku yang memohon keampunan, maka akan Ku
ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku
turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala,
maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan
adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar"
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata
kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya
Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan
memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka
yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg
dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan
kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik
sahaja masuk maghrib).
Peristiwa penting di bulan Syaaban
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting
yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa
penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu
Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
No comments:
Post a Comment