nufnang

Saturday, April 18, 2009

Mengapa Muslim Biarkan Hati Mati

Tazkirah Jumaat: Mengapa Muslim biarkan hati mati
Ustaz Zainudin Hashim Fri Apr 17, 09 10:07:12 am MYT






Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah terletaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*Zuhud dengan dunia
*Zikrullah
*Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Thursday, April 16, 2009

nothing specil

Assalammualaikum wrwbt..hek3 lama da tak masuk chek up blog ni..tak de masa nak edit..busy kit..lagi pun duk dalam gua ni payah nak online..bak kata member duk kat hujung dunia :p..tak ada apa benda nak share lagi ni..just nak share gambar2 jer la dulu..nanti d ada masa baru kemas kini..k thanks yang sudi gak masuk sini tempat yang da berhabuk :p...k papaiiii...never end...just go it far..


ni kat Hospital Taiping..tuk hematologi lab..

with Pn.Toh


pakcik zaini yg kebabommmm hak3


Ngan dak Uitm n Imu

Kawanku


Anab ku Sayang

Monday, November 24, 2008

Anak ialah anugerah ALLAH

Anakku Anugerah ALLAH yg tak terhingga

FIRMAN Allah, Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. (An-Nahl: 58)

Huraian

Al-Quran telah menunjukkan gambaran tentang sikap buruk orang arab Jahiliah yang apabila dikurniakan anak perempuan mereka merasa terlalu dukacita sehingga ternampak kemurungan di wajah masing-masing.

Memendam perasaan marah dan dukacita seolah-olah anak perempuan itu membawa kecelakaan kepada keluarga mereka. Sedangkan anak perempuan juga adalah kurniaan Allah s.w.t seperti anak lelaki.

Mengapa mereka berdukacita, sedangkan mereka sendiri tidak berkuasa untuk menentukan jantina anak di dalam rahim ibu, apatah lagi untuk meniupkan roh ke dalam janin.

Dengan hanya mengenangkan hayat seorang insan yang berkembang subur dengan keizinan Allah dari setitis nutfah kepada seorang manusia sempurna sudah cukup untuk kita menyambut bayi yang lahir itu dengan penuh kegembiraan, walau apa pun jantinanya.

Oleh itu, mengapa orang yang disampaikan berita kelahiran anak perempuan itu menjadi dukacita dan menyembunyikan dirinya dari orang ramai setelah menerima berita yang buruk itu, sedangkan dia tidak pernah mencipta dan membentuk rupa bayi itu, malah dia hanya merupakan alat kudrat Ilahi dalam proses kelahiran mukjizat yang gemilang itu.

Hikmat Allah dan peraturan hidup telah menentukan bahawa anak itu adalah terjadi dari pasangan lelaki dan perempuan. Oleh itu, perempuan merupakan unsur utama di dalam peraturan hidup sama seperti lelaki juga, malah peranan perempuan lebih besar lagi kerana merupakan wadah perkembangan dan pertumbuhan bayi.

Kesimpulan

Sebagai hamba yang lemah, kita hendaklah menerima anugerah Allah sama ada anak lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.

Anak lelaki atau perempuan masing-masing mempunyai peranan kerana tanpa kedua-duanya tidak akan wujud generasi manusia yang akan memakmurkan bumi ini. Bahkan peranan wanita itu sangat besar dalam menempatkan atau mengandung bayi sebelum ia menjadi seorang manusia sama ada ia lelaki atau perempuan.

Oleh sebab itu, sikap dukacita atau bimbang menerima kelahiran anak perempuan adalah cetusan sikap yang tidak bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Wednesday, November 19, 2008

Sesudah Asar (Tanda2 Kematian)

Peringatan bersama..

Semua tanda-tanda ini hanya Allah sahaja yang tahu.Entah dalam masa setahun, sebulan, seminggu, sehari, satu jam atau.... kita didunia ini semuanya calon-calon jenazah yang bakal dimandikan, dikafankan, disolatkan dan ditanamkan. Lembutkanlah hatimu dengan mengingati mati, sebelum dirimu diselimuti dgn kain kafan, sebelum dirimu dikelilingi oleh himpitan tanah, sebelum dua malaikat mungkar dan nangkir mendatangi mu.laksanakan tugas sebagai seorang abdi dan khalifah Allah.

SESUDAH ASAR
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Tuesday, November 18, 2008

Mimpi

Assalamualaikum...

Pernahkah anda melihat seseorang itu tidur dengan lena, tetapi tiba-tiba mereka bercakap di dalam tidur atau berkata-kata sesuatu yang tidak difahami, malah ada yang menjerit minta tolong?
Jangan cerita kat orang... Rahsiaaa... hehe.. nenek saya pernah satu malam tengah tidur tiba-tiba menjerit mintak tolong. Lepas tu jatul katil... Kekeke.. dia mimpi panjat pokok mangga dan jatuh pokok (kat depan rumah saya ada pokok mangga)... siap lebam kat kepala macam telur ayam sebab jatuh katil.. kua kua.. berminggu gak nak hilang lebam tuh...

Sejak zaman berzaman tidur menjadi subjek yang menarik untuk dibincangkan. Ada yang berpendapat bahawa mimpi merupakan mainan tidur, ada yang menganggap mimpi adalah mainan syaitan dan ada mimpi yang dianggap sebagai satu perkara yang akan berlaku.

Di dalam pandangan sains, tidur boleh merehatkan badan, tetapi otak manusia tetap menghasilkan gelombang-gelombang secara aktif sebagaimana manusia terjaga. Tidur sangat penting kerana pada waktu ini badan menerima arahan daripada otak untuk proses tumbesaran, pemulihan dan pembelajaran.
Tidur mempunyai peringkat-peringkatnya. Ada pakar yang berpendapat tentang 4 peringkat tidur dan ada yang berpendapat terdapat 5 peringkat. Apa pun tidur yang berperingkat-peringkat ini berkitar seperti satu roda dan setiap kitaran mengambil masa selama 60 minit hingga 90 minit.


Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih boleh mengejutkan anda dari tidur.

Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda.

Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan. Pernafasan anda perlahan dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak.

Stage 5 REM (rapid eye movement) - Peringkat inilah dipanggil MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang otak. Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolah-olah lumpuh. REM mengambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu. Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan stage REM.


Kenapa manusia bermimpi?? Saintis tidak dapat memberi kepastian. Ada berpendapat ia merupakan proses fisiologi badan manusia seperti bernafas dan bergerak. Ada berpendapat bahawa ia adalah proses manifestasi minda di bawah sedar. Ada juga yang berpendapat bahawa inilah masanya otak menyusun memori, membuang mana yang tidak perlu dan merekod mana yang perlu.

Di dalam Islam, mimpi memainkan peranan penting dan sejarahnya pernah dicatit di dalam Al-Quran di dalam Kisah Nabi Yusuf.

"Dan raja berkata, 'Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi.'" (12:43)

Berkata (Yusuf), 'Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.'" (12:47-49)


Apapun, tidur yang mencukupi sangat penting untuk badan manusia terutama kanak-kanak kerana tidur yang cukup membantu proses pembesaran dan pembelajaran anak-anak.

Walaupun begitu terdapat penyakit seperti "Narcolepsy" satu keadaan di mana seseorang itu selalu mengantuk, sering tidur dan merasakan badan penat dan satu keadaan dipanggil "Insomnia" iaitu penyakit susah nak tidur adalah di antara masalah tidur yang boleh dialami oleh seseorang.

Wallahu A'lam..