Lupa Baca Niat Puasa
Sumber : http://www.soaljawabpuasa.co.cc
Soalan
Apakah sah seorang yang terlupa membaca niat puasa di malam hari?
Jawapan
-Syarak mewajibkan niat dalam setiap ibadah termasuk puasa. Maka tidak sah puasa tanpa niat.
-Maksud niat puasa, tidak semestinya berlafaz dengan perkataan, apatah lagi dilakukan beramai-ramai selepas tarawih (spt yg anda sebut). Amalan seperti ini tidak bersumberkan sunnah dan tidak diamalkan oleh salaf. Cukup sekadar niat di hati bahawa esok nak puasa.
-Menurut jumhur ulama, diwajibkan berniat itu pada waktu malam (sebelum fajar). Kerana hadis
"Sesiapa tidak berniat puasa pada malam hari, maka tiada puasa baginya".
HR: Abu Daud (no: 2456), Tirmizi (no: 730), Nasai (no: 2332).
-Kalau langsung tidak terdetik dalam hati pada waktu malam untuk puasa pada esoknya, maka tidak sah puasa di sisi jumhur. contohnya: seorang yg tertidur atau pengsan sebelum maghrib dan sedar selepas
subuh keesokannya, maka tidak sah puasanya pada hari itu.
-Maksud tidak sah puasa ialah: diwajibkan ganti selepas Ramadhan. Bukannya dia dibolehkan makan minum pada hari terbatal itu.Kerana dia tetap wajib menjaga kehormatan Ramadhan.
Rujukan:
-Al-Mudawwanah al-Kubra 1/276
-Majmuk Nawawi 6/288
-Al-Kafi Ibn Qudamah 1/439
-Al-Tahqiq Fi Ahadith al-Khilaf 2/66-67
*Risalah ini dari Islah PKK.
No comments:
Post a Comment