Bagaimanakan ku mula
Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
Saturday, June 9, 2012
Suatu Masa
Bagaimanakan ku mula
Monday, March 26, 2012
A Shoulder To Cry On

Wednesday, March 21, 2012
Happy Birthday Humairah
Wednesday, February 29, 2012
???
Thursday, October 13, 2011
Nikon Ku

Setelah sekian lama tidak meng"update" blog DAMAK21, Keadaan masa yang tidak mengizinkan dengan komitmen yang ada. Heheh sebenarnya ada rasa malas jugalah. Tak tahu nak share apa.
Straight to the point, hari ni aku nak share gambar kamre ku yang baru di beli semalam 12/10/2011. Akhirnya tercapai juga impian untuk memiliki kamre sendiri. Almaklumlah nak pinjam-pinjam orang lain punya harta ni, agak segak juga. oklah ni kamre ku :p
Tidak pandai lagi untuk mengunakan kamre ni, stay dalam belajar-belajar lagi. Tapi alhamdulillah, aku sayang dengan apa yang aku ada. Nikmat Allah beri pinjam.

Sekian terima kasih ..
Monday, August 22, 2011
Dalam mahrab cinta
Aku percaya dengan jodoh yang Allah tetapkan untuk ku. Cepat atau lambat sahaja. Dan aku berharap dia pun juga seperti ini. Mungkin juga kita akan bertemu dahulu dengan orang yang salah, sebelum bertemu dengan dia yang di ciptakan Allah untuk diri kita. Namun Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Hanya pada-Mu ku berserah. Sesungguhnya Kau lagi Maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.
Ya Allah, hamba bermohon kepada-Mu Kau kuatkanlah hati ini , kau lindungilah diri ini. Ku bermohon Kau temukan aku dan dia dalam keadaan yang kami sama-sama sudah bersedia untuk mendirikan Nurjannah kami. Amin.
Tuesday, July 26, 2011
Doa kan Cinta antara kami
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhaMu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Amin
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.
Ya Allah,
Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Mudammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.
Ya Allah,
Tanggal 14hb Jun 2010, dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu. Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridha dan maghfirah-Mu. Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami. Karena itulah, kami datang memohon Rahman dan Rahim-Mu.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam kesesatan. Sinarilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu.
Terangilah jalan kami dengan sinar taufik-Mu. Kalau Engkau berkenan menganugerahkan nikmat-Mu atas kami, bantulah kami untuk banyak berzikir dan bersyukur atas nikmat-Mu itu. Hindari kami dari orang-orang yang terlena dalam kemewahan dunia. Lembutkan hati kami untuk merasakan curahan rahmat-Mu.
Ya Allah,
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Ya Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah,
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah,
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
*Doakan kebahagiaan kami, andai dia itu di ciptakan untuk ku , maka ku harap dialah yg terbaik untuk ku..doa kan agar kami boleh membina Jannatullah yg di impi2kan bagi setiap pasangan..kuatkan hati ku dan hatinya ya Allah...amin...
Thursday, April 14, 2011
Adobe Photoshop CS3

Adobe Photoshop ni ada macam-macam jenis. Aku maksudkan version dia ada pelbagai. Tapi pada pengetahuan aku, semua adobe photshop ini asasnya adalah untuk mengedit gambar menjadi seperti mana yang kita kehendaki. Macam aku ni, aku guna Photoshop CS 3, so far so good bagi yang mula nak belajar macam aku ni. ikut keselesaan masing-masing.
Dua tiga hari ini , aku sangat-sangat teruja untuk mengedit-edit gambar, tengok daripada hasil yang orang lain buat, jadi hati membuak2 juga untuk buat benda yang sama. Aku bukanlah terror hal-hal IT ni. Apatah lagi hal-hal menhedit-edit gambar ni. Tapi orang tak kenal maka tak cinta.

Aku dah try buatlah edit mengedit ni. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi aku yang tidak tahu pasal benda-benda ni. Kena search dulu dalam internet (Mr. Google), cari Tutorial Photoshop barulah dapat buat edit sikit-sikit. Itu pun tak halus. Tak ada tok guru ni memang susah. So kena usaha sendirilah. Next time akan di postkan pula hasil photo yang sudah di edit...Hahahaha...

Ni contoh gambar yang aku edit guna Photoshop CS3 ni. Background gambar aku search di Mr. Google, aku cuma edit bagi gambar ni jadi terang dan letak signature watermark.
Friday, April 1, 2011
Thursday, March 3, 2011
Umat Islam Harus Cemerlang
Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata ,
umat islam sentiasa boleh,
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
bersama berusaha, bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
wawasan dunia akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh.
wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah
akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
pegangan mereka harus diikut
ulama warisan ambiya’
ajaran sesat wajid dihindari
pegangan mereka harus diikut
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata
Thursday, January 6, 2011
2010


Wednesday, January 5, 2011
Selamat Tinggal 2010
Hari ini sudah tanggal 05/01/2011 maknanya sudah 5 hari kita berada di tahun baru tahun 2011. Bagi aku, terasa cepatnya masa berlalu.
Mengimbau kembali tahun 2010. Tahun yang banyak mengajar aku erti kehidupan di tempat orang (kira aku ni anak perantaulah). Tahun pertama bagi ku memulakan kerjaya ku sebagai "orang belakang tabir" ni. Tahun selepas waktu belajarku. Kiranya tahun 2010 tahun memegang duit sendiri. Manage harta sendiri hahah (walaupun aku ni tiada harta).
2010 tahun di mana aku memulakan kerjaya ku di "Allergy & Immunology Lab". Tempat yang banyak mengajarku erti berusaha tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Experience bekerja di private lab dan bekerjasama dengan orang india and cina. Kira macam PM kita kata "1 Malaysia" gitu.
Kira penat dan letih sangatlah aku berkerja di company ni. Semua kerja kira aku buat. Nasib baik ja tidak menjadi "staf nurse" dan "doktor" sekali. Akulah petugas belakang tabir, akulah receptionis, akulah cleaner dan akulah MA. Kira semualah benda kena buat. Itu tidak termasuk lagi aku jadi tukang kira-kira akaun, tukang bank dan juga posmen. Kadang-kadang boleh jadi despatch gurl akulah juga. Perghhhh kerja tempat ni memang kita boleh jadi serba boleh..
Tapi aku bersyukur sangat bekerja di sini (company lama). Banyak perkara aku belajar sini. Pengalaman yang boleh di guna pakai bila berada di tempat lain. Betullah apa yang Pemangku Bos ku kata "it's good experience for u as a young girl" lebih kurang macam itulah dia cakap. Tapi kira ada jugalah kerahan tenaga kerja hahaha..
Dalam masa yang sama banyak kelebihan aku dapat kerja di sini, contohnya aku tidak ada senior yang menekan dan lagi best masuk kerja sini aku dapat semua stationary serba baru termasuklah "komputer" dan "printer".Package lengkap. Makcik2 yang agak boleh jadi pemberita terbaek punya pun ada di sini hahah.
Kemudahan internet yang bebas di gunakan di sini aku gunalah kononnya sebaik mungkin hahah aku mengapply la kerja di tempat2 lain. Maksud aku yang boleh lagi menjamin masa depan.Alhamdulillah, rezeki tidak ke mana. Akhirnya apa yang aku apply tu dapat juga. Dan akhirnya aku berada di tempat kerja baru. Janji Allah itu memang pasti. DIA telah menetapkan rezeki seseorang itu. Cuma datangnya cepat atau lambat sahaja. Jadi bagi kekawan yang belum dan masih tidak berpuas hati apa yang anda ada, janganlah risau kerana tiap kita ada rezeki yang tersendiri. Heheh
Oklah cukup dululah. Nanti baru sambung kembali. Cramp otak fikir ayat. Nanti kita cerita lagi hal 2010 dan welcome 2011.
Ni nak tunjuk hamper 1st time aku dapat personel hand from my best roomate. Thanks rumate..Lebiu ko buat aku terharu sangat2..p/s: Tengah belajar ni untuk menggunakan perkataan penuh. "Bahasa Jiwa Bangsa"
Saturday, December 18, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah 1432Hijrah
Perjuangan untuk agama Islam agama Ad-Din. Allahuakbar!!!
Friday, December 3, 2010
Pengalaman Baru Ku

Ni adalah gambar sewaktu mencuci cadaver (mayat). Buat pertama kalinya dalam hidup ku. Satu-satunya pengalaman yang tidak dapat ku lupakan. Hehehe uniform ni rasa lucu nak memakainya. Tapi bila dah pakai satu sut rasa macam "robot cop" plak heheh..
Sungguh berbeza sekali skop kerja ku kini berbanding dengan yang dahulunya. Yang dahulunya aku hanya menghadap mesin, darah dan komputer. Tapi kali ni aku berdepan suatu yang amat nampak dalam kehidupan. Membuka mata dan membuat ku ntuk lebih berfikir secara terbuka. Tetapi tiap sesuatu itu ada keistemewaanya tersendiri.
Tuesday, November 30, 2010
Mencintai dalam diam
Kawan..Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... Dengan begitu kau telah memuliakan dia, karena kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mau merusak kesucian serta penjagaan hatinya..
Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Dengan diammu….
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya .. Karena mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ... Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ....
Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan ... Kekuatan sebuah harapan ... Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata... Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?????
Kawan…
Jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata…. Biarkan ia tetap dalam diam ... Jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengarungi hidup bersama... Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati...
Karena yakinlah…. Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Karena tulang rusuk takkan tertukar apalagi nyasar…








