
175b7c7e-4baf-442f-ab54-62a2b323db42
1.03.01
Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
Hari ini tanggal 04/10/2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran bagi seorang insan yang amat-amat penting dalam hidup ku. Tanpa dia tiadalah aku di dunia ini. Seorang insan yang sangat kuat yang telah berjaya menjaga dan menguruskan 8 orang anak serta seorang suami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Kami sebagai anaknya sudah pasti tidak akan dapat membalas jasanya dan semua pengorbananya terhadap kami.