nufnang

Monday, October 4, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Mamy

Hari ini tanggal 04/10/2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran bagi seorang insan yang amat-amat penting dalam hidup ku. Tanpa dia tiadalah aku di dunia ini. Seorang insan yang sangat kuat yang telah berjaya menjaga dan menguruskan 8 orang anak serta seorang suami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Kami sebagai anaknya sudah pasti tidak akan dapat membalas jasanya dan semua pengorbananya terhadap kami.
Seorang insan yang tidak mengenal erti putus asa dalam menjaga kami semua adik beradik. Insan ini adalah ibu ku yang ku panggil mamy. Selamat hari ulang tahun kelahiran mamy. Hari ini genaplah sudah umur mamy 41 tahun. Kami doakan mamy sentiasa sihat, dipanjang umur di murahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat kelak. InsyaALLAH. Terima kasih mamy, hanya ALLAH yang dapat membalas jasa mamy.

Tuesday, September 28, 2010

Happy birthday !!!

Happy birthday to my best fren Silawati Ulod and Idawati Harun. Semoga kalian berdua sentiasa sihat, di panjangkan umur untuk mempertambahkan lagi amalan pada-Nya, di murahkan rezeki, di permudahkan segala urusan hidup untuk bekalan kehidupan di sana kelak serta moga de pertemukan dengan calon yang baik-baik serta soleh. Heheh tua sudah lah kita tahun ni, tapi apa pun stay macho lg..heheh nanti kita celebrate lah time aku balik..take care frenzz..Happy best day :-)

Monday, September 27, 2010

Kenapa Perlu bantuan Jin


Allah Taala telah memberi isyarat di dalam al-Quran bahawa manusia lebih mulia dari jin. Isyarat tersebut ialah:
Pertama: Perintah Allah kepada Malaikat dan Jin untuk sujud kepada Adam sebagai sujud hormat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 35:
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir. (2:35)
Semua malaikat sujud hormat kepada nabi Adam melainkan Iblis. Dalam ayat yang lain menyebut bahawa Iblis ini adalah dari kalangan Jin.
Kedua: Manusia telah berjaya menyahut permintaan Nabi Sulaiman membawa takhta Ratu Balkis kepadanya lebih cepat dari apa yang dapat dilakukan oleh Jin. Peristiwa ini termaktub dalam surah al-Naml dari ayat 38 hingga 40.
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" (27:38)
berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". (27:39)
berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!" setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (27:40)
Apabila Nabi Sulaiman meminta mana-mana pegawainya dari kalangan jin dan manusia untuk membawa takhta Ratu Balkis sebelum dia sampai ke istana Nabi Sulaiman. Jin menawarkan khidmatnya yang mampu membawa takhta tersebut dengan amat cepat sebelum nabi Sulaiman bangkit dari kerusinya.
Tetapi seorang hamba Allah yang memahami selok belok ilmu Allah dan ilmu kejadian alam semesta menawarkan khidmat dapat membawa takhta Ratu Balkis dengan sekelip mata lebih cepat dari kekuatan Jin. Tetapi hamba Allah ini bersifat rendah diri dengan mengatakan itu adalah keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah untuk mengujinya samaada bersyukur atau tidak. Ini berbeza dengan Jin yang menawarkan khidmatnya dengan menzahirkan dirinya sebagai kuat dan hebat.
Ketiga. Peristiwa kewafatan Nabi Sulaiman yang menunjukkan Jin tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman yang dilihat sentiasa berdiri memerhatikan mereka bekerja itu sebenarnya sudah wafat. Mereka hanya mengetahui kewafatan Nabi Sulaiman apabila ia rebah kebumi kerana tongkatnya telah hancur dimakan anai-anai. Kisah ini di abadikan oleh Allah dalam surah Saba; ayat 14:
setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada Yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) Yang telah memakan tongkatnya. maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, Bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara Yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di Dalam azab (kerja berat) Yang menghina. (34:14)
setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada Yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) Yang telah memakan tongkatnya. maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, Bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara Yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di Dalam azab (kerja berat) Yang menghina. (34:14)
Inilah yang menjadi punca dendam kesumat dalam hati Iblis terhadap penghormatan yang telah diberi kepada Nabi Adam oleh Allah dan para malaikat. Mereka masih bangga dengan asal usul mereka yang dijadikan dari api. Tetapi saban hari hikmah Allah memuliakan Adam semakin terserlah berbanding dengan Jin. Inilah yang menyebabkan Jin telah melipat gandakan usaha licik mereka untuk menyesatkan umat manusia dengan apa saja cara sekali pun. Misi mereka adalah untuk menjatuhkan kedudukan manusia dengan mengikut jejak langkahnya seterusnya akan bersama mereka dalam neraka Allah di akhirat nanti.
Tetapi sayang, masih ramai manusia tidak mengetahui hakikat sebenar hubungan Jin dan manusia. Masih ramai manusia yang tunduk dengan kehendak Jin. Ramai yang mengikut bisikan Jin dan syaitan yang meniupkan perasaan hasad dengki sesama sendiri dan sanggup menerima segala khidmat nasihatnya. Malah ada juga yang tertipu dengan helah Jin yang bersalutkan agama. Ada yang sanggup berzikir ribuan kali, berhari-hari dengan mengabaikan makan minum dan rehat semata-mata ingin berdamping dengan Jin. Ada yang meminta bantuan jin mencari barang-barang yang hilang, rawatan perubatan dan berbagai-bagai lagi khidmat lain.
Ingatlah pesan Jin sendiri yang telah memeluk Islam di zaman Rasulullah tentang keburukan meminta bantuan Jin. Nasihat ini di abadian oleh Allah dalam surah al-Jin ayat 6:
`Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (72:6)


Allah telah mengangkat martabat manusia melebihi Jin tetapi kenapa kita manusia telah menjatuhkan martabat yang tinggi ini dengan meminta bantuan Jin dalam kehidupan seharian?

Thursday, September 23, 2010

Lukisan anak ku

hehe inilah lukisan anak ku Humairah sayang. Balik sekolah dia tunjuk kata "ibu cantikkan lukisan humairah, humairah buat cantik-cantik dan bagus-bagus, pandaikan humairah"..dia memang pandai dengan usia sekecil ini boleh imiginasi and buat lukisan macam ini. Moga dia berjaya dunia akhirat.

Horey Berjaya

Selamat Hari Raya semua..Hehe lama tidak buat entry baru..Busy beraya dan bekerja :P

Hari ini duk burn cd adobe photoshop CS3. Hehe saja nak burn cd org ni, nak belajarlah kununnya menggunakan photoshop ni walau pun tak tahu and tak pandai guna photoshop ni. Tapi orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hehehe aku ni memanglah buta komputerlah teramat sangat. Jadi ni nak belajarlah sedikit demi sedikit.Kot-kotlah berguna di masa hadapan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit :-P
Inilah hasil tangan ku
(heheh walaupun tidak sehebat budak-budak IT buat, tapi aku sudah cukup gembiralah berjaya buat benda ni :-P)

Aku happylah yang teramat sangat koz akhirnya dapat juga aku buat cover untuk cd yg aku burn td. Dulu ade sekali masatu form 5, nak buatlah ni cover cd tp sikit habuk pun tidak menjadi. Hehehe, hari ini alhamdulillah berjaya juga buat. Duk tekan-tekan sini sana jadi jugalah akhirnya. Moral yang aku dapat heheh walaupun kita tak tahu buat tapi kita kena usaha juga, macam aku kata nak seribu daya dan tak nak seribu dalih. Begitu jugalah kita ni kena rajin membaca :-P koz akan ada explaintion bagi tiap-tiap sesuatu. ok Selamat maju jaya :P