Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
Friday, November 30, 2012
Keutamaan Ikhlas
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA DIRAHMATINYA.
KEUTAMAAN IHKLAS
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan Mereka tiadalah diperintahkan melainkan beribadat kepada Allah Taala dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadaNya"
(Al-Baiyyinah :5)
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Ikhlaskan amal itu, cukuplah walau sedikit"
"Ihsan itu ialah kamu beribadat kepada Allah seperti kamu melihat Allah dan sekiranya tidak mampu maka sesungguhnya Allah melihat kamu"
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : Kitab Riyadh al-Solihin)
Wednesday, November 28, 2012
Janji Allah pada hamba-Nya
Assalammualaikum.
Firman Allah
SWT yg berbunyi:
” Perempuan
yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk
perempuan jahat,perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki
yang baik adalah untuk perempuan yang baik"
(
Surah An-Nur : ayat 26)
Itulah janji
Allah pada manusia.Jadi sebelum kita menyalahkan orang lain tidak layak buat
kita adalah lebih BAIK kalau kita mencerminkan diri kita dulu sebelum
mencerminkan orang lain. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi saksama.
Apapun kita
haruslah terus-menerus mencari kebaikan. Jangan berputus asa, sekali pun kita
merasa masih ada keburukan dalam diri kita.
Saya yakin Allah Maha Penyayang dan
akan menerima taubat kita.
Sesungguhnya
manusia itu tidak sempurna. Berusahalah ke arah kebaikan. Peringatan ini
jugalah yang selalu ku pegang. Agar tidak berputus asa untuk mencari kebaikan.
Sesungguhnya
Percintaan dalam Islam
Assalammualaikum.
Pemilihan Jodoh menurut Islam
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Wanita itu
dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, keturunanannya
dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana nanti engkau akan
beruntung."
riwayat bukhari dan Muslim
Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa biasanya orang mengahwini wanita
kerana empat perkara:
- Harta .
- Kecantikkan .
- Keturunan .
- Agama
Dari keempat-empat perkara di atas, Nabi s.a.w menegaskan agar memilih kerana
agamanya. Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana hartanya, ia
akan ditinggalkan setelah mati. Jika kerana cantiknya, ia akan pudar
setelah tua. Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin kemuliaan di sisi
Allah. Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh keuntungan melebihi
keuntungan harta, mendapat isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan
membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.
Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh. Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan sama sekali. Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian barulah yang lain-lain.
Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh. Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan sama sekali. Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian barulah yang lain-lain.
Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Hendaklah kamu memperoleh hati yang berzikir, lidah yang
berzikir dan seorang isteri yang mukminah yang akan membantu melaksanakan
urusan akhirat."
-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu Hajar
Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:
-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu Hajar
Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:
"Dunia
adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah."
-Riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu Majah
Wallah hu ak'lamu bissowaf....
-Riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu Majah
Wallah hu ak'lamu bissowaf....
Subscribe to:
Posts (Atom)