Juadah berbuka puasa pada 4 Ramadhan 1433H
Roti Roll
Bahan-bahan :
1. Roti Sandwich
2. Telur
3. Tepung Gandum (Masukkan dalam telur sedikit)
4. Sosej (di rebus)
5. Kari (Masukkan dalam telur)
6. Garam (Masukkan dalam telur)
7. Minyak untuk memasak
Cara penyediaan :
1. Kukus roti dalam kukusan selama 1 hingga 2 minit ( Tujuan untuk memudahkan roti di gulung)
2. Letakkan sosej atas roti dan gulung.
3. Kemudian, celupkan roti dalam telur tadi.
4. Goreng hingga masak.
5. Siap untuk di hidangkan :-)
Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
Wednesday, July 25, 2012
Wednesday, July 4, 2012
Amalan di Bulan Syaaban
Pendahuluan
Kedatangan bulan Sya’ban amat dialu-alukan oleh umat Islam,
kerana Sya’ban merupakan bulan yang mulia, bulan beribadah dan bulan untuk
memperbaiki diri. Bulan Sya’ban itu terletak di tengah-tengah antara dua bulan
yang mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan bulan Nabi Muhammad s.a.w. diisra’
dan dimikrajkan Allah SWT, dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang mewajibkan
umat Islam berpuasa selama sebulan. Sya’ban juga satu daripada empat bulan yang
dinyatakan Allah SWT sebagai bulan yang dihormati seperti firmanNya dalam surah
at- Taubah ayat 36: Maksudnya:
” Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi
(hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah
semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus “.
Menurut ahli tafsir, empat bulan yang dimaksudkan dalam
kalimah ialah bulan Rajab, Sya’ban, Ramadhan dan Muharram. Imam at- Thabrani
meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., apabila tiba bulan Rajab, baginda
Rasulullah s.a.w. berdoa supaya diberkati bulan tersebut dan bulan Sya’ban
serta Ramadhan berikutnya doa baginda: Maksudnya:
”Ya Allah, berkatilah hidup
kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan (hayat) kami, kepada bulan
Ramadhan “.
Bid'ah
Terdapat segelintir pihak tertentu mempertikaikan amalan yang lazim dilakukan umat Islam di Malaysia pada bulan Sya’ban, contohnya seperti amalan puasa sunat Sya’ban, membaca surah Yasin 3 kali diselangi doa tertentu pada malam Nisfu Sya’ban, solat sunat malam Nisfu Sya’ban, kerana tiada nas dari al- Quran dan hadis menyuruh berbuat demikian.
Mereka berpendapat amalan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, ia adalah amalan yang diada-adakan atau direka-reka. Perbuatan mengada-adakan amalan yang tidak pernah dilakukan atau diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w adalah bid’ah . Tiap bid’ah adalah sesat dan masuk neraka.
Pendapat mereka berdasarkan hadis dalam sahih Muslim yang
diriwayatkan daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda dalam khutbah baginda:
“Tetaplah kamu dengan suruhan dan sunnah para khulafa’ ar- Rasyidin serta
berpegang teguhlah padanya. Berwaspadalah terhadap perkara yang baru
diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara
bid’ah itu adalah sesat. Setiap yang sesat akan masuk neraka”.
Sunnah
Sebahagian besar umat Islam di Malaysia yang menerima saranan dan pengajaran
dari guru-guru dan orang tua mereka, memperbanyakkan amalan dalam bulan
Sya’ban. Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
Maksudnya:
” Bulan Rajab adalah bulan Allah dan Allah telah melebihkan
darjatnya dari segala bulan seperti halnya kelebihanku atas segala makhluknya,
Sya’ban itu bulanKu dan Allah telah melebihkan atas segala bulan seperti
kelebihanKu atas segala nabi-nabi,dan Ramadhan pula adalah bulan umatKu dan
Allah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihanKu atas segala umat “.
Hadis ini menjelaskan tentang kelebihan tiga bulan termasuk
bulan Sya’ban. Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia memperbanyakkan amalan
pada bulan ini dengan membuat berbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT seperti puasa, solat, membaca al- Quran, berdoa, bersedekah,
bertahlil, berwirid dan sebagainya.
Mereka yang sudah sebati dengan amalan tersebut terus melakukannya kerana mereka melihat kepada pengisian ibadah pada bulan atau hari tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam. Semua amalan diyakini baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Antara contoh amalan yang dilakukan mereka yang dianggap
sunnah Rasulullah s.a.w.;
- Puasa sunat-Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. membanyakkan puasa di bulan Sya’ban.
- Membaca surah Yasin-Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya membaca al- Quran. Setiap huruf diberi dengan ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu daripada surah dalam al- Quran.
- Berdoa-Nabi Muhammad s.a.w.mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintahkan hambaNya berdoa nescaya Allah SWT memperkenankan doa mereka.
- Mengadakan majlis kenduri-Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.
- Bertahlil-Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaan dari ayat al- Quran, zikir berdoa dan bersitighfar mohon keampunan Allah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.
Tegasnya, amalan-amalan tersebut tiada larangan melakukannya
pada bulan Sya’ban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya,
tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut.
Al- Hafiz
bin Rejab (r.a) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al- Ma’aarif tentang isu
ini- setelah membincangkan secara panjang lebar :
Malam Nisfu Sya’ban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in
di kalangan penduduk Syam antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir
dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban.
Antara hadis-hadis tersebut; Usman bin Zaid menceritakan :
”
Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., wahai Rasulullah, saya tidak
pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan
Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan Sya’ban di mana ramai manusia
lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan; ini adalah
bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh
itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang
berpuasa”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan an- Nasai)
Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb”.
(Hadis riwayat at- Tirmizi dan Ibnu Majah)
Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb”.
(Hadis riwayat at- Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya”. Allah SWT berfirman, ” Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya.
Oleh kerana bulan Sya’ban adalah bulan yang mulia di sisi
Allah SWT di mana amal ibadah kita diangkat kehadrat Allah SWT maka
sewajarnyalah sepanjang bulan itu diisikan dengan amal ibadah sunat dan taqwa
kepada Allah SWT. Di antara amal ibadah itu ialah bertaubat, berselawat ke atas
Nabi, berzikir, bertasbih dan sebagainya.
Pada malam Nisfu Sya’ban mereka membaca surah Yasin (3
kali), sama ada secara individu atau berjamaah diikuti dengan doa selepasnya.
1. Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur
untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.
2. Bacaan Yasin kedua, niatkan mohon keluasan rezeki yang
halal serta diberkati.
3. Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang
sempurna sehingga meninggal dunia kelak.
Menurut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa pada malam Nisfu Sya’ban baginda mendirikan solat sehingga pagi. Baginda bersabda kepada Aisyah: “Malam ini adalah malam Nisfu (pertengahan) bulan Sya’ban”.
Menurut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa pada malam Nisfu Sya’ban baginda mendirikan solat sehingga pagi. Baginda bersabda kepada Aisyah: “Malam ini adalah malam Nisfu (pertengahan) bulan Sya’ban”.
KESIMPULAN
Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al- Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya, adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah SWT.
Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al- Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya, adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah SWT.
Yang menjadi pertikaian pihak-pihak tertentu ialah pengkhususan bulan atau hari tersebut untuk satu-satu ibadah, bukan pada pengisian atau aktiviti amalan yang dilakukan. Mudah-mudahan kita semua bersatu dan meningkatkan amal ibadah kita, meningkatkan ketaqwaan dan melakukan amalan. Menurut Imam Syafie r.a., jika sesuatu amalan yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah, adalah bid’ah hasanah.
Dato’ Hj. Abd. Majid bin Omar
Timbalan Mufti Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Timbalan Mufti Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Sumber artikel ini : Dewan Muslimat PAS Serdang
Nisfu Syaaban
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban
bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas
Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah
peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam
mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk
ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad S.A.W. menggalakkan umatnya
untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak
mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban
merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam
itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam
Al-Baihaqi r.a:
"Rasulullah
S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan
sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku
melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian
aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya"
"Ya Allah aku
pohonkan kemaafan-Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan
keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu. Aku tidak
dapat menghitung pujian terhadap-Mu seperti kamu memuji diri-Mu sendiri"
Baginda
Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan
nisfu syaaban dengan sabdanya :
Tuesday, July 3, 2012
Garam ; Rahsia dan Kelebihan Garam
Rahsia Garam
Amalan sunnah yang tak diketahui...
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .
.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar ;
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya ;
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam "
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .
.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar ;
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya ;
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam "
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
Subscribe to:
Posts (Atom)