Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
Saturday, March 23, 2013
Tuesday, March 19, 2013
Bahay tidur selepas subuh
Sumber : Myberita
Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudaraku, ingatlah bahawa
orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini
dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa
banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang
waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan
lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula
yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan".
Waktu tidur yang paling bermanfaat
yaitu :
- · Tidur ketika perlu tidur.
- · Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam.
- · Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang
terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit.
Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang
berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut
orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk,
mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka
melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan
datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah
Syamilah)
BAHAYA TIDUR PAGI
ü
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As
Sunnah.
ü
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para
salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang
dibenci.
ü
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan
amalannya.
ü
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa
harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat
dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi
seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” (Miftah
Daris Sa’adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap
amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan
dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
ü
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal
yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit
solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)
ü
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di
antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
Subscribe to:
Posts (Atom)