nufnang

Friday, April 25, 2008

Kesunyian ku

Ku berjalan meniti kesunyian ini
Kemudian aku berteriak mengusir sepi
Namun,
Hanya ada gema yang berkumdang
Menunjukkan bahwa aku memang sendiri..

Ya ALLAH,
Aku terjatuh dalam kegelapan malam ini
tak kulihat sedikit cahaya pun di jalan ini
Bahkan bulan dan bintang pun enggan menerangi jalan ku

Monday, April 21, 2008

Padamkan api fitna dengan Al-Quran

TIDAK dinafikan, al-Quran merupakan ubat utama kepada masalah manusia. Sebabnya, ia boleh diibaratkan sebagai buku manual yang dibekalkan oleh Allah untuk menangani makhluk yang bernama manusia. Walau bagaimanapun, seperti semua jenis ubatan yang lain, jika tidak diguna atau dipreskripsikan dengan betul, ubat tersebut akan menjadi racun yang boleh memudaratkan penggunanya.

Merujuk paradigma di atas, dapat disimpulkan tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders dalam menghasilkan filem kontroversi terbaru mengenai al-Quran samalah seperti mengambil al-Quran dari sudut yang tidak betul. Akhirnya memesongkan mesej sebenar ayat-ayat tersebut.

Walaupun rata-ratanya umat Islam seluruh dunia bangkit menentang filem tersebut, namun mungkin ada sesetengah umat Islam yang dangkal ilmunya akan terpengaruh dengan filem itu kerana kelemahan memahami ayat-ayat 'keganasan' yang diutarakan oleh Wilders.

Friday, April 18, 2008

Rintihan Hamba

Di bibir kami tak pernah terlafaz namaMu
Hanya terukir kata nista berwangian dosa
Jiwa kami parah terluka
Lantaran noda…
Segala-galanya terukir lawa
Kerna nafsu raja

Kami sesali kejahilan diri yang selama ini
Bersarang di hati dan tergambar ngeri
Pedih seksaMu nanti
Hati kami suram dan kelam
Tak bercahaya…
Bagaikan malam tiada berteman
Seri sang rembulan

kawan

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Tuesday, April 15, 2008

letih

?????????????????????????????????????

minded loss out of controll..undesire huhhhhhhhh

Wednesday, April 9, 2008

Influenza

Influenza boleh bawa maut

INFLUENZA atau masalah jangkitan pernafasan adalah penyakit yang mudah merebak dan jika menyerang kanak-kanak, ia mengambil masa lama untuk sembuh.

Ramai doktor menganggap influenza tidak berlaku di Malaysia, kerana negara ini adalah negara tropika yang tidak mengalami musim sejuk. Sebab itu mereka tidak menyarankan kepada golongan berisiko dan warga emas mengambil vaksin influenz.

Kajian yang diketuai Ketua Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Imunologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak, mendapati penyakit itu memang wujud di negara ini dan berpotensi menjadi wabak yang meragut nyawa.

Tuesday, April 8, 2008

Terapi muzik cara berkesan damaikan minda, emosi

Oleh Dr Noordin Darus
MUZIK adalah sebahagian daripada warisan budaya manusia. Kewujudan dan kepentingannya kepada manusia dicatatkan sejak zaman purba lagi. Muzik membantu mengembangkan panca indera dan membangkitkan penghargaan terhadap kecantikan melalui bunyi yang teratur. Dunia seni sudah lama dihargai kerana mencuba untuk mentamadunkan masyarakat dan menjadikan mereka lebih berperikemanusiaan, selain menimbulkan kesedaran mengenai inti hati manusia. Dunia seni cuba mengimbangkan pencapaian manusia dari segi teknologi dengan memberikan jiwa kepada kerjanya. Sains saja tidak mampu menentukan sama ada penemuan teknologi teragung zaman kita akan digunakan untuk kemajuan dan manfaat manusia. Ini kerana sains tidak pernah dikenali sebagai pejuang nilai moral atau kepekaan estetik, sebaliknya muzik sepanjang zaman membantu mewujudkan kepekaan moral dan estetik yang sangat diperlukan dalam sesuatu masyarakat perindustrian yang tidak sensitif. Bagi pembela dunia seni, adalah lebih penting untuk mengenali dan mencintai umat manusia daripada mengetahui struktur atom; yang satunya lebih cenderung kepada kewujudan yang aman damai sementara yang satu lagi lebih cenderung kepada kemusnahan.
Terapi muzik Muzik dapat mententeramkan dan menyantaikan, khususnya muzik gubahan tokoh terkemuka antaranya termasuk Mozart, Beethoven dan Verdi. Muzik juga mampu menawarkan suatu kelegaan yang hebat, walaupun sementara saja, daripada kebimbangan, kerunsingan dan kerisauan dunia.

Monday, April 7, 2008

Sabar ketika senang, itu adalah yang lebih susah

sabar.. kita selalu mengingatkan sahabat-sahabat supaya sabar.. malah lagaknya seperti pakar motivasi.. gayanya seperti pernah menghadapi.. diharapnya bersabar.. alhamdulillah.. itulah tugas sahabat.. menasihat kepada kesabaran.. sabar bila diuji.. sabar bila ditimpa bala.. sabar bila datang dugaan.. sabar bila kehilangan yang berharga.. sabar.. sabar.. sabar..

konsep sabar kita.. bagai telah disinonimkan dengan keadaan susah.. keadaan menderita.. keadaan sengsara.. sepertinya.. ketika senang.. tidak perlu lagi kita bersabar.. ya.. betul.. kalau difikirkan logik akal.. itulah dia.. apa lagi yang hendak disabarkan.. hidup senang.. mewah.. masa masih panjang.. duit sudah banyak.. kuasa kita ada.. apa sahaja lagi yang tidak cukup?.. khabarkan?.. bukankah itu sudah cukup baik.. ya.. sememangnya.. itulah waktu senang kita.. tapi adakah diwaktu senang itu kita tidak perlu lagi bersabar?

Kehebatan tamadun Islam

Warisan tamadun Islam masih teguh di Sepanyol
Oleh Prof Madya Dr Ahmad Zaidi Johari

MEMANG menakjubkan apabila melihat beberapa bangunan warisan seni bina Islam serta taman yang sangat luas di kota Valencia, Sepanyol dan pinggir jalan kota itu. Sebagai umat Islam tentunya kita berbangga warisan itu masih berdiri megah di benua Eropah. Sebahagian taman itu ditanam banyak pokok kurma. Bangunan dan taman dijaga rapi dan di tengah taman itu dibina saliran air dan kolam serta dihiasi pokok bunga ros, lili, jasmin dan pelbagai jenis bunga yang cantik dan berwarna-warni. Peluang melihat keindahan ini diperoleh ketika saya dan anak, Dr Ahmad Mujahid membentangkan kertas kerja di Persidangan Teknologi, Kejuruteraan dan Pendidikan di Valencia, Sepanyol, baru-baru ini.

Friday, April 4, 2008

Jiwailah erti sebenar sebuah kehidupan

Setiap insan punya cita-cita, kemahuan dan keazaman.Matlamat dan visi.

Lazimnya, kebanyakan kita akan memperbaharui niat demi sebuah destinasi tujuan apabila tiba tahun baru tidak kira sama ada masihi mahupun hijrah.

Teringat zaman kanak-kanak dahulu, saya agak kebingungan apabila ditanya apakah cita-cita saya.Matlamat janga pendek

“Eh, Siti, awak bila besar nak jadi apa ye?” Zahira senang sekali memutar-mutar ekor tocangnya apabila berbicara.

“Kite..tak tahulah.Apa keje yang best yek?” Mata saya terkebil-kebil memerhatikan ruang kosong pada soalan cita-cita.

“Eh banyak.Best tau.,kalau jadi orang besar.Zahira nak jadi akauntan..”

Tuesday, April 1, 2008

Makna Falsafah

Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai falsafah dan peranannya dalan hidup dan kehidupan yang sungguh luas dan mencabar ini, marilah kita sama-sama menelurusi makna serta intipati bagi falsafah ini.Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud cinta dan suka manakala sophia pula bermaksa hikmah. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud kepada sukakan hikmah. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri denan makna yang jelas.

Falsafah pula perkataan yang berasal dari terjemahan bahasa arab iaitu dari perkataan falasifah, falsafah dan failasuf. Perkataan ini telah di "tasrifkan"