nufnang

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432Hijrah

Salam Maal Hijrah ku ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga permulaan tahun ini bermula dengan kebaikan dan pengakhirannya pun begitu juga. Sempena Hijrah ni sama-samalah kita hayati lagu ini. Semoga semangat juang kita berkekalan dan konsisten berjuang demi agama Islam tercinta


Perjuangan untuk agama Islam agama Ad-Din. Allahuakbar!!!

Friday, December 3, 2010

Pengalaman Baru Ku

Alhamdulillah syurkur kepada ALLAH atas nikmat danpeluang yang Kau berikan pada hamba-Mu ini. Tidak ternilai dengan batu permata emas berlian dengan peluang yang Kau berikan ini. Tidak di gambarkan dengan kata-kata setiap apa adanya. Sesungguhnya setiap suatu kejadian itu ada hikmah. Nampak tak nampak, sedar tak sedar. Peluang untuk ku membuka mata hati dan minda. Terima Kasih Ya ALLAH. Allahuakbar..


Ni adalah gambar sewaktu mencuci cadaver (mayat). Buat pertama kalinya dalam hidup ku. Satu-satunya pengalaman yang tidak dapat ku lupakan. Hehehe uniform ni rasa lucu nak memakainya. Tapi bila dah pakai satu sut rasa macam "robot cop" plak heheh..

Sungguh berbeza sekali skop kerja ku kini berbanding dengan yang dahulunya. Yang dahulunya aku hanya menghadap mesin, darah dan komputer. Tapi kali ni aku berdepan suatu yang amat nampak dalam kehidupan. Membuka mata dan membuat ku ntuk lebih berfikir secara terbuka. Tetapi tiap sesuatu itu ada keistemewaanya tersendiri.